Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan British Mengemukakan Kesatuan Tanah Melayu
YT 2007 6960 1
Pengenalan
Jurnal yang bertajuk
Unsur-Unsur Yang Telah Menyebabkan Kerajaan BritishMengemukakan Kesatuan Tanah Melayu
adalah sebuah jurnal yang membincangkantentang usaha yang dilakukan oleh British selepas Perang Dunia Kedua- iaitu selepas kejatuhanJepun- untuk kembali bertapak di Tanah Melayu, iaitu dengan menubuhkan Kesatuan TanahMelayu atau Malayan Union. Dalam penulisan ini, penulis jurnal telah mengemukakan pendapat beliau tentang masalah yang dihadapi British dalam menubuhkan Malayan Union, sebab-sebabserta tujuan Malayan Union ditubuhkan berdasarkan keadaan politik, ekonomi dan sosialmasyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, penulis jurnal juga turut menggunakan TeoriJames de V. Allen dalam mengemukakan sebab-sebab penubuhan Malayan Union.Dari pengamatan penulis, jurnal ini adalah suatu jurnal yang menarik kerana ia telahmemberi ruang kepada penulis jurnal yang juga merupakan pelajar tahun dua, UniversitiKebangsaan Malaysia untuk mengemukakan pendapat beliau berkaitan topik yangdibincangkan. Selain itu, jurnal ini dapat membuka minda pembaca tentang senario yangberlaku pada masa Malayan Union ditubuhkan. Para pembaca juga dapat mengetahui tujuanpenubuhan dan sebab-sebab penubuhannya dari kaca mata penulis jurnal. Pada pendapat penulis, penulis jurnal mempunyai pendapat dan idea yang hebat dan kritikal, namun begitu,cara pengolahan isi serta penyusunannya perlu diperbaiki supaya apa yang ingin disampaikanadalah lebih jelas dan difahami pembaca. Penulis jurnal boleh menulis dengan menggunakansub-sub topik atau tajuk-tajuk kecil bagi memisahkan satu isi dengan isi yang lain. Selain itupenulis jurnal juga boleh menggunakan lebih banyak rujukan autentik yang sesuai bagimenyokong pendapat beliau.
Perbincangan
Jurnal ini membincangkan tentang bentuk pemerintahan British selepas Perang Dunia Pertamadi Tanah Melayu. Selepas mengamati senario ekonomi, politik dan sosial penduduk TanahMelayu, British mengambil keputusan untuk merubah corak pemerintahan mereka supaya