You are on page 1of 3

TAHUN 1428H/2007M

Bumi telan kaum Luth

LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah an tara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir. Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sodom di wilayah Jordan. Namun, penduduk kota i tu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi dara h daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks). Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, sebaliknya ber iman kepada Allah, selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu. Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, malah berani memberi amaran kepada Nabi Lut h: Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini. Luth berkata: Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakuka n. Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami. Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijela skan, maksudnya: Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu. Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurun kan azab ke atas kaumnya. Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrah im dan memberitahu tujuan kedatangan mereka. Nabi Ibrahim berkata: Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan. Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: Berkata Ibrahim; sesu ngguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterin ya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.

Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sodom. Malaikat dengan wajah manusi a itu silih berganti menjadi tetamu Nabi Luth. Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa c emas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks. Namun, berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kal angan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan ter kutuk itu dengan tetamu Nabi Luth. Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mere ka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik. Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: Sesungguhnya ka mu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Se sungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan. Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal ment enteramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata merek a. Perkara ini diceritakan al-Quran: Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasa kanlah azab-Ku dan ancaman-Ku. Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenar nya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketik a itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berk enaan pada waktu malam. Al-Quran memperjelaskan: Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami a dalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganl ah ada seorang pun antara kamu yang tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat j atuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah de kat? Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada wak tu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mer eka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar. Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang ker as. Demikian balasan terhadap mereka yang melakukan homoseks. Berhubung perkara ini, ada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada I bn Abas: Siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, bunuhlah orang ya ng melakukannya dan diperlakukannya. Hantar kepada kawan Format pencetak

-------------------------------------------------------------------------------Emel webmaster untuk sebarang maklumbalas. Persoalan lain emelkan pada editor, a tau sales untuk maklumat pemasaran. Hakcipta 2007 Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala L umpur, Malaysia. Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl

You might also like