You are on page 1of 4

TERIMA KASIH SANJUNGANKU

Abdullah Muizzan
Aku kini berusia 32 tahun. Impianku berhasil kini aku bisa saja digelar seorang setiausaha kementerian. Bukan kerani, tapi setiausaha. Duduk di kerusi eksekutif, menunjukkan ketrampilan diri sebagai seorang imam, mencurahkan jasa kepada nusa, bangsa dan agama dengan peranan yang diamanahkan itulah aku hasil jerih-perih seorang pendidik demi melihat anak didiknya berjasa seperti dirinya jua. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi nan baik rasa nak junjung. Ingatanku tidak pernah sepi dari mengenang zaman muda remaja dulu. Nakal nian. Tapi, aku gembira kerana Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memberi, mengabulkan doa ini. Seringkali aku teringatkan guru-guruku, aku sering saja bertanyakan khabar dari beberapa orang guru yang pernah mendidikku di sekolah umum, sekolah menengah mahupun di varsiti. Tapi, muncul soalan di fikiran, mengapa aku yang dahulu nakal boleh berubah seperti seorang imam yang hidup senang-lenang? Sedang sahabatku di perkumpulan sana tidak senasib aku... Tahun 1990, aku melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Salahuddin. Tak jauh dari bandar diraja Klang. Aku budak baik di sana. Aku amat tekun menghayati setiap ilmu yang guru ajari. Aku acap kali mencipta cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah di sekolah. Setiap insan yang mendidik berbangga akan diriku dan amat minatlah mereka untuk menumpahkan jasa ke hadapanku. Mereka menatangku seperti minyak nan penuh. Ketika aku berada di Tingkatan 2, aku menunjukkan sahsiah dan kokurikulum baik. Tapi, aku lemah dalam pembelajaran. Guru-guru membantuku sebaiknya. Setiap musykilku mereka jawabi. Aku bisa juga berjaya di Tingkatan 2. Tapi, di Tingkatan 3, aku bukan seperti aku yang asal. Suatu hari, aku berjumpa dengan kawan-kawanku. Aziz, Marzuki, Halim itulah kawanku. Aku menemui mereka di sebuah restoran di bandar. Tetapi, sedang aku gembira berborak dan bersantai sambil menikmati perkongsian ilmu yang diajar oleh guru dan air jus oren segar, tiba-tiba suara telefon bimbit bergema di poket seluarku. Hello, Hakim. Assalamualaikum. Itu suara Radzwan. Waalaikumsalam. Radzwan, kenapa? Boleh aku jumpa engkau ke tidak?

Kenapa? Aku ada appointment dengan Aziz, Marzuki dan Halim. Tengah study ni. Awak ni, jangan banyak cakap. Jumpa saja aku. Aku seakan-akan hairan. Yalah... yalah... di mana? Di Restoran Mama Ali. Okey. Aku tamatkan panggilan itu. Apa yang sebenarnya Radzwan mahukan? Sedangkan aku sedang tekun berkongsi ilmu kaji alam dengan mereka. Aku terpaksa tinggalkan mereka dengan sedihnya dan meluru ke restoran yang terletak jauhnya 200 meter dari restoran tempat perbincanganku tadi. Setibanya aku di sana, seraya mereka memulakan bicara dengan kata-kata seperti, Eh, Hakim, buat apalah kau belajar dengan Aziz tu? Kau tak bosan ke? Elok kau melepak dengan aku, kengkawan lain, boleh saja. Menyampah aku tengok kau belajar. Aku membalas, Kenapa kau menyampah tengok aku belajar? Balas Radzwan, Bukan aku menyampahlah. Tapi, aku tak minat. Lebih baik aku pergi relakskan diri itu. Aku ingat nak ambil kau jadi ahli kumpulan aku. Kau ikut saja aku. Boleh? Aku berfikir dengan runsingnya sehinggalah aku menyetujuinya. Saat itu, aku hanya tahu berseronok sahaja. Radzwan banyak mendedahkan aku kepada perbuatan-perbuatan nakal. Vandalisme, ponteng sekolah, buli itu semua ajaran Radzwan, ketua kumpulan yang aku sertai. Walau bagaimanapun, persekolahanku aku sertai seperti biasa dan aku tidak endahkan semua itu. Cuma, aku menyeimbangkan persahabatan itu sebaiknya. Suatu hari, ketika menanti empat bulan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, aku telah melakukan beberapa kes besar dengan arahan Radzwan juga. Ketika di kelas, aku sedang belajar matapelajaran Prinsip Perakaunan. Cikgu Arman masuk ke kelas, lalu beliau pun mengajarkan aku dan rakan di kelas Tingkatan 5 Perakaunan 1 subjek tersebut. Tiba-tiba, Radzwan yang duduk di belakang aku memberi kasut untuk dibaling ke arah badan Cikgu Arman. Aku terus bertindak demikian dan terkena badannya. Lantas, beliau terjatuh di depan meja kerja cikgu itu. Aku rasa bersalah. Aku terus keluar tanpa mengendahkan apa yang terjadi. Sementara kawankawan lain di kelas itu melihat insiden itu dan terus membantu Cikgu Arman untuk dipapah ke bilik guru dan terus dihantar ke hospital kerana kecederaan yang dihadapi. Aku tidak masuk ke kelasnya 3 kali sesi pengajarannya. Dua minggu berikutnya, Cikgu Arman masih masuk ke kelas dan terus memulakan amalannya

sebagai seorang pendidik. Lantas, beliau memanggilku berdiri dan seraya memberi pesanan berikut, Hakim, kenapa jua engkau membaling kasut ke badan Cikgu? Apa jua salah dan khilaf Cikgu, Cikgu minta maaf. Tapi, mengapa kau buat begini, mengapa, mengapaaa??? Kau akan menduduki SPM tak lama lagi. Tak guna kau nakal. Cikgu tahu kenakalan kau sejak kau di Tingkatan 3. Tolonglah, jangan buat lagi. Cikgu maafkan. Duduklah. Seraya aku membalas ucapan terima kasih itu. Tapi, ketika itu, setelah Cikgu Arman menyampaikan amanatnya, pengetua terus berlari ke kelasku. Beliau mencariku, lantas aku disuruh mengadap di depan kelas dengan mengadapkan belakangku ke depan mereka. Aku dirotan. Aku mengerang keperitan kerana dosa itu. Beliau terus memintaku menemuinya selepas kelas Cikgu Arman. Aku kembali ke tempat duduk setelah selesai urusan itu. Tapi, aku terus keluar ke kelas selang 30 minit. Aku terus menuju ke bilik pengetua. Setibanya aku di sana, aku melihat pengetua bersolat di atas hamparan putih dan memohon kepada Yang Maha Agung agar aku menjadi anak yang baik. Aku menangis kerana kejahilan diri. Walaupun pandai beribadat, tapi tetap jua jahil kerana kelalaian sendiri. Setelah itu, aku masuk ke kamar pengetua itu. Hakim, Ustaz sayang Hakim. Tapi, mengapa kau sangat nakal semacam Radzwan? Susah sangat sebenarnya Radzwan diubah akal. Tapi, kau masih bisa demikian sebab kau baru 2 tahun mengamalkan amalan buruk Radzwan. Ustazah tahu Hakim baik. Tapi... ucap pengetua. Radzwan memang nakal. Pelajar nakal nombor satu di sekolah ini. Pengaruhnya amat tinggi. Maka, Ustaz berhasrat untuk melindungi kau dari pengaruh negatif Radzwan itu. Kalau nak belajar sampai petang, belajar saja di depan meja Ustaz, kecuali kalau Ustaz sibuk menerima pelawat. Kau dulu baik, tapi Radzwan yang memburukkan engkau. Kalau kau dahulu baik, kenapa kau mudah menerima fikiran yang buruk? Lihat, kau dah buat kesalahan besar kepada Cikgu Arman. Nasib baik cikgu Arman sudi memberi maaf. Aku menangis. Aku baru sedar akan semua itu. Hinggalah sesudah peperiksaan SPM, aku bahagua sendirian. Setelah 3 bulan menunggu, aku kembali ke sekolah menengah itu. Setibanya aku di sana, aku terus mengambil slip keputusan. Rupa-rupanya, pengetua sayang aku. Allah makbulkan doa beliau. Aku yang mengambil 11 subjek peperiksaan mendapat semua A1. Alhamdulillah. Semua yang mengelilingiku gembira nian akan itu. Kebahagiaan hayatku berwasilah sehinggalah aku tamat bermukim di menara gading, Universiti Malaya. Aku ingat lagi, setiap kali aku bercuti di varsiti, aku mengunjungi sekolah itu.

Setiap kali itu jugalah beliau mendoakanku, duduk di hamparan sejadah putih, menadah tangan, memohon agar aku dan semua anak didiknya berjaya. Allah kabulkan permintaannya, sehinggalah saat ini, aku sudah berkerjaya dalam pentadbiran awam. Setiap kali aku menatap wajahnya, seingkali jua aku menangis gembira di hadapan kamar pentadbir pusat ilmu itu aku kembali ke hadapannya bagai sirih pulang ke ganggang. Seringkalilah jua beliau menceritakan siapa aku di situ beberapa tahun silam. Pengetua itu yang bernama Ustaz Haslam selalu berkata di bibir manisnya itu, kejayaan itu engkau kerana semangat jitumu. Teruskanlah wasilah itu. Sehingga di akhir multaqa itu, aku sering kali melafazkan, Terima kasih, sanjunganku, pendidikku. Usahalah lebih supaya Allah bisa membalas lebih dari yang demikian. Terima kasih, sanjunganku. Beliau menitiskan air jernih dari matanya kerana mendengar semangat itu walaupun masa itu beliau sudah menjangkau usia 54 tahun. Lantas, balas beliau, Terima kasih kerana menjadi muhsin yang sejati seperti kehendak Ustaz. Aku menjabat tangan lembutnya, berdakapan sesama sendiri, menghargai budi maha tinggi masing-masing. Rupa-rupanya Kau masih mendidik Walaupun wajah hampir ke usia senja Rupa-rupanya Tika aku memburukkan diri Kau masih menadah tangan Memohon hajatmu diterima Saat inilah Tuhan mengabulkan hajatmu Tanpa aku meminta sedikitpun darimu Terima kasih, sanjunganku. Apapaun terjadi, guru tetap sanjunganku.
UJANA PEMULIA, Tuaran. Ahad, 17 Mei 2009. Jam 1.10 petang.

You might also like