You are on page 1of 8

Dengan adanya kesedaran di kalangan penduduk-penduduk Kampung Nyalas, maka terbinalah sebuah sekolah yang dipanggil SEKOLAH MELAYU

NYALAS pada tahun 1883. Sekolah ini dibina di atas sekeping tanah seluas kira-kira ekar, hadiah daripada Encik Abdul Wahab. Bangunan ini dibuat daripada kayu dan beratapkan rumbia. Bentuknya selanjar memanjang, didirikan oleh penduduk-penduduk kampung dengan cara bergotong royong. Ianya boleh menampung lebih kurang 40 orang murid. Apabila siap sahaja pembinaan bangunan ini, seramai 47 orang murid telah mendaftar untuk belajar dan kesemua pelajar adalah murid lelaki. Tiga orang guru telah ditugaskan di bawah jagaan Guru Besar yang pertama, Cikgu Sulaiman bin Abdul Hadi (ayah kepada Ibu Zain dan datuk kepada Puan Adibah Amin). Pengurusan pelajaran dan pembelajaran sekolah ini dibantu oleh ibubapa dan pegawai-pegawai adat ketika itu. Pada ketika itu murid-murid dibahagikan kepada lima darjah iaitu Darjah 0, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 dan Darjah 4 (Darjah 0 - berkemungkinan sebagai darjah tadika atau permulaan). Pada peringkat awalnya bidang Kurikulum meliputi Pelajaran Ilmu Hisab, Tulisan Jawi, Tulisan Rumi, Bacaan Jawi dan Bacaan Rumi. Di bidang Ko Kurikulum pula pelajarannya terdiri daripada anyaman, berkebun dan senaman. Semua kegiatan ini berjalan di waktu pagi dan dilanjutkan ke waktu petang apabila perlu. Bangunan ini tidak dapat bertahan lama. Pada tahun 1921 bangunan ini telah dirobohkan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu keras bertiangkan batu dan beratapkan genting. Bangunan baru ini boleh menampung seramai lebih kurang 90 orang murid. Guru Besar pada ketika itu ialah Cikgu Yusof bin Abdul Rahman.

Untuk menampung penambahan murid yang semakin bertambah, sebuah lagi bangunan telah dibina pada tahun 1931. Bangunan ini diperbuat daripada kayu keras, batu dan beratap genting dan boleh menampung lebih kurang 160 orang murid. Mata pelajaran yang diajar pada ketika ini, untuk darjah rendah ialah Ilmu Hisab, Lukisan dan Ilmu Tanaman selain daripada membaca dan menulis Rumi dan Jawi. Bagi darjahdarjah yang lebih tinggi mata pelajaran yang diajar adalah Karangan, Lukisan, Ilmu Kesihatan, Ilmu Hisab, Ilmu Tanaman dan Pelajaran Agama Islam (diperkenalkan

pada tahun 1926). Guru Besar pada ketika itu ialah Cikgu Md. Nor bin Hj. Abdul Latif. Bagi membantu pentadbiran sekolah, Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1952 dan Pengerusi pertamanya ialah Tuan haji Mohamad bin Lajis manakala Setiausaha adalah Cik gu Hamzah bin Pie, Guru Besar pada ketika itu. Pada tahun 1964 , murid sekolah ini telah menjangkau seramai 310 orang. Pembelajaran dan pengajaran telah dipertingkatkan. Beberapa peperiksaan awam telah dijalankan seperti Peperiksaan Kemasukan Perguruan, Peperiksaan Sekolah Menengah Inggeris dan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1967, murid sekolah ini telah meningkat seramai 350 orang. Untuk menampung pertambahan ini, sebuah lagi bangunan kekal telah dibina. Bangunan ini telah diramikan oleh YB Encik Mohd. Khir b. Johari (Menteri Pendidikan ketika itu) pada tanggal 18 Jun 1968. Pada tahun 1968, Persatuan Ibubapa dan Guru pula ditubuhkan. Pengerusi pertamanya ialah Tuan Haji Hasan bin Haji Wahab. Kedua-duua Pertubuhan (LPS & PIBG) terus memainkan peranan yang aktif bagi perkembangan dan kemajuan pelajaran dan pembelaran. Tiga buah bangunan yang ada masih tidak mencukupi. Pada tahun 1974, sebuah lagi bangunan telah dibina yang merupakan bangunan bertingkat. Kawasan sekolah telah diperluaskan lagi menjadi 2 ekar, 3 rol dan 35 pol. Bangunan ini mengandungi 8 bilik darjah , 1 bilik rehat, 1 pejabat am, 3 setor, tandas murid dan guru. Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Omar bin Abdul. Kebanyakan bangunan yang ada masih lagi dikekalkan kecuali bangunan pada 1921 dan 1931 telah dirobohkan pada tahun 1994 dan 1997 dan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah bangunan 3 tingkat pada 1998 yang mengandung 5 bilik darjah, 1 pejabat, 1 makmal sains, bilik Kemahiran Hidup, Bilik Tayangan, Perpustakaan, Bilik Rehat Guru, bilik SPBT serta tandas guru dan murid. Pada tahun 1995 tiga blok bangunan telah dibina untuk dijadikan Asrama Desa bagi menampung pertambahan pelajar. Blok-blok tersebut adalah blok asrama lelaki, blok asrama perempuan dan kantin asrama yang boleh menampung seramai 100 orang murid (50 lelaki/ 50 perempuan). Asrama Desa ini mula beroperasi sepenuhnya pada

1 Januari 1996 dan Sekolah Kebangsaan Nyalas adalah SEKOLAH RENDAH YANG PERTAMA mempunyai Asrama Desa di Negeri Melaka Negeri Berbudaya ini.

VISI SK Nyalas cemerlang 2015 di kawasan Jasin

MISI Menghasilkan system pendidikan yang berkualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia

Pendidikan di sekolah adalah satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi pelajar-pelajar ke arah mewujudkan insan yang mempunyai daya

ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi, kehendak individu, masyarakat dan negara. Objektifnya ialah untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan sejahtera. Ia akan dapat menyediakan sumber tenaga untuk keperluan dan kemajuan negara dan ini akan memberi peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.

Sekolah Kebangsaan Nyalas berusaha untuk memastikan setiap pelajar lepasan sekolah ini berketrampilan semaksimanya di bidang Kurikulum dan Ko Kurikulum serta siap sedia untuk meneruskan usaha ke mercu kecemerlangan supaya menjadi insan yang berjaya, bahagia dan selamat di Dunia dan di Akhirat.

1. Beriman dan Bertakwa Kepada Tuhan 2. Berdisiplin, Bermoral dan Berhemah Tinggi 3. Berilmu, Berkemahiran dan Bercita-cita Tinggi 4. Berfaedah Kepada Diri, Keluarga, Masyarakat, Bangsa dan Negara 5. Berpotensi Sebagai Pemimpin yang Berjaya.

You might also like