You are on page 1of 5

PANTANG LARANG DAN KEPERCAYAAN KAUM IBAN Pengenalan Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak

,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolakansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Kepercayaan Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya y hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. y percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka. Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti Tuai Rumah dan Tuai Burong. Tugas Tuai Rumah biasanya melibatkan y y y hubungan antara keluarga masalah hubungan lainlain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.

Tugas Tuai Burong berkaitan y y y hubungan manusia dengan makhluk ghaib. mengetuai sesuatu upacara ritual perubatan tradisional.

Masyarakat Iban juga mengamalkan sistem perubatan Manang. Manang adalah y y y y seperti bomoh atau pawang di kalangan orang Melayu. menganggap status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati. Manang dianggap sebagai golongan istimewa. Manang sering berperanan meyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi. y Sistem ini juga dapat diselaraskan dengan amalan pantang larang serta kepercayaan tertentu. Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk. Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti kempunan. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. Manang juga boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu, sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang.

PANTANG LARANG PANTANG LARANG KETIKA MAKAN Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya:y y Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. y Rasionalnya Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin. y Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. y Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. y Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. PANTANG LARANG KETIKA TIDUR . Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya :y y mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu. PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN Dalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya. Contohnya :y Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan o Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat. . Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan Contoh Pantang larangnya :y masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
y y

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

y y

Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

RUJUKAN http://noorhasnahadam.multiply.com/journal/item/13/KEUNIKAN_AMALAN_KESIHATAN_MAS YARAKAT_IBAN_BH.10sept08 http://malaysiana.pnm.my/01/0104010101swkiban_mengandung.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban http://gnmawar.wordpress.com/adat-iban/

You might also like