Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Daripada Pendatang Asing Kepada Pengarah Urusan

Daripada Pendatang Asing Kepada Pengarah Urusan

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 2,587|Likes:

More info:

Published by: Tetuan Ahmad Razali and Partners on Nov 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

06/26/2009

 
DARIPADA PENDATANG ASING KEPADA PENGARAH URUSAN
Posted by Haniza TalhaTuesday, 08 January 2008 15:37
Oleh ‘Deep Throat’ Sabah
Isu pendatang asing tanpa izin (pati) memperolehi dokumen palsu atau memalsukan keterangan diri untukmendapatkan dokumen asal merupakan isu yang berlarutan sejak tiga dekad yang lalu.Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan @ Simon membidas KerajaanPersekutuan kerana menjadi ‘penaja’ utama pemberian dokumen pengenalan diri kepada pati semata-mata untukmeramaikan pengundi dan memenangkan mereka dalam pilihanraya.“Isu ini bukan rahsia lagi kerana dibicarakan secara terbuka di media massa dan secara perlembagaan di Parlimen,namun ianya semakin meruncing dan sukar dikawal,” ujar Zainuddin yang menyatakan kerajaan tidak dapat berdolak-dalik kerana beberapa buah buku khusus telah diterbitkan lengkap dengan bukti.Kata Zainuddin, antaranya ialah IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC Projek AgendaTersembunyi Mahathir, kesemuanya karya Mutalib M.D serta Sabah Problem, Kamunting Paper dan Justice For Sabah karya Datuk Dr Jeffrey Kitingan.Sehubungan itu, Zainuddin mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan tegas sebagaimana yangdiperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa terhadap PengarahUrusan Tunas Rakyat Sdn.Bhd yang juga pemegang saham Labuan Liberty Management Sdn.Bhd, Emelda Doliente@ Norsiah Abdullah kerana menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk membolehkannyamemegang jawatan dan berniaga.“Mengikut rekod Imigresen, Emelda pernah ditangkap dan dihantar pulang beberapa kali kerana tidak memilikidokumen pengenalan diri dan terlibat dengan kegiatan maksiat,” ujar Zainuddin yang telah mendapatkan maklumatperibadi Emelda melalui peguamnya yang menjalankan carian umum di Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen.Tegas Zainuddin, Emelda mendapat dokumen IMM13 yang dikhaskan untuk pelarian perang Filipina denganmemalsukan keterangan diri dengan bantuan seorang lelaki Brunei, Alias Abdul Rahman.
 
 
LAPOR… Zainuddin (kiri) tidak gentar sekalipun menerima pelbagai ugutan, malah terus membuat laporan polis terhadap Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah (kanan) kerana yakin dengan keluhuran perlembagaan dan masih wujud kedaulatan undang-undang.
“Saya hairan kerana Emelda pernah ditangkap dan diusir beberapa kali ke negara asalnya Filipina tetapi berjayamenyusup semula ke Sabah dan bekerja di beberapa pusat maksiat di Labuan sebelum menjadi perempuansimpanan lelaki Brunei berkenaan,” tegas Zainuddin lagi.Dengan bantuan Alias, Emelda telah berjaya mendapat kad pengenalan hijau H8032925 yang digandingkan denganIMM13 iaitu suatu proses yang ganjil dan bercanggah dengan undang-undang.Setelah lama menjadi wanita simpanan, Emelda memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Norsiah Abdullahsemata-mata kerana mahu menukar identitinya dan bernikah dengan Alias.Alias yang mendapat taraf warganegara Malaysia menggunakan statusnya untuk menjamin isterinya mendapat statuskewarganegaraan secara songsang kerana melangkah banyak peringkat penting dan dibuat secara tidak teratur.“Bagaimana seorang yang mendapat kad pengenalan bertaraf penduduk sementara tiba-tiba menjadi warganegarasebelum mendapat taraf penduduk tetap,” tanya Zainuddin yang membidas Jabatan Imigresen Labuan agar tidaktutup mata dengan kejalangan ini.Menurut Zainuddin, Emelda merupakan wakil khas Istana Malacanang iaitu menjadi agen rasmi Kerajaan Filipina diLabuan memproses dokumen perjalanan seperti pasport, visa, pusat rujukan dan pusat perlindungan sementarawarga Filipina. Selain itu, dia juga telah dipilih menjadi Ladies’ Captain di Golf Club Labuan. Seorang pati telahdiangkat begitu tinggi tanpa diselidik latarbelakangnya hanya kerana mempunyai wang yang banyak dan kelihatan
 
ada status.Selain memegang saham di dalam Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd yang menjalankan pengswastaanpelabuhan Labuan secara tidak sah, rasuah dan haram, Emelda juga memegang 20,000 unit saham di dalam TunasRakyat Sdn.Bhd.Jelas Zainuddin lagi, sehingga kini, Emelda masih menjadi pusat perlindungan warga Filipina yang masuk secara sahatau haram ke Labuan untuk mencari pekerjaan dan kebanyakan mereka ditempatkan di lebih 25 pusat hiburan diLabuan.“Mengikut maklumat yang diterima, Emelda turut dikehendaki Interpol kerana terlibat dengan penyeludupan danpemerdagangan manusia ke Hong Kong dan Taiwan,” ujar Zainuddin yang yakin Labuan Liberty Port ManagementSdn.Bhd menjadi salah satu pintu masuk dan keluar pekerja seks kerana semua pelaut asing memerlukan khidmatseks dan hiburan.Emelda atau terkenal sebagai Amy di kalangan ‘bapa ayam’ dan pelanggan, kata Zainuddin turut memiliki beberapapasport Filipina di samping memiliki pasport antarabangsa Malaysia bagi membolehkannya bergerak bebas tanpadikesan meninggalkan negara ini untuk tujuan pemerdagangan manusia.Tegas Zainuddin, beliau telah menghubungi Ignacio R.Bunye, jurucakap Istana Malacanang dan Ignacio telahmengesahkan melalui telefon dan email bahawa Emelda adalah wakil sah kerajaan Filipina di Labuan.“Melalui emailnya, Ignacio mengesahkan bahawa Datin Grace Q.Liao, Marilou Chin dan Juvy Ranjit adalah wakil sahKerajaan Filipina di Kota Kinabalu, manakala Vic Moran di Sandakan dan Emelda Doliente di Labuan,” ujar Zainuddinlagi yang terpaksa menyamar sebagai warga Filipina yang mencari pekerjaan dan mendapat alamat email berkenaandaripada seorang agen pencari pekerjaan di Sandakan.Manakala wakil Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, Luis Cruz juga mengakui bahawa terdapat lebih satu juta wargaFilipina di Malaysia dan 450,000 daripadanya berada di Sabah, Sarawak dan Labuan.Zainuddin turut menggesa Bank Negara Malaysia menyiasat bagaimana CIMB Bank Berhad dan Credit GuaranteeCorporation Malaysia Berhad (CGCM) boleh meluluskan pinjaman masing-masing RM833,000 dan RM1 juta kepadaTunas Rakyat Sdn.Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Emelda dan Alias.“Pinjaman ini dibuat dengan cara yang tidak teratur, terutama kepada rakyat yang memiliki dua kerakyatan sepertiEmelda untuk menjalankan kegiatan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang,” ujar Zainuddinlagi.Bagi memperkukuhkan dakwaannya, Zainuddin telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan melalui laporanbernombor Skn/Rpt/14267/07 pada jam 12.24 tengah hari, 7 November 2007 yang berbunyi;“Pada jam lebih kurang 11 pagi tadi, saya menerima beberapa dokumen daripada team Parti Keadilan Di Labuanbahawa seorang Pemegang Saham Labuan Liberty Port Management Sdn.Bhd. yang juga pengarah dan pemegangsaham Tunas Rakyat Sdn.Bhd, Emelda Doliente @ Norsiah Abdullah adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yangmendapat kad IMM13 secara tidak sah dan kini memegang kad pengenalan merah H8032925/670105-65-5058kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan wanita Filipina untuk kegiatan maksiat di Labuan. Mengikut siasatansaya, hanya pelarian perang yang beragama Islam yang datang ke Sabah sekitar 1970-an sahaja diberikan KadIMM13, sedangkan Emelda adalah berketurunan Visaya yang memeluk agama Islam sebelum bernikah denganPengarah LLPM iaitu Mohd Alias Abd Rahman, seorang rakyat Brunei yang mendapat taraf warganegara Malaysia.Saya turut mendapat maklumat daripada Istana Malacanang Filipina bahawa Emelda Doliente adalah Agen Khaskerajaan Filipina di Malaysia. Pengesahan juga boleh dibuat melalui emailtotingbunye2000@yahoo.com. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara menyiasatbagaimana seorang PATI boleh memperoleh IMM13 dan kini mendapat taraf warganegara secara tidak sah danmenangkap PATI berkenaan. Laporan juga dibuat terhadap Mohd Alias Abd Rahman kerana bersubahat dan membuatakuan palsu sehingga isterinya memperoleh dokumen pengenalan diri secara tidak sah. Sekianlah laporan saya.”

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->