You are on page 1of 7

BAB 1

PENGENALAN KEPADA MASALAH

1.1 Pengenalan Internet merupakan rangkaian yang penting dalam menghubungkan manusia seluruh dunia tanpa sempadan. Melalui kemudahan Internet, dunia hari ini menyaksikan perkembangan kemudahan teknologi maklumat kepada manusia. Seiring dengan itu, maklumat turut mengalami perkembangan yang pesat. Melalui Internet, kita dilonggokkan dengan pelbagai maklumat tanpa had dan sempadan. Capaian maklumat melalui Internet pula merupakan cara untuk mendapatkan maklumat melalui Internet. Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik boleh merubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik di samping memperbaiki kualiti penagajaran matematik. Toh & Ng (1994) menyatakan bahawa Multimedia dan ICT berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah dan cepat. Zoraini (1995) menyatakan world wide web (WWW) juga menyediakan berbagai-bagai sumber pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bidang matematik. Oleh itu kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan

pembelajaran matematik berasaskan Laman web untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam matematik amnya dan bagi gabungan operasi yang melibatkan jujukan nombor khususnya. 1.2 Latar Belakang Masalah Kebanyakan topik-topik dalam matematik memerlukan kemahiran yang tinggi dalam gabungan operasi khususnya bagi jujukan nombor, yang mana ianya perlu mengikut hukum BODMAS. Antara sebab pelajar mendapat skor rendah dalam matematik adalah kerana lemah dalam gabungan operasi ini. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web ini diharap dapat menarik minat pelajar dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan prestasi mereka. . 1.3 Pernyataan Masalah Matematik merupakan satu mata pelajaran yang dikelasifikasikan sebagai sukar. Kesukaran ini adalah kerana pelajar tidak memahami ayat matematik. Pelajar yang mahir membaca ayat matematik akan dapat memahami masalah matematik dengan baik (Erickson, 1999; Boaler, 1998). Dengan itu berbagai kaedah digunakan untuk menarik minat pelajar untuk belajar matematik. Salah satu kaedah ialah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web, dimana laman web merupakan paparan antara muka di Internet untuk kegunaan pengiklanan, penyelidikan, pendidikan atau pembelajaran dan lain-lain lagi. Selain mendapatkan nota guru, pelajar juga akan menggunakan rangkaian Internet untuk mendapatkan bahan-bahan yang disediakan oleh pengkaji. 1.4 Tujuan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauhmana

keberkesanan penggunaan laman web dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam matematik bagi gabungan operasi melibatkan jujukan nombor.

Kajian ini akan meninjau keberkesanan menggunakan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bagi gabungan operasi yang melibatkan jujukan nombor. 1.4.1 Objektif Kajian. Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut: a) Menentukan keberkesanan penggunaan laman web bagi gabungan operasi melibatkan jujukan nombor. b) Meningkat minat, motivasi dan perubahan sikap pelajar dengan gabungan operasi melibatkan jujukan nombor. 1.4.2 Persoalan Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut : a) Apakah terdapat peningkatan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan laman web bagi gabungan operasi melibatkan jujukan nombor? b) Apakah kaedah tersebut boleh meningkatkan minat, motivasi dan sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran? 1.4.3 Hipotesis Kajian Hipotesis nul : Tidak terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi gabungan operasi yang melibatkan jujukan nombor. Hipotesis pilihan : Terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web bagi gabungan operasi yang melibatkan jujukan nombor.

1.5 Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini akan memberikan gambaran terhadap kesan dan hasil usaha pengkaji yang cuba mengintegrasikan laman web dalam bidang pendidikan. Disamping itu, dapatan ini juga memberi gambaran dari aspek minat, motivasi dan sikap pelajar terhadap penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan dapatan kajian ini akan membantu pihak sekolah dan Bahagian Pendidikan Guru merancang serta memperbanyakan lagi laman web yang bersesuaian untuk semua tajuk dalam matematik disemua tingkatan dan untuk semua mata pelajaran di semua tingkatan. 1.6 Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa. Kajian tertumpu kepada prestasi pelajar bagi matematik untuk gabungan operasi melibatkan jujukan nombor. Disamping itu faktor-faktor lain seperti motivasi, minat dan sikap juga diambil kira dalam kajian ini. Untuk itu soal selidik akan dijalankan untuk mendapat jawapan. Pengkaji akan menjalankan ujian pra untuk melihat tahap pencapaian awal pelajar dalam tajuk tersebut. Di akhir enam minggu pengkaji akan memberikan ujian pos untuk melihat pembandingan sama ada terdapat peningkatan prestasi di kalangan pelajar yang terlibat. 1.7 Takrifan Istilah Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalan kajian ini. 1.7.1 Internet Menurut Yoong (2004) di dalam buku Kamus Komputer mengatakan bahawa, Internet ialah Rangkaian komputer kawasan luas yang menggunakan berbagai format mesej dan protokol; yang menyambung beribu-ribu rangkaian

berasingan di seluruh dunia dalam pendidikan, industri, kerajaan, hiburan, berita dll. Rangkaian itu menggunakan TCP/IP sebagai piawai untuk menghantar maklumat. Menurut Azriy (2001) pula Internet ialah satu rangkaian berjuta komputer seluruh dunia. Komputer yang dimiliki peribadi, sekolah, organisasi, tentera dan sebaginya yang disambung secara talian tetap ataupun secara dail. Di Malaysia, TMNet, Time.net, Celcom.net dan Jaring merupakan pengantara bagi seluruh rakyat menyambung komputer masing-masing ke dalam rangkaian ini. 1.7.2 Laman Web (Web Page) Menurut Yoong (2004), Laman Web ialah Satu halaman daripada satu dokumen pada World Wide Web. Laman web itu biasanya ditulis dalam Hypertext Markup Language (HTML) dan disimpan di dalam satu pelayan dan mempunyai URL sendiri manakala World Wide Web (WWW) pula diberikan sebagai Satu sistem berasaskan hipermedia untuk mencapai tapak-tapak Internet. Tapak-tapak itu dipautkan bersama dan seorang pengguna dapat mengembara dari satu tapak ke tapak lain dengan mengklik hiperpautan dengan menggunakan browser web. Jadi bagi kajian ini Laman Web merupakan satu rangkaian sedunia WWW yang menjadi sebahagian daripada internet dan juga satu koleksi besar dokumen. Dengan itu laman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling digemari oleh sesiapa yang dapat mengaksesnya. 1.7.3 Keberkesanan Menurut Kamus Dewan Online (2005), Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dari segi menilai pembelajaran KBSR; . pengajaran dan

Maka dalam skop kajian keberkesanan ialah kemampuan pelajar belajar dengan menggunakan laman web. 1.7.4 Prestasi Menurut Kamus Dewan Online (2005) Prestasi ialah hasil yang telah diperoleh atau dicapai dll. Pencapaian: kekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan sesetengah jabatan;. Jadi dalam skop kajian prestasi merupakan kebolehan pelajar mengikuti kurikulum yang diajar dan ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan. Dalam kajian ini, prestasi pelajar dilihat sebagai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web. 1.7.5 Gabungan Operasi (Computations) Gabungan operasi ialah melibatkan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi serta operasi nombor dalam kurungan. Operasi yang terlibat juga melibatkan nombor negatif dan nombor positif. 1.7.6 Jujukan Nombor (Directed Numbers) Jujukan nombor melibatkan nombor dalam bentuk integer sama ada integer positif atau integer negatif, nombor perpuluhan dan nombor pecahan. 1.7.7 BODMAS Menurut Abacus Tarining College (2005), BODMAS adalah singkatan bagi Brackets Of Division Multiplication Addition Subtraction atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Kurungan Bahagi Darab Tambah Tolak. Jadi untuk menyelesaikan gabungan operasi melibatkan jujukan nombor, prosedur atau hukum BODMAS ini perlu diikuti.

1.8 Ringkasan Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, hipotesis, kepentingan dan batasan kajian ini. Antara lain, bab ini merumuskan bahawa pembelajaran berasakan laman web menyediakan peluang dan persekitaran untuk pelajar memacukan pembelajaran kendiri. Pengalaman berjaya dalam mengurus pengetahuan sendiri akan membantu pelajar menyelesaikan masalah-masalah dengan berkesan (Shoenfeld, 1985; Boaler, 1998). Oleh itu, diharapkan guru dapat menyediakan laman web yang sesuai atau pun mencari alamat laman web berkenaan tajuk tersebut. Dengan itu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan laman web untuk topik tersebut dapat diajar pada peringkat sekolah.

You might also like