Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seks bebas

Seks bebas

Ratings: (0)|Views: 66|Likes:
Published by Nazatul Ezety

More info:

Published by: Nazatul Ezety on Feb 22, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

 
1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan seks menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisanmasyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akedemik dan lain-lain. Topik  berkenaan dengan seks ini amat penting untuk dibincangkan kerana ia perlu difahamidengan secara jelas dan mendalam sebelum ianya dilaksanakan. Topik yang akan kami bincangkan adalah berkenaan dengan isu yang amat merunsingkan berlaku dikalanganremaja iaitu seks bebas. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sebab-sebab dan puncanya berlaku seks bebas dikalangan umat Islam. Perbincangan-perbincangan yang berdasarkan Al-quran menjadi teras serta hadith-hadith yang menjadi penerang kepadakonsep-konsep yang terkandung dalam Al-quran.
 
2
 
2
.0 PENGERTIAN SEKS
M
enurut Kamus Dewan (1994), perkataan µseks¶ bermaksud sifat-sifat yangmembezakan laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu kejadian di mana wujudnya hubungandiantara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai taboo atau tidak wahar dibicarakankerana ia adalah perkara yang terlalu peribadi atau dianggap sebagai persoalan µdalamselimut¶. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satumaksud yang berbeza. Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internalconsciousness/spiritual/morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasarantertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalam kehidupan yang berkaitan dengan hubungan antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan secara formalatau tidak formal.Di dalam Islam, isu yang berkaitan dengan seks bukanlah perkara asing. Ia telahdibincangkan dengan begitu meluas oleh para ilmuwan dan agamawan Islam. Perbincangantersebut bukanlah berdasarkan kepada pandangan mereka semata-mata tetapi adalah bertunjangkan kepada apa yang telahdinyatakan oleh Allah s.w.t melalui kitab Al-Quran dan juga penjelasan oleh RasulNya melalui al-sunnah. Pemerhatian yang mendalam terhadapkandungan Al-Quran dan Al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangan tentang sekssentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhikemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, Al-Quran telah menggambarkan institusi perkahwinan sebagai sebuah institusi suci yangmampu memberikan ketenangan dan merealisasikan erti kasih sayang yang sebenar melaluifirmanNya yang bermaksud:
³Dan diantara tanda-tanda kekuasaaNya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir´. (Al- Rum : 21)
 
3
 
Apabila membicarakan perkara yang berkaitan dengan penyelewengan seks (sexualdeviances) seperti zina, Allah menegaskan ia sebagai perbuatan mungkar yang terkutuk. Inidapat difahami melalui firmanNya yang bermaksud, ³Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk´.(Al-Isra¶ : 32)Apabila menyentuh persoalan hubungan seks songsang (homosexuality) seperti yangdikisahkan melalui kaum Nabi Luth, Allah s.w.t telah mengecam perbuatan mereka denganmenyatakan bahawa mereka telah melakukan perbuatan
 fahisyah
iaitu perbuatan yangdikutuk. Firman-Nya bermaksud:
³Dan Kami juga telah mengutus) Luth (kepadakamumnya). (Ingatlah) tatkala ia berkata kepada kaumnya : Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah (homosexuality) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (diduniaini) sebelummu?" (Al-A'raf: 80)
Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri mereka daripadaterjebak dalam salahlaku seks menunjukkan bahawa mereka mempunyai kekuatan dalaman(
 spiritual 
) dan daya tahan diri yang kuat.Dalam sebuah hadith, Nabi
M
uhammad s.a.w telah menjelaskan bahawa seorangyang mempunyai iman yang sempurna tidak akan melakukan hubungan seks di luar nikah.Baginda menyatakan:
³Tidak akan berzina seseorang penzina itu dalamkeadaan diaberiman« «´ ( Riwayat Bukhari)
Islam juga memandang serius kepada perbuatan atau perlakuan awal (preaction)yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat. Rasulullahmenyatakan:
³Tidak berada di tempat sunyi antara seorang lelaki dan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan´
Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan bersunyian (khalwat) antara lelaki danwanita (yang tiada hubungan mahram) boleh mendorong kepada penyelewengan seksualkerana mereka akan diperngaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arahkejahatan.Larangan ini lebih jelas dapat dilihat di dalam Al-Quran melalui larangan perbuatan zina. Allah berfirman:

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->