You are on page 1of 16

ASAS PEMASARAN

Definisi Pemasaran

 Proses perancangan dan pembuatan


keputusan dengan menggunakan idea-dea
daripada konsep pemasaran terhadap rpoduk
atau perkhidmatan untuk proses pertukaran.
Pasaran

 Pasaran: pengguna yang memiliki kuasa beli,


iaitu kebolehupayaan serta kuasa untuk
membeli.
 Pasaran terbahagi kepada dua:
 Pasaran pengguna
 Pasaran industri
Konsep Pemasaran

 Falsafah pengurusan yang berorientasikan


pengguna dengan matlamat untuk
keberkesanan organisasi dalam jangka
panjang.

 Matlamat pemasaran:
 Memuaskan hati pengguna
 Objektif tercapai
 Imej prestij perniagaan meningkat
Kepentingan Pemasaran

Kepada organisasi:
 Mempercepatkan proses pertukaran

 Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

 Peluang perniagaan dalam industri berkaitan

Kepada individu:
 Secara pemenuhan utiliti mereka

 Kehidupan pengguna lebih baik

 Menyediakan pelbagai alternatif

 Peluang pekerjaan yang banyak dan lumayan


Pendekatan Pemasaran

 Pengguna
 Kajian mengenai kehendak dan cita rasa
pengguna akan dibuat terlebih dahulu sebelum
sebarang aktivit pemasaran dirangka.

 Keuntungan
 Yang dijadikan objektif dalam perancangan
perniagaan dijadikan asas dalam menyediakan
perancangan aktiviti perniagaan.
Membentuk Strategi
Pemasaran
 Proses mengkaji, menganalisa dan memilih
sasaran firma dan kemudiannya
membangunkan perancangan campuran
pemasaran.
 Penting untuk memastikan pengguna
berpuas hati dengan produk atau
perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.
 Dua langkah iaitu memilih pasaran sasar dan
mebentuk campuran pasaran.
Memilih Pasaran Sasar
 Pasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang
menjadi sasaran perniagaan dalam menjalankan
usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk
atau perkhidmatan perniagaan.
 Pelbagai indikator digunakan di dalam memilih
pasaran sasar iaitu jantina, demografi, pekerjaan,
usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya.
 Campuran pasaran dirancang untuk memastikan
pasaran sasar mendapat maklumat penuh produk
atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.
Gelagat dan Tingkahlaku
Pengguna
 Tingkahlaku pengguna perlu dikaji dan diselidiki
kerana hasil kajian ini akan mempengaruhi strategi
pemasaran yang akan dibuat oleh mereka.
Pengguna terbahagi kepada dua:
 Pengguna individu
- orang perseorangan yang membeli produk atau
perkhidmatan untuk kegunaan peribadi mereka atau
keluarga mereka.
 Pengguna industri/firma/kerajaan

- membeli produk atau perkhidmatan secara pukal


Membentuk Campuran
Pemasaran
 Membentuk “campuran pemasaran”
merupakan strategi pemasaran yang kedua:
 Maksud campuran pemasaran ialah
kombinasi empat elemen atau konsep
pemasaran iaitu:
 Produk (product)
 Harga (price)
 Agihan dan tempat (place and distribution)
 Promosi (promotion)
Konsep Utiliti
 Kuasa pemuasan kehendak terhadap produk
atau perkhidmatan.
 Bentuk utiliti daripada pihak pengeluar
adalah menukarkan input (bahan mentah,
komponen dan sebagainya) kepada produk
yang dikehendaki oleh pelanggan.
 Penjual, pengedar dan pemasar produk pula
menyediakan beberapa utiliti lain (utiliti
tempat, bentuk, masa dan pemilikan) kepada
pelanggan mereka.
Proses Pertukaran

 Proses di mana dua atau lebih pihak


memperdagangkan barang dengan nilai
wang atau faedah supaya setiap pihak
merasa puas hati selepas proses pertukaran
tadi.
Peranan Pemasaran Terhadap
Proses Pertukaran
 Kegiatan pemasaran akan mempercepatkan proses
pertukaran.
 Pemasaran, proses pertukaran akan menjadi
semakin pantas apabila tahap kepuasan pembeli
terhadap produk semakin tinggi.
 Bagi pengurusan pemasaran, bentuk kepuasan
yang dimaksudkan adalah pemenuhan utiliti
pelanggan, iaitu:
 Utiliti masa
 Utiliti bentuk
 Utiliti tempat
 Utiliti pemilikan
(Samb.)

 Utiliti ini akan menyebabkan kenaikan sedikit dalam


harga produk yang dijual, tetapi pengguna tidak
mempertikaikan kenaikan harga yang berpatutan
kerana kenaikan tersebut adalah bayaran
pertambahan utiliti yang diberikan.
 Utiliti tempat: produk yang dikehendaki oleh
pengguna boleh diperolehi di tempat yang
pengguna itu kehendaki.
 Utiliti bentuk: pengguna boleh memperolehi produk
dalam ciri-ciri (seperti bentuk, warna, saiz, fesyen
dan sebagainya) yang mereka kehendaki.
(Samb.)

 Utiliti masa: pengguna boleh memperolehi


produk yang dikehendakinya pada masa ia
perlukan.
 Utiliti pemilikan: pengguna boleh memiliki
produk yang dikehendakinya.
Kepentingan Utiliti dalam
Pemasaran
 Kekerapan proses pertukaran yang tinggi
akan membantu perniagaan mencapai
objektif perniagaan dengan lebih baik.
 Pelanggan berpuas hati walaupun
pertambahan kos akan menyebabkan
peningkatan harga yang terpaksa ditanggung
oleh pelanggan, asalkan kenaikan harga ini
relevan dengan pertambahan utiliti yang
diberikan menyebabkan pelanggan “tidak
kisah”.

You might also like