You are on page 1of 1

FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN NENEK MOYANG Sejak daripada zaman nenek moyang kita lagi telah berlaku penghijrahan daripada

satu Negara ke satu Negara. Seperti yang kita maklum, terdapat pelbagai faktor penyebab mengapa mereka berhijrah ke negara lain antaranya ialah, perkahwinan, peperangan, pekerjaan dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa kumpulan penghijrahan iaitu yang merangkumi kelas pekerjaan yang berlainan taraf. Kumpulan pertama ialah yang merangkumi buruh kontrak yang paling awal imigran masuk ke tanah melayu pada ketika itu. Buruh-buruh kontrak tersebut imigran masuk dari negara Thailand, Indonesia, Filipina, China dan India, mereka terdiri daripada buruh kontrak yang dibawa masuk oleh penjajah dan juga buruh tanpa permit yang masuk ke tanah melayu secara haram untuk mencari peluang pekerjaan. Sesetengah imigran dari kumpulan ini juga mempunyai permit bekerja yang bekerja sebagai pembantu rumah, sektor pembinaan dan pertanian. Bagi imigran dari Thailand, mereka masuk melalui utara semenanjung Malaysia. Kemungkinan besar nenek moyang saya juga merupakan salah seorang daripada mereka kerana datuk dan moyang saya berketurunan daripada Thailand. Bagi kumpulan kedua pula, mereka terdiri daripada kumpulan ikhtisas iaitu mereka dari kumpulan perubatan, pendidikan dan juga perniagaan. Kumpulan imigran ketiga merangkumi pelarian perang seperti indo-china. Sejak tahun 1975, Malaysia menerima sebanyak 254 534. Selain itu juga, ada yang berhijrah ke tanah melayu untuk berkahwin pada ketika itu. Melalui perkahwinan tersebut, maka ramailah rakyat negara asing yang terdapat di tanah melayu atau Malaysia kini.

You might also like