You are on page 1of 1

Waspada pada sms topup... Perkara yang sama berlaku kepada ana.

Ana terima sms drpd Balai Polis minta top-up sebab ayah ana di Balai Polis di Thailand nak cakap dengan ana hal mustahak (Nota: ayah ana memang selalu juga ke Thailand sebab ibu tiri ana orang sana). Alhamdulillah tergerak hati nak DOUBLE CHECK dengan kakak ana. Kakak ana kata baru pagi tadi dia jumpa ayah ana dan tidak ada cerita drpd ayah ana nak pergi Thailand (biasa dia akan cakap dengan kakak ana kalau nak pergi). Pointnya DOUBLE CHECK & guna logik sikit & jangan mudah percaya. Assalamualaikum wrt Kakak ipar saya mendapat call dari satu nombor yang tidak diketahui (nampak macam dari overseas). Katanya panggilan di buat dari Balai Polis. Abang ipar saya dikatakan perlukan topup dengan kadar segera RM30.00. Nombor barunya ialah 0128640261. Katanya jangan call nombor tersebut. Maka setelah top-upkan RM10.00 menggunakan internet, baru teringat nak call abang ipar saya itu betul ke dia minta top-up dan berada di Balai Polis.... ternyata itu satu penipuan. Harap jangan ada yang kena lagi ..... licik betul mereka ini. Sesiapa yang mendapat call sebegini lagi harap buat double checking dulu. Cukuplah kakak ipar saya sahaja yang terkena !!!!

You might also like