You are on page 1of 29

GAYA BAHASA PUISI

ASPEK DIKSI
1

Pengenalan
aspek penting perlu disentuh antaranya diksi, frasa, unsur perbandingan dan unsur pengulangan. aspek yang memberikan keindahan dan meninggikan mutu sesebuah sajak.

ASPEK DIKSI
Perkataan-perkataan yang digunakan penyajak dalam puisi-puisi mereka. Memberi gambaran dan kesan terhadap keseluruhan penggunaan bahasa. Penggunaan kata/ perkataan dalam sajak.

Kata Asing
Istilah asing dalam karya bagi memberikan kesan dan gambaran sebenar sajak yang dihasilkan. Contoh: Inggeris, Indonesia dan Arab. Memberi kesan terhadap mesej dan persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak.

Kata Tempatan / Dialek


Dialek tertentu yang digunakan dalam sesebuah sajak. Kadang-kadang akan ditemui katakata tempatan Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan lain-lain lagi

Sinkof (Singkatan)
Perkataan-perkataan yang sengaja disingkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis dan indah didengar oleh pembaca. Perkataan yang panjang dan berganda memang selalu dipendekkan seperti tak, nak, mau dsbnya.

Gandaan
Kata-kata yang berganda atau berulangulang. Untuk memberikan penekanan terhadap mesejnya. Menunjukkan banyak atau penekanan yang lebih supaya mengesankan kepada pembaca.

Onomatopia
(peniruan bunyi-bunyi alam)
Kata-kata yang digunakan untuk meniru suara atau bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek, gerak, binatang atau manusia.

Simbol
Kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Disebut juga lambang. Simbol yang universal atau biasa mudah difahami berbanding dengan simbol yang dinamik, peribadi atau sengaja dicipta baharu oleh penyajak.

WARNA
a. merah : berani, bahaya, cemas, garang, gelora b. putih : suci, bersih, harapan, gembira ,mengaku kalah c. hitam : kotor, durjana, jahat, sengsara, celaka, hantu, noda d. hijau : muda, baharu, harapan, segar, remaja, cemburu e. biru : rindu, dendam, kasih , cinta f. kuning : bangsawan, kesultanan, keemasan, ketinggian, sakti, keagungan

10

MASA
a. senja : peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita, bimbang, keluh-kesah, peralihan ke usia tua b. malam : derita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan, kecelakaan dan kemusnahan. c. fajar : harapan baharu, peralihan duka kepada bahagia d. siang : harapan, ketenangan, permulaan dan bahagia e. pagi : hidup baharu
11

ALAM
a. embun : kemurniaan dan harapan b. api : perang, bahaya, marah, kejahatan dan cabaran c. laut dan ombak : dada yang lapang dan alam yang luas d. angin : perubahan, pengaruh dan berita e. burung gagak : kejahatan dan bencana f. burung merpati : kedamaian dan kebebasan g. kumbang : lelaki, teruna h. mawar, bunga atau kembang : wanita, gadis, perawan

12

Personifikasi
Dalam istilah sastera dinamakan juga perorangan. Ia bermaksud memberikan kiasan kepada sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk kepada objekobjek mati atau kepada binatang, idea atau benda-benda yang abstrak.

13

Personifikasi
Memanusiakan perkara-perkara yang bukan manusia atau menjadikan sesuatu yang bukan manusia bertindak sebagai manusia biasa. Binatang atau benda-benda bukan orang ini digambarkan berperibadi, mempunyai kecerdasan, mempunyai fikiran dan emosi seperti manusia biasa. Personifikasi menjadi satu gejala bahasa yang menghidupkan estetika sesebuah sajak. Ia memberi kesan yang kuat kepada pembaca dan terasa keindahan mesej yang disampaikan.

14

Klise
Kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehingga pembaca tidak merasakan lagi sesuatu yang baharu atau indah. ( kata-kata yang basi) Ia bersifat stereotaip. Makna yang lahir daripada frasa-frasa ini terasa tumpul, tidak lagi mencabar dan tidak juga dapat merangsang minat pembaca lebih kuat lagi. Sebagai contoh, 'angin-angin sepoi bahasa', 'pohon melambai-lambai'. Frasa yang mengambil bidalan atau peribahasa Melayu juga boleh dikategorikan sebagai klise.
15

Paradoks
Frasa dalam yang menggambarkan ciri-ciri yang berlawanan khususnya dari segi maksud. Unsur pertentangan dari aspek keadaan atau situasi. Perlawanan dari segi maksud biasa wujud daripada dua patah perkataan yang sengaja dipilih dalam satu baris sajak. Merupakan pemilihan frasa yang memperlihatkan dua keadaan yang berlawanan dalam baris-baris sajak sama ada secara eksplisit atau implisit. Contoh, malam siang, kekayaan yang memiskinkan
16

Ambiguiti
Frasa atau bahasa dalam sajak yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar pernyataan tersebut. Kecenderungan si penyajak untuk memberi lebih daripada satu makna dan pada makna itu wujud kekaburan pula. Bukanlah suatu kelemahan tetapi suatu ketajaman idea untuk dikomunikasikan kepada pembaca dengan berbagai-bagai cara supaya melahirkan variasi pemikiran.

17

Unsur Perbandingan Unsur perbandingan memperlihatkan kiasan sesuatu mesej dengan aspek lain secara terus atau sebaliknya. Perbandingan langsung iaitu simili dan perbandingan kompleks iaitu metafora.

18

Simili
Simili membawa maksud kiasan yang memperlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Panduan mudah mengenai simili dalam sesuatu baris sajak ialah wujudnya perkataan bagai, sebagai, serupa, sama, laksana, macam, semacam, seperti, umpama, bak, ibarat dan sebagainya bagi menyambung hubungan persamaan antara dua objek tersebut.

19

Metafora
metafora ialah perbandingan yang lebih sempurna tetapi kurang langsung dibandingkan dengan simili. Ia merupakan kiasan di mana frasa diatur dengan hasrat untuk memberi makna satu perkara lain. Bagi mengenal metafora adalah sebagai perbandingan yang tidak menggunakan istilah seperti, bagai, umpama, laksana, bak dan lain-lain yang biasa terdapat dalam simili. Contoh metafora yang selalu digunakan ialah seperti pipinya pauh dilayang, gigi biji mentimun dan dunia ombak mengganas.
20

Hiperbola
Hiperbola merupakan pemakaian kiasan atau perbandingan dengan mengungkapkan sesuatu keadaan atau peristiwa secara berlebih-lebihan atau melampau. Kenyataan yang berlebih-lebihan itu bukanlah benar dan bukan juga untuk dipercayai tetapi untuk memberikan kesan makna yang lebih kuat.

21

Eufemisme
Eufemisme bertentangan dengan hiperbola. Ia ialah ungkapan atau kiasan yang dihalusi lagi supaya lebih manis didengar dan tidak mengandungi makna yang kasar. Sebagai contoh, ungkapan 'kamu hampir lulus' ialah ungkapan eufemisme manakala dalam bahasa yang kasar ungkapan itu boleh menjadi ' kamu gagal langsung'.

22

Unsur Pengulangan
Unsur pengulangan disebut juga sebagai repetisi. Pengulangan boleh terjadi dalam bentuk perkataan, frasa, baris dan suku kata. Pengulangan yang biasa diperkatakan ialah pengulangan kata atau suku kata dalam satu-satu baris sebanyak tiga kali atau lebih.

23

Asonansi
Disebut sebagai runtun vokal. Ia merupakan pengulangan bunyi serta huruf vokal dalam sesuatu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan. Dalam bahasa Melayu, penggunaan huruf vokal menjadi teras pembentukan suku kata dan perkataan. Dari itu terbentuk makna. Pengulangan vokal yang sama dalam satu-satu baris sajak hingga beberapa kali meninggalkan kesan keindahan. Huruf dan bunyi vokal ini biasanya terdapat di tengah-tengah atau di hujung perkataan.

24

Aliterasi
Disebut sebagai rumpun konsonan. Ia merupakan pengulangan bunyi dan huruf konsonan dalam satu-satu baris sajak sebanyak dua kali atau lebih. Pengulangan yang murni ialah pengulangan pada tiap-tiap awal perkataan secara berturutan. Pengulangan konsonan di tengah-tengah atau di hujung perkataan dianggap kurang murni walaupun secara berturutan beberapa kali. Pengulangan sedemikian digunakan dalam sajak untuk meninggalkan kesan estetika pada perulangan bunyi dan penekanan yang lebih kuat terhadap mesej.

25

Anafora
Pengulangan kata-kata pada setiap awal baris dalam satu-satu rangkap sajak khususnya secara berikutan. Pengulangan yang murni sebanyak tiga kali atau lebih. Anafora dapat meninggalkan kesan keindahan sajak di samping memberikan penekanan yang kuat terhadap persoalan yang hendak dikemukakan.

26

Epifora
Pengulangan perkataan atau frasa di hujung baris dalam satu rangkap sajak secara berturutan sebanyak dua kali atau lebih. Pengulangan sebanyak tiga atau lebih dianggap lebih murni dan lebih mengesankan. Epifora berlawanan dengan anafora. Dalam sajak-sajak kurang didapati unsur epifora ini berbanding anafora.

27

Kesimpulan
Nilai keindahan pada sajak dapat dikaji berdasarkan sudut-sudut bahasa ini. Kekuatan sajak juga terletak pada penggunaan unsur-unsur gaya bahasa yang diperkatakan di atas. Namun tidak semua aspek bahasa ini dapat dimuatkan dalam satu-satu sajak sekaligus dan tidak semestinya pula apabila kesemua aspek bahasa dimuatkan menjadikan sajak itu bernilai estetika.
28

RUJUKAN

Nurazmi Kuntum 2004 , "Memahami Sajak dan Novel" Rahman Shaari 1993, " Memahami Gaya Bahasa"

29

You might also like