You are on page 1of 27

PENGKELASAN SISTEM KERAJAAN

DISEDIAKAN OLEH : SITI ATIQAH BINTI ALI SYAFIQAH IZWAH BINTI ISHAK PISMP 3.03 PENSYARAH PEMBIMBING: EN. MAAMOR BIN YUSOFF

Konsep Pengkelasan Kerajaan


Pengkelasan dibuat berdasarkan ciri- ciri dan sifat sesebuah kerajaan untuk tujuan pengasingan yang melibatkan konsep kebebasan masyarakat di sesebuah negara.

Dua bentuk pengkelasan kerajaan : 1) Penafsiran Sejarah 1) Penafsiran moden

Penafsiran Sejarah
TOKOH PENDAPAT Plato (428- -Pemerintahan yang ideal adalah pemerintahan yang 347 S.M ) diperintah yang diuruskan oleh raja (Monarki ideal) yang berpengetahuan dan semua peraturan yang diperkenalkan oleh pemerintah dipatuhi oleh rakyat tanpa dipersoalkan. -Negara yang tidak mengamalkan pemerintahan monarki ideal, negara serta pemerintahannya akan menajdi zalim kerana rakyat tidak menyakini corak pemerintahan yang ada dan mereka tidak akan mematuhi peraturan yang diperkenalkan.

TOKOH Aristotle (384- 322 S.M)

PENDAPAT - Memperkenalkan satu skema pengkelasan berdasarkan : 1) Pemerintah mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat 2) 2) Pemerintah yang tidak mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat Membahagikan kerajaan kepada 3 bentuk pemerintahan :

1) Monarki atau Sistem Beraja 2) Aristokrasi atau Bangsawan 3) Bercorak Politi atau kerajaan Campuran

TOKOH

PENDAPAT

Polybius -Kitaran perubahan pemerintahan menurut Polybius (200- 120 S.M) Monarki Ochlocracy Tirani

Demokrasi Oligarki

Aristokrasi

TOKOH Cicero (106- 43 S.M)

PENDAPAT -Membincangkan konsep pengawasan dan perseimbangan kuasa antara badan pemerintah iaitu badan perundangan (senat) dan badan eksekutif (raja) dan badan- bada perwakilan kerajaan. -Memperkenalkan konsep kerajaan campuran / Hibrid yang menggabungkan monarki, aristokrasi dan rakyat.

TOKOH Jean Bodin (15301596)

PENDAPAT -Menjadikan jumlah orang yang memegang tampuk pemerintah sebagai asas pengkelasan. -Mengambil kira faktor sejarah, ekonomi, alam sekeliling dan faktor- faktor politik sebagai dasar pengkelasan. -Membezakan corak pemerintahan monarki kepada tiga jenis :

1) Dikuasai kerabat diraja

2) Dikuasai oleh pemerintah

3) Tirani / Zalim

TOKOH

PENDAPAT

Thomas -Kemungkinan negara akan diperintah oleh tiga corak Hobbes pemerintahan : (15881) Monarki : Jika negara diperintah oleh seseorang yang 1679) diyakini rakyat John Locke 2) Aristokrasi/ Oligarki : Jika negara diperintah oleh satu (1632majlis 1704)
3) Demokrasi : Jika negara diperintah oleh rakyat biasa

-Pengkelasan Sisten Beraja:


1) Bersifat keturunan 2) Dipilih oleh rakyat

TOKOH

PENDAPAT

Montesquieu -Mengesan 3 jenis Kerajaan (1689- 1755)


1) Monarki : Pemerintahan beraja yang mengamalkan konsep demokrasi . Kuasa dipegang oleh raja 2 ) Despotik : kerajaan yang mneggunakan paksaaan untuk menjayakan pemerintahan dan bercorak kejam dan zalim 3) Republik : Tampuk pemerintahan dipegang oleh rakyat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan Negara

PENGKELASAN MODEN

-Mula diperkenalkan pada awal abad ke-20, iaitu kira- kira dalam tahun 1890- 1950. -Dibuat berdasarkan perkembangan sains politik dan perhatian lebih tertumpu kepada struktur politik sesebuah negara seperti fungsi Dewan Perundangan dan corak pimpinan.

PENGKELASAN SISTEM KERAJAAN

MONARKI / PEMERINTAHAN BERAJA

KONSEP
Sebuah kerajaan yang diketuai oleh Raja. Raja yang dilantik berdasarkan keturunan.

Contoh : Arab Saudi dan Brunei Darussalam

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

KEDUDUKAN DAN PERANAN RAJA DALAM SISTEM MONARKI


Diberikan penghormatan yang tinggi dan dianggap sebagai orang atau lembaga berdaulat

Lambang keadilan

Ditugaskan mengiktiraf semua undang- undang yang diperkenalkan.


Dalam hal menguruskan pentadbiran negara, raja dibantu oleh Perdana Menteri

KELEMAHAN SISTEM MONARKI


Di kebanyakkan negara, sistem raja berkuasa mutlak sudahpun mengalami perubahan dan sekatan- sekatan tertentu. Contohnya: Raja hanya memainkan peranan dalam upacara upacara rasmi sahaja dan tidak lagi memegang kuasa mutlak. Keadaan ini telah berlaku di negara Eropah seperti Britain, Sweden, Norway dan juga Malaysia.

Perdana Menteri bertindak sebagai ketua kerajaan dan raja bertindak sebagai ketua negara. Namun, peranan raja kadangkala mempengaruhi keadaan politik. Contohnya, di Negara Thai, raja mempunyai prestasi tinggi dan rakyat lebih yakin kepada raja berbanding dengan Perdana Menteri. Tambahan pula, pengiktirafan Raja Thai adalah perlu sebelum seseorang Perdana Menteri dapat memerintah terutama semasa berlaku rampasan kuasa.

REPUBLIK

KONSEP REPUBLIK
Ketua Negara adalah Presiden. Jawatan presiden bukan diwarisi seperti dalam sistem monarki tetapi dipilih oleh rakyat. Ketua republik tidak memegang jawatan seumur hidup. Beliau hanya memegang jawatan itu seperti mana yang ditetapkan oleh perlembagaan. Presiden bertindak berkecuali daripada naungan Dewan Perundangan.

Corak Pemerintahan Presiden


Sistem Presiden di Pemerintahan Republik

Presiden sebagai Ketua Kerajaan dan Ketua Negara (Model AS)

Presiden sebagai Ketua Negara

Presiden sebagai Ketua Negara dan Ketua Kerajaan (Model Perancis)

PEMERINTAHAN PRESIDEN DI AMERIKA SYARIKAT


Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat melalui proses Pilihan raya.

Dipilih memegang jawatan bagi tempoh masa yang tertentu seperti yang ditetapkan.
Contohnya : AS- 4 tahun dan dua kali dalam tempoh lapan tahun.

Pengasingan kuasa berlaku di mana seorang eksekutif tidak boleh campur tangan dalam hal- hal bersangkut paut dengan badan perundangan (kongres)

KEDUDUKAN DAN PERANAN PRESIDEN

Ketua Kerajaan dan ketua Negara

Ketua turus angkatan tentera negara

Mempunyai kuasa berlebihan semasa kecemasan dan peperangan

Tidak boleh campur tangan dalam hal- hal yang bersangkut paut dengan senate dan house of representative.

Boleh diambil tindakan disiplin oleh dewan Perundangan.

Mempunyai kuasa untuk menghalang usul undang- undang yang dihantar untuk mendapat kelulusannya.

PEMERINTAHAN PRESIDEN DI PERANCIS


Dilantik bagi tempoh tujuh tahun dan jika dilantik semula beliau boleh memegang jawatan selama satu penggal lagi. Contoh negara yang mengamalkan model ini adalah Indonesia, Kenya, Mesir, Pakistan (2002).

KEDUDUKAN DAN PERANAN PRESIDEN

Ketua Kerajaan dan ketua Negara

Melantik seorang anggota Dewan Perwakilan yang dipercayai yang mempunyai kebolehan mempimpin kerajaan sebagai PM

Mengetuai majlis mesyuarat kabinet dan berhak menolak sebarang usul undangundang yang dikemukakan padanya.

Berkuasa untuk memecat perdana menteri jika ia didapati tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Bertindak sebagai penasihat kepada penubuhan manamana dasar kerajaan.

Boleh diambil tindakan pendakwaan oleh Dewan Perwakilan Kebangsaan dan boleh dipecat sekiranya didapati berlaku salah dari segi undang- undang negara.

PRESIDEN SEBAGAI KETUA NEGARA SAHAJA


Presiden berkuasa formal atau nominal sahaja. Ketua eksekutif sebenar iaitu sebagai ketua pemerintahan dipegang oleh Perdana Menteri. Bidang kuasa Presiden tidak melebihi raja Berperlembagaan. Contoh : India, Jerman, Singapura

You might also like