You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MEMBACA Mata pelajaran Tahun Masa Bilangan murid Unit Tajuk : Bahasa Melayu

: 2 Anggerik : 8.15 hingga 9.15 pagi : 28 orang : 10. Yang Baik Jadikan Teladan

: Pak Senik Insaf : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera

Standard Kandungan

yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. Objektif i) : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. ii) Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf. Sistem bahasa Kosa kata : : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.

Tatabahasa : Kata adjektif Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis. Pengisian kurikulum: Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup

Nilai

: Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT): : i) ii) Belajar cara belajar Kecerdasan pelbagai a. Interpersonal b. kemahiran berfikir c. verbal linguistik Elemen Merentasi Kurikulum Bahan bantu mengajar (BBM) Pengetahuan sedia ada lain dan kata adjektif. Langkah pengajaran dan pembelajaran : Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan ; Kreatif dan Inovatif

: Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja. : Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang

Tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat. 1. Sang Kancil Dengan Harimau. 2. Pak Pandir 3. Lebai Malang

Set induksi (5 minit) Murid diminta menyatakan tajuktajuk cerita haiwan dan cerita rakyat yang diketahui. Guru menyatakan bahawa setiap cerita mempunyai pengajaran tertentu.

BBB : Buku Cerita Nilai : Keyakinan KBT : Kemahiran Berfikir

Teks cerita Pak Senik Insaf Penilaian Kemahiran Membaca Mekanis

Langkah 1 (20 minit) Murid diedar teks cerita Pak Senik Insaf Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.

BBB : Teks cerita Nilai : Berani, tekun. KBT : KBCB

Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.

Guru mengambil markah untuk tujuan penilaian membaca secara mekanis.

1. Kata adjektif 2. Perkataan berlawanan.

Langkah 2 (10 minit) Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif. Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks. Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi dalam lembaran kerja. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

BBB : teks cerita, lembaran kerja. Nilai : kerjasama, berani. KBT : KBCB, KB, TKP Keusahawanan: Etika Kerja Berkumpulan

1. Menyusun urutan cerita. 2. Nilai yang terdapat dalam cerita.

Langkah 3 (10 minit) Murid diedar ayat yang tidak tersusun tentang cerita Pak Senik Insaf. Murid menyusun ayat tersebut secara berpasangan dan membuat kesimpulan tentang cerita tersebut. Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun ayat-ayat yang betul mengikut urutan cerita di papan tulis. Murid membuat kesimpulan cerita dengan membacakan nilai yang

BBB : lembaran kerja, kad ayat. Nilai : berani, tekun. KBT : KBCB, TKP

terdapat dalam cerita tersebut dengan bantuan guru. Pemulihan dan Pengayaan Langkah 4 (10 minit) Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya. Pengayaan: Mencipta serangkap pantun berkaitan teks dan membacakannya di hadapan kelas BBB : Kertas Manila

Penutup Kognitif: Soal jawab 1. Apakah perkara penting yang perlu dikuasai dalam pembacaan mekanis? 1. Apakah kata adjektif yang terdapat dalam cerita? 2. Apakah nilai yang kamu peroleh dalam cerita?

Penutup (5 minit) Murid menjawab setiap soalan yang disampaikan oleh guru. Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran.

BBB : Kertas sebak Nilai : tekun. KBT : TKP, KBCB.

Penilaian: Kemahiran Membaca Teks Prosa Moden Secara Mekanis Aspek yang dinilai 1. Kelancaran 2. Sebutan 3. Intonasi Skor Markah /20 /15 /15

JUMLAH

/50

You might also like