(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang ataubeberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibatakan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respontertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengardan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiranmendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej ataumaklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana danmenghasilkan penghasilan maklumat.