You are on page 1of 14

1 BAB I PENGENALAN KAJIAN

1.0 PENDAHULUAN

Kitab Fadail solat merupakan sebuah kitab yang mashur pembacaanya hampir di seluruh dunia. Kitab ini dikarang oleh rais muhaddithin allama Muhammad Zakaria al-

Kandahlawi. Beliau adalah salah seorang daripada tenaga pengajar hadith di madrasah Mazahir Ulum Saharan Pur di India. Buku ini ditulis dalam bahasa Urdu dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Arab, Francis, dan lain-lain bahasa. Buku ini mengandungi tujuh bahagian iaitu fadilat zikir, fadilat solat, fadilat al-Quran, fadilat tabligh, fadilat bulan Ramadan, kemunduran umat dan jalan penyelesaianya serta kisah para sahabat.

Buku ini mengandungi hadis yang berkaitan dengan kelebihan amal, kerugian dan ancaman bagi yang meninggalkan amalan seperti solat, zikir, al-Quran, Tabligh dan lainlain. Kitab ini mempunyai kontroverisnya yang tersendiri dengan kritikan daripada

mereka yang syadid dalam bidang hadis serta yang jahil dalam bidang hadis walaupun dengan asbab kitab ini telah banyak hati-hati yang mati dan malas dari mentaati perintah Allah s.w.t dapat dihidupkan kembali dan menjalankan perintah Allah s.w.t serta menyeru umat islam kepada amalan agama dengan ilmu, iman dan amal yang betul.

2.0 MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji dan menyelidiki 40 hadith yang terdapat di dalam kitab kelebihan solat karya Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi dan mengkaji sejauh mana kebolehan dalam beramal dan berictiqad dengan hadis tersebut.

2 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengukur dan menentukan tahap kedacifan hadis tersebut samada hadis yang berstatus dacif biasa atau hadis yang berstatus dacif yang melampau. 2. Untuk menjelaskan samada boleh beramal dan berictiqad dengan hadis dacif tersebut atau tidak boleh beramal dan berictiqad dengan hadis berkenaan.

3. Untuk mengenalpasti samada terdapat kesalahan dalam menterjemah matan hadis oleh penterjemah buku berkenaan dan kesilapan dari segi baris dan struktur hadis.

4.0 BATASAN KAJIAN

Pengkaji hanya mengkaji dan menyelidiki hadis yang terdapat di dalam bahagian fadilat solat tidak menyentuh hadis yang terdapat di dalam bahagian yang lain. Pengkaji menghadkan penyelidikan berkenaan disebabkan peruntukan masa yang singkat ini kerana untuk mengkaji keseluruhan hadis yang terdapat di dalam kitab tersebut memerlukan masa yang lama.

Selain daripada itu dalam bahagian fadilat solat terdapat hadis yang hanya disebutkan terjemahan hadis tidak dinyatakan matan hadis dalam bahasa arab dan hadis yang dinyatakan matan hadis dalam bahasa arab. Rentetan daripada perkara ini pengkaji hanya menyelidik dan mengkaji hadis yang terdapat matan berbahasa arab dan meninggalkan hadis yang sebaliknya. Pengkaji terpaksa berbuat demikian disebabkan tidak menemui dan memiliki kitab fadail camal versi bahasa arab tetapi memiliki keluaran berbahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia. Bagi mengelakkan daripada kesalahan dalam menentukan hadis berdasarkan kalimah yang terdapat di dalam terjemahan hadis tersebut pengkaji terpaksa memilih langkah berkenaan.

3 5.0 HIPOTESIS Hipotesis bagi kajian ini ialah terdapat hadis dacif samada hadis dacif yang berstatus biasa atau melampau berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji yang lain serta terdapat hadis yang tidak boleh beramal dengannya.

6.0 DEFINISI KAJIAN Hadis dacif Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi Sahih atau Hasan disebabkan perkara-perkara tertentu yang terdapat pada matan dan sanad hadis tersebut. Kitab fadail camal Kitab yang mengandungi al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan kelebihan amal agama dan keburukan serta ancaman sekiranya meninggalkan amalan agama. Buku ini mengandungi tujuh bahagian iaitu fadilat zikir, fadilat solat, fadilat al-Quran, fadilat tabligh, fadilat bulan Ramadan, kemunduran umat dan jalan penyelesaianya serta kisah para sahabat.

Muhammad Zakariya al-Kandahlawi Rais muhaddithin allama Muhammad Zakaria al-Kandahlawi. Beliau adalah salah

seorang daripada tenaga pengajar hadith di madrasah Mazahir Ulum Saharan Pur di India. Berictiqad Mempercayai dan menjadikannya sesuatu yang dipegang dalam kehidupan

4 7.0 METODOLOGI KAJIAN

Aspek-aspek yang disentuh dalam metodologi kajian ini ialah

7.1 Jenis Kajian

Jenis kajian ini ialah penyelidikan kualitatif yang cenderung kepada metode pengumpulan data melalui pemerhatian ataupun penganalisaan kandungan dokumen yang berkaitan. Sebagai contoh kajian yang akan pengkaji jalankan berkaitan hadis dacif, oleh yang demikian penganalisis akan mengumpulkan data dan maklumat daripada kitab-kitab hadis yang digunakan oleh penulis buku kitab Fadail cAmal ini bagi mengeluarkan hadis tersebut seperti kitab Sahih al-Bukhari, Muslim, Sunan al-Tirmidhi, Abi Daud dan kitab hadis asli yang lain.

7.2 Persampelan yang ditetapkan

Pengkaji dalam kajian ini menghadkan hadis yang ingin beliau kaji iaitu dalam bahagian fadilat solat yang mengandungi 40 matan hadis berserta sanadnya bagi menentukan hadis dacif. Sekiranya penulis mempunyai masa lebihan masa dari masa yang diperuntukan oleh pihak fakulti penulis akan mengkaji hadis dalam bahagian yang lain.

7.3 Instrumen Kajian

Penyelidikan berbentuk kualitatif sebegini lebih banyak masa diluangkan dengan membaca dan menganalisis dokumen atau kitab-kitab yang digunapakai oleh pengarang kitab fadail camal, al-Quran dan Tafsirnya, Kitab hadis dan syarahnya, Mustalah alhadith, Rijal al-hadith, Takhrij al-hadith, al-Fehris al-hadits, Mucjam, CD takhrij hadis dan Kamus serta yang berkaitan denganya.

Penulis buku ini telah mengunakan 84 buah kitab rujukan dalam menghasilkan buku ini. Kalau diteliti jenis-jenis kitab ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu

5 kitab sumber rujukan asli yang bermaksud kitab-kitab hadis yang mana penulis kitab tersebut menyertakan sekali sanadnya dalam penulisan kitab yang ditulisnya tak kira dari apa jua tajuk iaitu hadis, caqidah, tafsir, fiqh dan usulnya atau tarikh seperti kitab Kutub al-Sittah, Musnad Ahmad dan yang lain. Kitab sumber rujukan syibh (menyerupai) asli yang bermaksud penulis kitab ini mengambil hadis-hadis daripada kitab rujukan sumber asli dengan menyertakan sekali sanadnya seperti Kanzul cUmmal oleh cAllamah Ali Burhan Puri. Kitab sumber rujukan ghair asliyah yang bermaksud penulis kitab ini menulis hadis-hadis yang diambil dari sumber asli tanpa menulis sanad mereka seperti kitabTanbih al-Ghafilin yang dikarang oleh Syeikh Abu Laith Samarqandi.

7.4 Berikut senarai rujukan kitab Fadhail Acmal; 1. Ahkam al-Quran yang dikarang oleh Abu Bakr Ahmad bin cAli Razi al-Jasasi. 2.
c

Aini Syarah Bukhari oleh Badaruddin Abu Muhammad bin Ahmad cAini.

3. al-Kmil oleh cAeizuddin cAli bin Muhammad Ibn Athir Jazuri. 4. al-Qaul Badc F alh cAl Habb hasil karya Syamsuddin Muhammad alSakhw. 5. al-Zawjir oleh Imam Ibn Hajar al-Makk al-Haithami. 6. al-Eibah oleh Imam Hafiz Ibn Hajar al-cAsqaln al-Syafic 7. al-Muwaa oleh Abu cAbdullah Malik bin Anas bin Malik. 8. Asd al-Ghbah oleh cAllamah Ibn Athir Jazuri. 9. Asyhur Masyahr Islm oleh Rafiq Bq al-cAzm. 10. al-Syif oleh Qadh cIydh bin Musa al-Husain. 11. al-Targhb wa al-Tarhb oleh cAbd cAdhim bin cAbd Qaw al-Mundhir. 12. al-abaqah oleh Muhammad bin Sacid Katb al-Waqid. 13. cAaw al-Macbud oleh Abu cAbd al-Rahman Syarf. 14. Awjaz al-Maslik oleh Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi. 15. Sunan Baihaqi oleh Abu Bakr bin Husain bin cAli al-Baihaq. 16. Bayan al-Quran olehMaulana Asyraf cAli Thanwi. 17. Badzl al-Majhud oleh Maulana Khall Ahmad Muhajr Madn.

6 18. Bukhr Syarf oleh Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil. 19. Diryah oleh Hafiz Ibn Hajar cAlaih al-Rahmah. 20. Dur al-Manthur oleh cAllamah Jalaluddin Suyuti. 21. Fatw Alamghir oleh Ulama Hindustan, Hazrah Alamghiri. 22. Fath al-Bari oleh Abu Fadhl Ahmad bin cAli bin Hajar cAsqaln. 23. Harzuts Thamin F Mubasyirah Nabi al-Amin oleh Syah Waliyullah Dahlawi. 24. Hishn Hashin oleh Syamsuddin bin Muhammad al-Jazuri. 25. Hilyah Aulia oleh Abu Nucaim Ahmad bin cAbdullah Asbahan. 26. Hujjatullah al-Balghah oleh Syah Waliyullah. 27. Ibn Hibban oleh Muhammad bin Hibban bin Ahmad. 28. Ihya cUlumuddn oleh Imam alGhazal. 29. Iqmah al-Hujjah oleh Maulana cAbd Hayyi Lakhnaw. 30. Irwah Thalathah tartib Maulana Zuhri al-Hasan. 31. Isticb oleh Hafiz Ibn cabd Bar Maliki. 32. Ithaf Sadah Muttaqin oleh Muhammad bin Muhammad al-Zubaidi. 33. Jamc al-Fawaid oleh Muhammad bin Muhammad Sulaiman. 34. Jamal oleh Syeikh Sulaiman al-Jamal. 35. Jamic al-Shagir oleh cAbd al-Rahman Jalaluddin Suyuti. 36. Kanz al-cUmmal oleh cAllamah cAli Burhan Puri. 37. Kaukab al-Durr oleh Syeikh Zadu Majdah. 38. Khashaish Kubr oleh cAllamah Sayuti. 39. Kitab al-Amwal oleh Imam Abu cAbi al-Qasm bin Salam. 40. Kitab al-Ummah wa Siysah oleh cAbdullah bin Muslim. 41. Majmac al-Zawaid oleh Hafiz Nuruddin al-Haithami. 42. Maqsid Hasanah oleh Syasuddi Muhammad bin cAbd al-Rahman. 43. Masyir al-cAzam oleh Jamaluddin Abd al-Rahman bin al-Jauzi. 44. Mazhahir al-Haq oleh Nawab Qatbuddin Khan Bahdur. 45. Mirqah Syarah Misykah oleh Nuruddin cAli bin Suln Muhammad Harwi. 46. Misykah Syarif oleh Waliyuddin Muhammad bin cAbdullah. 47. Musamirah oleh Syeijh Akbar Ibn cArab. 48. Muannif oleh cAbdullah bin Muhammad Ibn Ab Syaibah.

7 49. Musnad Abu cAwnah oleh Yackub bin Ishaq bin Ibrahim Naisaburi. 50. Musnad Abu Yacla oleh Ahmad bin cAli bin al-Nathna al-Muwaal 51. Musnad Ahmad oleh Ahmad bin Muhammad bin Hambal. 52. Musnad al-Firdaus oleh Abu Mansur al-Dailam. 53. Musnad Bazzar oleh Abu BarAhmad bin cUmar al-Bazar. 54. Musnad Hakim oleh Muhammad bin cAbdullah bin Muhammad. 55. Musnad Ibn Khuzaimah oleh Muhammad bin Ishaq Ibn Khuzaimah. 56. Mustadrak Hakim oleh Muammad bin cAbdullah al-Naisabur. 57. Nazha Bsatin oleh cAbdullah bin Ascad Yamin Yafic. 58. Qashaid Qasim oleh Maulana Muhammad Qasim Nanatwi. 59. Qiyam al-Lail oleh Muhammad bin Ahmad bin cAli Marwaz. 60. Qurrah al-Acyun oleh Syeikh Abu Laith Samarqand. 61. Rahmah al-Muhtadah oleh Abu l-Khair Nur al-Hasan wa al-Husaini. 62. Raudh al-Faiq oleh Syeikh Syucaib al-Harifaisy 63. Raudh al-Riyahin oleh cAbdullah bin Ascad Yaman Yafici. 64. ahh Muslim oleh Abu Hasan Muslim bin al-Hajjaj. 65. Sunan Abu Daud oleh Abu Daud Sulaiman bin Asycath Sujastan 66. Sunan Drimi oleh Abdullah bin Abdurrahman Darimi. 67. Sunan Dar al-Qutn oleh Abdul Hassan Ali bin cUmar bin Ahmad. 68. Sunan Ibn Majah oleh Muhammad bin Yazid al-Qardin. 69. Sunan al-Nasai oleh Ahmad bin Syucaib bin cAli. 70. Sunan al-abran oleh Abdul Qasm Sulaiman bin Ahmad bin Ayub. 71. Sunan al-Tirmidhi oleh Muhammad bin cIsa bin Surah al-Tirmdhi. 72. Syamail al-Tirmidhi oleh Muhammad bin cIsa bin Surah al-Tirmdhi. 73. Syarh al-Sunnah oleh Husain bin Mascud al-Farail. 74. Tadhkirah ak-Hufaz oleh Syamsuddin Muhammad bin Ahmad Zaibi. 75. Tafsir Kabir oleh Imaduddin Abd al-Fadai Ismail bin Umair bin Kathir. 76. Tafsir Khazin oleh Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim. 77. Tafisr cAzizi oleh Syah cAbd al-cAziz Dahlawi. 78. Tahdhib al-Mustadhib oleh Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani. 79. Talqih Fuhum Athir oleh Jamaluddin Abd al-Rahman bin al-Jawazi.

8 80. Tanbih al-Ghafilin oleh Syeikh Abu Laith Samarqand. 81. Tarikh Khamis oleh Syeikh Husain Muhammad Ibn al-Hasan. 82. Tarikh al-Khulafa oleh Allamah Jalaluddin cAbd al-Rahman Suyu. 83. Yusuf Zulaikha oleh Maulana cAbd al-Rahman Jamic. 84. Zad al-Sacid f Dhikr Nabiyyil Habib oleh Hadhrah Aqdas Thanwi.

7.5 Kitab-kitab yang akan dirujuk oleh pengkaji al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih oleh Imam Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil al-Bukhari. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sahih Muslim oleh Abu al-Husain Muslimn Ibn al-Hajjaj. Sunan Abu Daud oleh Sulaiman Ibn al-Ashcath Ibn Ishaq. Sunan al-Tirmidhi oleh Imam al-Hafiz Muhammad Ibn Isa. Sunan al-Nasai oleh Abu Abd al-Rahman Ahmad Ibn Ali. Sunan Ibn Majah oleh Abu Abdillah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwini. Sunan al-Drim oleh cAbdullah bin cAbd al-Rahman Abu Muhammad alDrim. 8. 9. al-Sunan al-Sughr oleh Ahmad bin al-Hassan bin cAli al-Baihaq Abu Bakr. Misbah al-Zujajah oleh Ahmad bin Ab Bakr bin Ismacl al-Kinn.

1.

10. Sunan al-Baihaq al-Kubr oleh Ahmad bin al-Husin bin cAli bin Mus Abu Bakr al-Baihaq. 11. Sunan al-Dr al-Qun oleh cAli bin Umar Abu al-Hasan al- Dr al-Qun alBaghdad. 12. Muwata Malik oleh Malik bin Anas Abu cAbdullah al-Asbah. 13. Musnad Ahmad oleh Ahmad bin Muhammad bin Hambal. 14. Syamail al-Tirmidhi oleh Muhammad bin cIsa bin Surah al-Tirmdhi. 15. Tahdhib al-Mustadhib oleh Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani. 16. Mustadrak Hakim oleh Muammad bin cAbdullah al-Naisabur. 17. Mizan al-Icitidal Imam al-Dhahabi. 18. Dan lain-lain kitab hadis.

7.6 Manhaj al-Kandahlawi dalam menulis kitab ini.

Setiap penulis makalah dan buku mempunyai manhaj dan metode tersendiri dalam menulis karyanya. Perkara ini sangat penting diketahui sebelum membaca dan membuat tanggapan terhadap penulisanya.

Dalam buku yang masyhur ini penulis mengunakan kaedah yang longgar dan tidak ketat dalam memasukan cerita dan kisah yang boleh di ambilkan tauladan dan beliau sendiri mengakuinya bukan hadis bagi tujuan menarik perhatian hati dan mengerunkannya dan ini merupakan kaedah yang biasa digunapakai oleh ulama-ulama yang lain dalam menulis kitab mereka. Perkara ini dapat dibuktikan dalam syarahannya diakhir kitab fadhilat salat. Beliau berpegang kepada pendapat jumur ulama terhadap hadis dacif iaitu dibenarkan mengamalkannya bagi tujuan kelebihan amal yang membangkitkan semangat dan kekuatan orang islam mengamalkan agama dan mengerunkan orang islam dari meninggalkan amalan agama. Sungguhpun hadis yang dimasukan dalam kitab ini dacif beliau tidak alpa dari menjelaskan status hadis itu dacif samada dari segi matan mahupun sanad yang mana kita boleh lihat di bawah matan hadis berbahasa Arab cuma penterjemah buku beliau ini tidak menterjemahkan syarahan status hadis tersebut atas sebab yang tidak dapat diketahui.

7.7 Kaedah dan metode pengumpulan data

Bagi hadis yang diambil daripada kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim pengkaji akan mengenepikan hadis tersebut kerana hadis tersebut terkeluar daripada kategori hadis dacif. Sekiranya hadis tersebut tidak terdapat di dalam dua kitab hadis tadi maka penulis akan merujuk kitab syarah bagi kitab hadis tersebut sebagai contoh Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi mengambil hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud dalam

10 bahagian solat hadis yang ke 10 maka penulis akan merujuk kitab syarah bagi kitab Sunan Abi Daud iaitu cAwn al-Macbud Syarh Sunan Abi Daud karangan Syamsul Haq
c

Azimdi, Mirqat al-Sacud Ila Sunan Abu Daud penulisan oleh Jalal al-Din al-Suyuti,

Tahzib Sunan Abi Daud hasil kajian Ahmad Syakir dan lain-lain lagi bagi mendapatkan pendapat dan hujah mereka terhadap status hukum hadis tersebut samada Sahih, Hasan atau Dacif.

Walau bagaimanapun pengkaji tidak terhenti pada kaedah dan metode begitu sahaja, pengkaji akan mengunakan kaedah takhrij al-hadis bagi mengenalpasti samada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud itu turut diriwayatkan oleh perawi hadis yang lain seperti Imam al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Abi Daud, al-Nasaei. Imam Ahmad dan yang lain. Apabila hadith tersebut turut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari atau Muslim atau kedua-duanya sekali secara automatik hadis tersebut menjadi hadis sahih kerana terdapat hadis lain yang menguatkan hadis tersebut yang mana hadis tersebut terdapat di dalam al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih dan Sahih Muslim, oleh hal yang demikian hadis tersebut dihukum sahih dan hukum bagi hadis itu menjadi dacif pada sanadnya dengan jalan Imam Abi Daud bukan dacif pada matannya. Kaedah takhrij hadis yang digunakan ialah mentakhrij hadis dengan kalimah yang penting atau gharib dalam hadis tersebut, mentakhrij hadis pada awal matan hadis, mentakhrij hadis dengan cara perawi hadis selepas Rasulullah s.a.w dalam sanad tersebut, mentakhrij hadis berdasarkan tajuk hadis, mentakhrij hadis berdasarkan sifat pada sanad dan matan dan mentakhrij hadis dengan mengunakan CD hadis.

Berbalik rujukan kepada kitab syarah sekiranya syarah kitab hadis bagi Sunan Abi Daud menyatakan hadis ini dacif disebabkan seorang perawi dalam sanad hadis tersebut dacif maka pengkaji akan merujuk kepada kitab al-Jarh wa al-Tacdil yang primari seperti kitab Tahdhib al-Tahdhib oleh Ahmad bin cAli al-cAqalani (Ibn Hajar), Mizan wa alIcitidal oleh Muhammad bin Ahmad bin cUsman (al-Dhahabi), al-Tarikh al-Kabir oleh Abu cAbdullah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) dan kitab-kitab rijal al-hadis yang lain. Terdapat banyak ulama hadis seperti Abu Hatm, al-Nasaci, Ibn Macin, Ibn al-

11 Qattan, Yahya al-Qattan, Ibn Hibban dan yang lainya akan menghukum perawi tersebut samada mentacdilkan atau mentajrihkan yang mana terdapat di dalam kitab rijal al-hadis tadi. Sekiranya mereka bersepakat menghukum perawi hadis tersebut dacif tanpa ada sebarang khilaf atau pertentangan di antara mereka maka pengkaji akan mengambil istinbat dari perkara ini dengan menghukum hadis tersebut dihukum disebabkan terdapat perawi dacif dalam sanad hadis daripada jalan Imam Abi Daud dan bukan dacif disebabkan matannya.

Akan tetapi kebarangkalian terdapat perselisihan dan pertentangan pendapat di antara imam hadis dalam menghukum perawi hadis di mana sebahagian ulama hadis menghukum perawi tersebut dacif kerana dia mengambil hadis tersebut daripada gurunya yang terang lagi bersuluh berstatus dacif dan sebahagian ulama yang lain menghukum perawi tersebut berstatus thiqah maka pengkaji akan mengunakan 20 kaedah sekiranya berlaku pertentangan di antara Jarh dan Tacdil yang terdapat di dalam kitab Dhawabit alJarh wa al-Tacdil oleh cAbdul cAziz bin Muhammad bin Ibrahim al-cAbdul al-Latif, di mana dalam permasalahan sebegini pengkaji akan merujuk kepada pendapat dari dua orang imam yang muctabar dan mutakhir dalam ilmu hadis iaitu Ahmad bin cAli alc

Aqalani (Ibn Hajar) dan Muhammad bin Ahmad bin cUsman (al-Dhahabi) yang mana

mereka memiliki kitab yang berjudul Taqrib al-Tahzib, Tahzib al-Tahzib, Tacrif ahl alTaqdis bi maratib al-Mawsufin bi al-Tadlis bagi Imam Ibnu Hajar dan Mizan al-Icitidal, al-Kasyif fi macrifah man lahu riwayah fi al-kutub al-sittah bagi Imam al-Dhahabi. Kenapa pengkaji memilih rujukan mereka berdua? Pengkaji memilih merujuk kepada mereka berdua dalam permasalahan sedemikian disebabkan mereka berdua merupakan imam pengkaji hadis yang terkemudian dan mendapat maklumat yang lebih terkini dan menyeluruh daripada imam hadis yang terdahulu.

Kalau kita lihat dalam banyak buku yang mengkaji status sesuatu hadis pendapat dua imam ini lebih ditumpukan dan dijadikan dalil penguat bagi menghukum sesuatu hadis. Sekiranya dua imam ini menyatakan perawi bagi hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abi Daud ini dacif maka pengkaji akan mengambil hukum bagi status hadis tersebut berdasarkan hukum yang diberikan oleh Imam Hafiz Ibn Hajar dan al-Dhahabi.

12

8.0 ULASAN KEPERPUSTAKAAN

Buku bertajuk kelebihan solat karangan Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi ini merupakan kitab yang masyhur pembacaanya oleh jemaah tabligh sebagai satu rutin harian yang perlu diamalkan bagi mendapatkan kegairahan dan semangat yang membara untuk mengamalkan amalan agama seperti solat, zikir, membaca al-quran, mengerjakan haji, bersedaqah, bertabligh, memahami dan mengamalkan jalan kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya r.a.hum dan lain-lain lagi serta bagi menzahirkan di dalam hati rasa penyesalan .

Setakat yang penulis dengar dan baca melalui makalah-makalah dan perbualan kitab ini mendapat kritikan yang negatif oleh pihak-pihak tertentu yang mana terdapat hadith yang berstatus dacif samada dari sudut matan mahupun sanad, hadis palsu, unsur khurafat, bidacah dan kesesatan dalam kitab tersebut berikut pandangan dan reaksi beberapa ulama terhadap kitab ini;

1. Asy-Syaikh Hamud bin Abdullah At-Tuwaijiri v berkata dalam kitabnya Al-Qaulul Baligh Fit Tahdzir Min Jamaah At-Tabligh (hal. 11-12):

Kitab terpenting bagi orang yang menjadi tablighiyyin adalah kitab Tablighi Nishab (Fadha`il Al-Amal), yang ditulis salah seorang pemimpin mereka bernama Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi. Dan mereka mengambil perhatian yang besar terhadap kitab ini dan mengagungkannya sebagaimana Ahlus Sunnah mengagungkan kitab Shahih (AlBukhari dan Muslim), dan kitab-kitab hadits lainnya. Para tablighiyyin telah menjadikan kitab ini sebagai sandaran dan referensi baik bagi orang India, maupun bangsa ajam (non Arab) lainnya yang mengikuti ajaran mereka. Dalam kitab ini termuat berbagai kesyirikan, bidah khurafat, serta banyak sekali hadits-hadits palsu dan lemah. Maka

13 hakekatnya, ini merupakan kitab jahat, sesat, dan fitnah. Ahli tablighiyyin telah menjadikannya sebagai referensi untuk menyebarkan bidah dan kesesatannya, melariskan serta menghiasinya di hadapan kaum muslimin awam, sehingga mereka lebih sesat jalannya dari hewan ternak.

Muhammad Hafiz Firdaus dalam kajian atau komentarnya terhadap buku fadhail aamal ini menyatakan Maulana rahimahullah ketika menyusun kitab FA merujuk hadishadis kepada 4 sumber berikut:

[a] Kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai & Ibn Majah) [b] Kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri[c] Kitab Majma' al-Zawa'id oleh alHaitsami [d] Kitab Jami' al-Shagheir oleh al-Suyuti.

Di dalam kitab fadhail aamal memang terdapat hadis-hadis dhaif di mana: [a] Maulana rahimahullah berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis dhaif untuk Fadhail Amal. [b] Darjat hadis dirujuk beliau kepada apa yang dinilai oleh tokoh-tokoh sepertimana dalam rujukan di atas.

Sikap yang benar di dalam masalah ini ialah memahami manhaj Maulana Zakaria dalam menyusun fadhail aamal. Jika benar ada "banyak" hadis dhaif, maka itu memang merupakan manhaj beliau sebagaimana manhaj kebanyakan tokoh lain. Jika benar ada hadis maudhu, maka adakah itu satu kesengajaan oleh Maulana ? Saya pasti tidak. Kebanyakan pengkaji kitab ini ada yang berfikiran positif dan ada yang negatif.

14

11.0 RUJUKAN

Ahmad Sunawari Long, Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Cetakan Pertama 2005, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi. Azwira cAbd al-cAziz & Ahmad Asmadi Sakat, Metodologi Hadis, Cetakan Pertama, 1999, Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM, Bangi.

Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, Takhrij al-Hadis Nasyah Wa Manhajiyatuh, Cetakan Ketiga 2004, Dar al-Syakir, Bangi.

Muhammad Zakariyya, Fazaile-Amal Himpunan Kitab-Kitab Fadhail,

Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Edisi Pertama 1997, Ilham Abati Enterprise, Kuala Lumpur.

Muhammad Zakariyya, Faza Il-E-Aamal, translated by Abdul Rashid Arsyad, DarulIshaat, Urdu Bazar Karachi, Pakistan.

You might also like