permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahamantentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untukmeningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid disekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antarapihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home communitypartnership).Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ¶saling melengkapi¶terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana,kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid danguru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam
Peraturan 5PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPAGURU) 1998
yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telahmenggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasanyang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
Subperaturan (5)
± Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasaPersatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiransekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitanganyang lain dalam sekolah.
Subperaturan (6)
± Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagimenyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antaraPersatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah dimana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau PejabatPendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau KementerianPendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.