You are on page 1of 8

Alat Muzik

Kempul Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu penambahan barn daripada yang sedia ada. Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromong, Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya. Alu Bunyi Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Angklung Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Beduk Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando. Cak Lempong Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Canang Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Cerek Kecerek / Centong Alat idiofon berbentuk 'bilahan'. Lazimnya diperbuat daripada buluh dan berukuran 45 sm panjang dan 6 sm lebar. Secara umum ianya dikenali sebagai alat clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun 'tepuk' untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang pemain. Alat Kecerek ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti 'Menora' oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah. Engkeromong Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu. Gambang Kayu Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaras mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema (resonator). Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan. Geduk

Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti nangka ataupun angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang lembu dengan menggunakan bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu keras, lazimnya daripada kayu nibung. Gendang Ibu Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dan Silat. Gong Keluarga Gong dalam muzik tradisional secara umumnya terdiri daripada jenis-jenis berbusut atau bertombol. Antara yang termasuk dalam keluarga gong ialah tetawak, kenong, kromong. kempul dan canang, Perkataan yang amat meluas dugunakan di Malaysia dikatakan berasaskan kepada sistem "anomatopocia" iaitu satu sistem penamaan yang diilhamkan melalui peniruan bunyi yang diterbitkan oleh alat berkenaan. Gong Agung Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Gong/Tetawak Ibu Gong/Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak Anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana seperti Asyik dan tarian-tarian rakyat seperti 'Garong', 'Wau Bulan', 'Ulit Gambuh', yang berkembang di negeri Kelantan. Tetawak Ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar daripada Tetawak Anak. Gordang Sembilan Merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat Melayu yang berketurunan Mandaling. Ianya didapati berkembang di negeri Selangor dan dimainkan sebagai muzik iringan untuk tarian dan juga hiburan. Kemplingan Kemplingan sejenis gendang satu muka yang digunakan dalam tradisi bacaan rawi yang menyerupai berzanji oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor. Kesenian ini juga dikenali dengan nama Kemplingan. Kenong Kenong diperbuat daripada 'perunggu' dan mendukung peranan sebagai alat kolotomi yang dominan dalam rangkaian Gamelan di Malaysia. Dalam ensemble Gamelan Melayu, Kenong disertakan dalam satu oktaf yang berlaras Pentatonik (anhemitonic Pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semiton pada jedanya, mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch yang diasaskan kepada Western Tempered Pitch, manakala tradisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro, bermaksud lima nada dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada.

Kertuk Buluh Kertuk Buluh sejenis alat yang dapat digolongkan di bawah keluarga 'Kertuk'. lanya diperbuat daripada tabung buluh dan pada permukaannya ditebuk satu lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara. Ini bagi menjamin supaya udara yang berada dalam ruang tabung alat berkenaan dapat mengalir keluar dengan bebas apabila alat ini diketuk. Kertuk Kayu / Kerantung Kertuk Kayu sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'Nangka' dan berbentuk 'oblong' iaitu memanjang. Pada permukaannya ditebukkan lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Ianya dipalu dengan kayu yang diperbuat daripada kayu yang keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung masjid ataupun surau di kampung-kampung dan dipalu menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Keromong / Bonang Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi (kettle-shaped) dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'. Secara dikotomi bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System sempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve daripada Perancis. Kesi Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Kompang Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Kulintangan Kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Maruas Gendang dua muka yang berukuran kecil dan berbentuk silinder. Baluhnya diperbuat daripada kayu nangka dan kedua-dua permukaannya telah diregangkan dengan belulang kambing

sebagai bahan bunyi. Maruas dipalu dengan sebelah tangan secara meningkah untuk mengiringi tarian Zapin. Ianya juga dikatakan telah mewarisi pengaruh daripada Timur Tengah. Dalam amalan persembahan, meruas dimainkan oleh tiga orang pemain dan setiap daripada meruas tersebut mempunyai pic yang berbeza-beza iaitu rendah, menengah dan tinggi. Rebana Sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai 'Adai-Adai' oleh masyarakat Melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan Sipitang. Rebana dipalu dengan sebelah tangan seperti juga teknik yang digunakan untuk rebana yang terdapat dalam ensemble muzik sinkretik yang lain. Paluan rebana serta nyanyian Adai-Adai diadakan untuk meraikan majlis-majlis keramaian dan menyambut tetamu kehormat. Rebana Besar Gendang satu muka yang terbesar pernah wujud dalam budaya muzik masyarakat Melayu. Temalang ataupun baluhnya yang berbentuk seperti pasu ataupun potted type itu diperbuat daripada kayu yang keras seperti 'merbau' ataupun 'cengal'. Rebana Mangkuk Rebana Mangkuk juga merupakan sejenis gendang satu muka. Baluhnya diperbuat daripada mangkuk yang diguna untuk mengumpul susu getah. Lazimnya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat daripada tanah Hat. Pada permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi menggunakan kaedah siratan rotan dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua keping berbaji kayu dimasukkan secara bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang digunakan untuk alat rebana yang lain seperti Rebana Ubi dan sebagainya. Saron Demung Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif. Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Sarong Barong Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Mempunyai oktaf tengah (middle octave) dalam keluarga saron yang terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan 'Cincang'. Saron Penerus / Pekin Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu. Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok (double the main melody). Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Dari segi fizikalnya, Saron Penerus mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Alat pemukul (sounding device) bagi Saron Penerus juga berbentuk penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Slenteng

Alat 'bilahan' daripada perunggu. Merupakan sebagai alat penambahan baru dalam permainan Gamelan Melayu. Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang. Teknik perdam juga diamalkan dalam pemakaian alat Slenteng, supaya pencemaran bunyi (sound pollution) tidak berlaku apabila dimainkan serentak dengan alat-alat melodi yang lain Alat Slenteng juga memerlukan 'resonator' iaitu kotak gema untuk meningkatkan (amplify) suaranya. Gedombak Secara prinsipnya, Gedombak adalah gendang dua muka iaitu compound hole, tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi (ponget) dibiarkan terbuka. Ianya berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. Gendang Gendang Gendang Gamelan Mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ianya merupakan jenis gendang dua-muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi, dan pada permukaan kecil dengan belulang kambing. Gendang Nengkara Gendang Nekara/Nengkara merupakan sejenis gendang satu muka yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja di Istana Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Ianya berbentuk seperti kendi iaitu kettle shaped. Baluhnya diperbuat dari kayu Merbau ataupun 'putat' dan pada permukaannya telah diregangkan dengan kulit kijang ataupun kulit rusa sebagai bahan bunyi iaitu sounding body. Manakala bagi Gendang Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Terengganu, baluhnya diperbuat daripada perak dan diukir dengan corak bunga-bungaan. Dalam konteks persembahan ianya dipalu dengan sepasang bilah daripada rotan Gendang Nekara yang terdapat dalam ensemble Nobat Di Raja Perak dikenali sebagai 'Nengkara'. Kesenian muzik Nobat yang berfungsi di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor adalah dipercayai berasal dari negara Timur Tengah iaitu Parsi. Gendang Nobat Gendang Nobat, sejenis gendang dua muka yang digunakan dalam ensemble Nobat Di Raja seperti yang terdapat di istana-istana raja di Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu. Alat ini merupakan sebahagian daripada alat muzik di Raja dan telah didaulatkan sebagai objek seni yang mempunyai kedudukan yang begitu istimewa di kalangan istana. Alat ini diperbuat daripada kayu jenis keras yang terpilih dan pada kedua-dua permukaannya dipasangkan dengan belulang lembu. Ada juga yang berpendapat, Gendang Nobat di Raja yang terdapat di istana Kedah telah dipasangkan dengan belulang dari kulit harimau, untuk menghasilkan jenis suara sepertimana yang dikehendaki dan baluhnya diperbuat daripada kayu 'Putat'. Tar Rodat Sejenis rebana yang boleh kita takrifkan sebagai The framed Drums. Pada dindingnya dilengkapkan dengan tiga pasang kercing yang diperbuat daripada kepingan tembaga dan berbentuk bulat. Baluhnya diperbuat daripada kayu-kayu jenis keras seperti sena, merbau dan lazimnya kayu nangka. Permukaannya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi menggunakan teknik 'paku'. Alat Tar dipalu dengan sebelah tangan untuk mengiringi

permainan Rodat iaitu sejenis nyanyian zikir yang berunsur keagamaan yang berkembang di Terengganu. Tarian juga diselitkan dalam tradisi berkenaan. Penarinya terdiri daripada kaum lelaki sebagai 'anak pelengkuk' dan penari wanita sebagai 'Inang'. Manakala pemain-pemain rebana TAR digelar sebagai 'Pengadis'. Rebana TAR dikenali umum dengan nama kompounnya sebagai Tar Rodat. Perkataan Tar yang bermaksud gendang bagi masyarakat Arab, Mesir dan juga negara-negara Teluk yang lain. Dalam bahasa Parsi, perkataan 'Tar' adalah merujuk kepada tali umpamanya alat sehtar adalah bermaksud alat muzik yang mempunyai tiga tali. Engkerurai Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakan buluh dan sejenis labu. Batang Serunai Ianya ditarik dan ditebuk secara selari dengan bentuk luaran iaitu berbentuk 'Kun'. Pada permukaan atasnya ditebukkan lubang-lubang penjarian dan satu lubang ibu jari pada bahagian permukaan bawahnya. Kikir yang berbentuk bulat digunakan untuk tujuan melicinkan pada bahagian tebukan dalaman yang bertindak sebagai 'saluran udara' iaitu air passage. Kecopong Berbentuk seperti 'loceng' iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis kecopong yang mempunyai tebukkan dalaman yang luas digunakan untuk memainkan kategori 'lagu-semasa' yang sesuai dalam aspek persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan Mouth organ Dalam penulisan ini juga adalah amat menarik untuk kita memberi perhatian kepada jenis-jenis alat muzik utama yang terdapat di kalangan masyarakat suku kaum bumiputera di Sarawak dan Sabah. lni memandangkan alat 'tiup' daripada keluarga mouth organ ataupun 'organ mulut' seperti 'Engkerurai', 'Keledi' (Keluri) di Sarawak serta 'Sompoton' di Sabah, adalah merupakan di antara yang tertua yang pernah wujud di rantau ini. Secara evolusi, ianya dikatakan alat 'asli' bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara dan dipercayai telahpun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pipit Merupakan bahagian yang menghasilkan suara ataupun sounding device bagi serunai. Ianya diperbuat daripada daun lontar dan dibentuk seperti kipas. Pipit yang berlapis empat ini diikat secara berpasangan iaitu dua lapis sebelah, pada penghujung Menali. Bagi persediaan untuk persembahan, Pipit perlu dibasahkan terlebih dahulu untuk menjaminkan getaran yang seimbang apabila ianya ditiup. Seruling Alat tiup yang diperbuat daripada buluh. Ianya dicipta dalam pelbagai jenis dan bentuk serta mempunyai lubang petik yang berbeza jumlahnya. Alat tiup daripada buluh ini dikatakan sebagai alat asli (indegeneous) bagi masyarakat di rantau ini. Ianya wujud di merata-rata kawasan pendalaman di Asia Tenggara. Dalam permainan Cak Lempong yang berkembang di Negeri Sembilan, alat tiup daripada buluh telah dicipta dalam tiga bentuk yang khusus dan mempunyai nama serta jumlah lubang yang berbeza-beza. Di antaranya seperti 'salung', 'bangsi', dan 'puput', 'seruling' didapati berkembang di daerah-daerah tertentu di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di negeri Sembilan. Jenis-jenis seruling dari

buluh ini sering digunakan sebagai alat melodi dalam persembahan Cak Lempong dan juga dimainkan secara solo untuk muzik hiburan. Serunai Maklumat Lanjut Serunai Batang Padi Sejenis serunai yang diperbuat daripada batang padi dan dikatakan mempunyai keunikan serta keunggulan yang tersendiri. Ianya dicipta dalam beberapa jenis dan bentuk. Lelidahnya iaitu sounding device adalah sama seperti yang terdapat pada alat 'Klarinet Berkembar' dari negara Timur Tengah. Serunai Batang Padi ditiup secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. Ianya sering dipersembahkan oleh kanak-kanak belasan tahun untuk memainkan muzik-muzik eksperimental yang diilhamkan daripada lagu-lagu yang berkembang dalam teater Wayang Kulit ataupun Silat. Secara praktiknya, Serunai Batang Padi telah menjadi 'alat perintis' kepada kebanyakan tokoh Serunai yang ada di Kelantan khususnya dan juga di kawasan-kawasan perkampungan di negeri-negeri lain yang mempunyai kawasan penanaman padi. Serunai Daun Kelapa Serunai Daun Kelapa adalah alat tiup berpipit. Ianya diperbuat daripada daun kelapa dan dibentuk seperti tanduk. Merupakan satu ciptaan terhasil dari pemikiran masyarakat Melayu zaman silam yang perlu dirakamkan sebagai khazanah manusia, berhubung dengan ilmu bunyi. Ianya merupakan suatu pengalaman dasar suci manusia, hasil daripada pengaruh serta interaksi dengan alam sekeliling dan sekaligus melahirkan penciptaan untuk memenuhi tuntutan rohani dan jasmani mereka. Sompoton Sompoton sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan 'khene' sejenis organ mulut yang terdapat di Laos. Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis 'sumbiling' yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Pipa-pipa buluh tadi dipasangkan kepada buah labu yang dikeringkan sebagai ruang gemanya ataupun windchest dengan menggunakan sejenis bahan pelekat dikenali sebagai 'sapinit' daripada lilin 'kelulut' iaitu sejenis lebah kecil. Pada pipa buluh yang berperanan sebagai chanter telah dipasangkan dengan 'lelidah' iaitu the sounding device. Lelidah tersebut diperbuat daripada jenis logam nipis. Tetuang Tetuang adalah alat 'tiup' jenis trumpet. Ianya diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan lazimnya digunakan untuk berhubung khususnya di kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut. Kini alat Tetuang sudah dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensemble bagi perarakan dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari tradisional ataupun kontemporari. Gambus Alat tali dari keluarga 'Ud'. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis Gambus yang sering digunakan untuk memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga Ghazal.

Menali Menali Sape Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya 'meranti'. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Kecapi Kecapi Buluh juga dikenali sebagai 'Gendang Kecapi'. Ianya dicipta daripada tabung-tabung buluh yang terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikopek daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan hujungnya.

You might also like