You are on page 1of 54

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

oleh: USTAZAH SAANAH BINTI EDI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Takrif dan prinsip asas Tamadun

pencapaian manusia dalam bentuk kota, sistem tulisan, kesenian, seni bina, kepercayaan, undang-undang dan politik
(M.A.J. Beg, 1985)

Takrif dan prinsip asas Tamadun

keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik dll dan peradaban
(Kamus Dewan, 1998)

TAMADUN DARI SEGI BAHASA

TAMADUN DARI SEGI BAHASA

ERTI TAMADUN

ARAB

MELAYU

INGGERIS

TAMADUN DARI SEGI BAHASA


ERTI TAMADUN

ARAB UMRAN

MELAYU HADHARAH

INGGERIS URBANIZATION RENAISSANCE CULTURE CIVILIZATION

PERADABAN KEBUDAYAAN KEMAJUAN

MADANIYYAT THAQAFAH TAMADUN

`umran
dari perkataan `amara, ya`muru, umranan iaitu membangun, membina, hidup, berumur Iaitu suatu kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di situ dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. (Ibn Khaldu, 14M)

hadharah
dari kata akar hadhara, yahdhuru, hadhratan Iaitu suatu wilayah yang mengandungi aspek kehidupan sosial dan nilai yang berdasarkan ajaran agama apabila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanannya serta kehidupan secara kolektif yang tersusun. (Ibn Khaldun dan Malik Bennabi, 20M)

madaniyyat
dari kata akar madinah iaitu bandar Iaitu suatu peringkat yang tertinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. (Farid Wujdi dan Muhamad Abduh, 20M)

thaqafah
Iaitu pencapaian dari sudut pemikiran, bahasa dan segala yang berhubung dengannya.

ISTILAH TAMADUN
ERTI TAMADUN

ARAB UMRAN

MELAYU HADHARAH

INGGERIS URBANIZATION RENAISSANCE CULTURE CIVILIZATION

PERADABAN KEBUDAYAAN KEMAJUAN

MADANIYYAT THAQAFAH TAMADUN

peradaban
Iaitu keadaan dan tingkat kemajuan rohani dan jasmani sesuatu bangsa atau masyarakat.

kebudayaan
dari perkataan budaya iaitu tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dsb), kemahuan (akal budi) Iaitu keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.

kemajuan
Iaitu taraf kehidupan yang bertambah baik dari sedut ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain.

ISTILAH TAMADUN
ERTI TAMADUN

ARAB UMRAN

MELAYU HADHARAH

INGGERIS URBANIZATION RENAISSANCE CULTURE CIVILIZATION

PERADABAN KEBUDAYAAN KEMAJUAN

MADANIYYAT THAQAFAH TAMADUN

civilization
dari perkataan:
civitas iaitu bandar civil iaitu berkenaan manusia dan masyarakat civic berkenaan kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar atau rakyat

Iaitu kemajuan dalam tingkat penghidupan manusia yang meliputi aspek pemikiran dan kebendaan.

culture
...Perkembangan kecerdasan manusia dari sudut fizikal, daya fikir, semangat melalui latihan dan pengalaman

Iaitu perkara yang berkaitan dengan agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Disebut juga cara hidup sesuatu masyarakat.

renaissance
Iaitu kebangkitan ke zaman pembaharuan.

urbanization
Iaitu perubahan menjadi bandar kawasan luar bandar

ISTILAH TAMADUN

ISTILAH TAMADUN

   dari perkataan arab tamadun mula diperkenalkan oleh Dr Jurji Zaidan, 1904 dari asal perkataan madana iaitu kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. dari kata akar tamaddana, yatamaddanu, tamaddunan Iaitu: 1. Pemilihan sesuatu tempat untuk didiami 2. Membangunkan sesuatu kawasan sehingga menjadi bandar 3. Fenomena perubahan daripada liar kepada maju.

ISTILAH TAMADUN

Oleh itu istilah TAMADUN membawa erti:

kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian yang tinggi di dalam pelbagai aspek kehidupan manusia samada kerohanian atau kebendaan.

TAMADUN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF

PERSPEKTIF BARAT, MELAYU DAN ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN
BARAT MELAYU ISLAM

PERSPEKTIF TAMADUN BARAT, MELAYU DAN ISLAM


PERSPEKTIF TAMADUN TAMADUN BARAT
TAMADUN MELAYU Abu Bakar Hamzah W. Hashim W. Teh TAMDUN ISLAM Ibn Khaldun Muhammad R.Redha Sayyid Qutb Said Hawa Umar Audah Muhammad al-Bahiy

Arnold Toynbee J.K. Fiebleman E.B. Taylor Oswarld Spengler Will Durant

Perspektif Tamadun Barat

Arnold Toynbee:
Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Perspektif Tamadun Barat

J.K. Fiebleman:
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

Perspektif Tamadun Barat

E.B. Taylor:
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Perspektif Tamadun Barat

Oswald Spengler:
Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu yang membawa kemajuan.

Perspektif Tamadun Barat

Will Durant:
Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen, iaitu somber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

PERSPEKTIF TAMADUN BARAT, MELAYU DAN ISLAM


PERSPEKTIF TAMADUN
TAMADUN BARAT TAMADUN

MELAYU

TAMDUN ISLAM

Arnold Toynbee Abu J.K. Fiebleman E.B. Taylor Oswarld Spengler Will Durant

Ibn Bakar Hamzah Khaldun

Muhammad R.Redha W. Hashim W. Teh Sayyid Qutb Said Hawa Umar Audah Muhammad al-Bahiy

Perspektif Tamadun Melayu


Abu bakar Hamzah (1972):
Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, samada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).

Perspektif Tamadun Melayu


Wan Hashim Wan The (1997):
Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatsusila iaitu adab, budi pekerti, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratis.

Perspektif Tamadun Melayu


Wan Hashim Wan Teh (1997):
..Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.

PERSPEKTIF TAMADUN BARAT, MELAYU DAN ISLAM


PERSPEKTIF TAMADUN TAMADUN BARAT TAMADUN MELAYU Abu Bakar Hamzah W. Hashim W. Teh

TAMDUN ISLAM Ibn Khaldun Muhammad R.Redha Sayyid Qutb Said Hawa Umar Audah Muhammad al-Bahiy

Arnold Toynbee J.K. Fiebleman E.B. Taylor Oswarld Spengler Will Durant

Perspektif Tamadun Islam


Ibn Khaldun:
Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahanbahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.

Perspektif Tamadun Islam


Muhammad Rasyid Redha:
Agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Perspektif Tamadun Islam


Sayyid Qutb:
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Perspektif Tamadun Islam


Umar Audah al-Khatib:
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.

Perspektif Tamadun Islam


Muhammad al-Bahiyy:
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang mengambarkan nilai keperibadian manusia samada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

CIRI-CIRI TAMADUN

CIRI-CIRI TAMADUN
Kerajaan / sistem pentadbiran Kemajuan teknologi Kota / bandar Organisasi sosial yang tersusun Perkembangan ekonomi Mempunyai kepercayaan tertentu dan agama Tulisan dan bahasa Perkembangan ilmu pengetahuan

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

DEFINISI TAMADUN ISLAM


SYED NAQUIB AL-ATTAS- keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama denagn kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang berupa sekala material. TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

PRINSIP
Memelihara agama Memelihara jiwa Memelihara akal Memelihara maruah Memelihara harta Memelihara hak/kebebasan

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM


SUMBER KHUSUS a) al-Quran b) al-Hadis SUMBER AM a) ijmak b) qiyas c) istislah d) istihsan

ASAS TAMADUN ISLAM


Aqidah

Syariah

akhlak

CIRI CIRI TAMADUN ISLAM


o Keagamaan o Sejagat o Terbuka o Sepanjang zaman o Toleransi o Kesatuan dan kepelbagaian

MATLAMAT
1. Kesejahteraan manusia ( baldah tayyibah) Kesejahteraan di dunia dan akhirat Memakmurkan alam mengikut peraturan dan sistem yang telah ditentukan dalam perhubungan:
Manusia dengan Allah Manusia sesama manusia Manusia dengan alam 2. Keredhaan Allah SWT ( Rabbun Ghafur) Manusia yang mendapat keredhaan Allah ialah:
Mematuhi suruhan-Nya Meninggalkan larangan-Nya Menyeru kepada kebajikan
50

KESIMPULAN

KESIMPULAN
Takrif, konsep dan prinsip-prinsip asas tamadun yang dibincangkan menggabungkan suatu idealisme kesejagatan persepsi tentang perkembangan kehidupan manusia. Antara Barat dan Islam tiada perbezaan dari segi menentukan tamadun adalah pencapaian, perkembangan dan kemajuan oleh sesuatu masyarakat. Yang berbeza ialah asas, sumber dan matlamat yang dibawa oleh tamadun disebalik pencapaian itu. Tamadun Islam adalah yang diwahyukan oleh Allah SWT manakala tamadun Barat dan lainnya dibentuk oleh pemikiran dan pengalaman manusia.

You might also like