Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
NABI ADAM

NABI ADAM

Ratings: (0)|Views: 2,370|Likes:

More info:

Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Nov 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2012

pdf

text

original

 
NABI ADAMAdam dan isteri dikisahkan di dalam al-Qur'an dan juga Bible. Namun, ceritanya tidak semuanya sama. Perbezaan turut dikesan pada cerita ulama palsu dunia Islam. Ceritamereka didapati condong sedikit kepada Bible, umpamanya kisah bagaimana isteri Adam,iaitu perempuan yang pertama di dunia, dicipta. Nama "Hawa" yang mereka gunakan juga diceduk daripada Bible.Untuk menunjukkan perbezaan tersebut, di halaman ini, diturunkan petikan ayat-ayat al-Qur'an dan Bible. Hadis Bukhari juga tidak ditinggalkan. Ayat-ayat al-Qur'an dipetik daripada
 Bacaan
sementara ayat-ayat Bible daripada Bible versi bahasa Melayu, bernama
 ALKITAB
, yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia, Jakarta (1996).Hadis Bukhari pula disalin daripada CD terbitan Islamic Computing Centre, London(1994).Bermula dengan cerita ciptaan Adam. Menurut al-Qur'an, Adam dicipta daripada tanahliat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk, dan kemudian Allah menghembuskanRoh-Nya ke dalamnya. Firman-Nya:"Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, 'Sesungguhnya, Akumencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yangdibentuk, Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku kedalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.'"(15:28-29)Semua malaikat sujud, kecuali Iblis. Iblis adalah daripada jenis jin (18:50). Jin diciptadaripada api yang membakar (15:27
 
).Di dalam ALKITAB pula, Adam dikatakan telah dicipta daripada debu tanah. Kemudiantuhan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. Ayat ALKITAB yang berkenaan berbunyi,"TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafashidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup."(Kejadian 2:7)ALKITAB tidak menceritakan mengenai malaikat-malaikat yang sujud, dan tidak jugamenyebut sedikit pun mengenai Iblis.Isteri Adam disebut buat pertama kali di dalam al-Qur'an dalam ayat yang menyusul peristiwa keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam. Contoh, pada ayat-ayat yangditurunkan selepas perenggan yang berikut.Pengisahan diteruskan - bermula dari perintah Allah ke atas para malaikat supaya sujudkepada Adam hingga ke larangan daripada mendekati sepohon pokok yang dikenakan keatas Adam dan isterinya. Ketika itu mereka berada di Jannah. (Dialog Allah-Iblis ketika ia
 
enggan sujud kepada Adam tidak terdapat di dalam ayat-ayat di bawah, tetapi bolehdibacadi sini.)"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalumereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orangyang tidak percaya (kafir). Dan Kami berkata, 'Wahai Adam, tinggallah kamu dan
isteri
kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamumenghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang yang zalim.'"(2:34-35)"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; makamereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan. Kemudian Kami berkata, 'Wahai Adam,sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan
isteri
kamu. Maka janganlah ia mengeluarkankamu berdua dari Taman supaya kamu menjadi sengsara. Sesungguhnya bagi kamu,tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang, Dan tidak jugakamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan.'"(20:116-119)Kemudian, syaitan berbisik kepada Adam untuk menghasut supaya dia dan isterinyamelanggar larangan daripada Allah itu. Bisikan atau pujukannya berbunyi,"Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, 'Wahai
Adam
, bolehkahaku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak  binasa?'"(20:120)"Berkata (syaitan), 'Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supayakamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan.' Dan ia bersumpah kepada mereka, 'Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat.'"(7:20-21)Setelah Adam dan isteri merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadinyata kepada mereka. Lalu mereka menjahit daun-daun Taman pada mereka. Seterusnyamereka dipanggil oleh Allah, dimarahi, dan akhirnya diusir keluar dari Taman. Firman- Nya,"Maka ia (syaitan) membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu merekamulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggilmereka, 'Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkatakepada kamu, Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata?'Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri,dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadiantara orang-orang yang rugi.'Berkata, 'Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu.' 
 
Berkata, 'Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akandikeluarkan.'"(7:22-25)Allah menerima taubat mereka dan memberi mereka petunjuk. Sebelum merekameninggalkan Taman, Allah berpesan agar mereka tidak berpaling daripada petunjuk yang Dia turunkan. Firman-Nya,"Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan menerima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk. Berkata, 'Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya,sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika datang kepadakamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat,dan tidak juga dia menjadi sengsara. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta.'"(20:122-124)Di dalam
ALKITAB
(Bible versi bahasa Melayu), setelah Adam dicipta, dia ditempatkandi taman Eden. (Pada ayat-ayat yang diturunkan di halaman ini, nama Adam dan Hawatidak disebut. Adam disebut sebagai "manusia itu" dan Hawa, "perempuan" atau"isterinya". Nama mereka mula disebut dalam ayat-ayat yang kemudian):"TUHAN Allah mengambil
manusia itu
dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu."(Kejadian 2:15)Selepas itu barulah perempuan dicipta iaitu apabila Adam mendapati tiada penolong yangsepadan baginya:"... tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. LaluTUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allahmengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dandari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: 'Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Iaakan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.' Sebab itu seorang laki-laki akanmeninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanyamenjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapimereka tidak merasa malu."(Kejadian 2:20-25)Justeru, menurut ALKITAB, perempuan dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Sepertiitulah jua cerita ulama palsu dalam dunia Islam. Akan tetapi, al-Qur'an menyatakan bahawa (semua) manusia dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yangdibentuk (15:26), dan selanjutnya menyatakan bahawa mereka dicipta daripada jiwa yangsatu. Firman-Nya:

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
khairuzi79 liked this
khairuzi79 liked this
khairuzi79 liked this
sarwani liked this
miraul liked this
afrizal006 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->