You are on page 1of 18

Permainan Tradisional ~Batu seremban~

Ahli kumpulan: Jessicca bt Salapan Haslinda bt Mohd Jamil Nurjannah Shahida bt Mamat Nadhiratul Akmal bt Ahmad Mazuki Pensyarah pembimbing: Pn. Satariah bt Kamis

Batu seremban
Seremban ialah sejenis permainan kanak-kanak yang menggunakan lima biji batu yang disebut buah.
 

Permainan ini dinamakan juga main selambut.

Permainan ini boleh dimainkan oleh dua orang pemain atau lebih.


Lazimnya permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan.




Alat permainan lazimnya ialah batu kecil yang disebut buah.




Buah

batu

Perca kain dan pasir

Sebelum permainan
Sebelum memulakan permainan,pemain-pemain hendaklah menentukan siapa yang akan memulakan permainan.

Penentuan ini dilakukan dengan cara menimbang buah. Setiap pemain akan mengambil giliran dengan meletakkan lima biji batu kecil di tapak tangan.

Kemudian batu-batu itu dilambungkan sedikit ke atas dan disambut di belakang tangan seberapa banyak yang mampu.

Selepas itu, batu-batu yang berada di belakang tapak tangan dilambung semula dan disambut dengan tapak tangan.

Pemain yang dapat menyambut batu melebihi jumlah batu yang dapat disambut oleh lawannya akan memulakan permainan.

Semasa bermain : langkah-langkah permainan

Buah satu


Kesemua buah diselerakkan dengan di atas lantai.

Buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain.




Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu dilambungkan ke udara.


Dalam masa yang sama, ketika buah ibu masih berada di udara, sebiji buah lagi dikutip.
 

Dalam masa yang sama pemain menyambut buah ibu.

Apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.


Perlakuan begini diulang sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.


Buah dua


Caranya hampir sama dengan buah satu.

Cuma pada peringkat ini buah yang dikutip ialah dua biji serentak.


Ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah tiga dan empat


Pada lambungan pertama dikutip sebiji buah dan pada lambungan kali kedua pemain dikutip tiga biji buah serentak.


Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai.




Buah lima


Di dalam tangan tergenggam lima biji buah. Sebiji buah dilambungkan sebagai buah ibu dan empat biji buah baki diletakkan di atas lantai. Buah ibu disambut sebelum jatuh. Versi: Pemain akan meletakkan tiga biji batu dalam satu tangan dan dua biji batu lagi dalam tangan yang sebelah lagi. Daripada tangan yang memegang tiga biji batu itu, pemain akan melambungkan sebiji batu dan batu-batu yang ada di kedua-dua belah tangan itu mesti diletakkan segera ke lantai. Batu yang telah dilambung mesti disambut dengan segera.

Buah enam / buah tukar




Dua biji buah dijadikan buah ibu.

Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.


Versi: Batu yang mula-mula dikutip akan dipegang dan dilambung sekali lagi serta ditukar dengan batu yang lain.



Semua batu itu mestilah ditukar-tukar.

Selepas semua batu berjaya ditukar-tukarkan, batu itu akan diletakkan ke lantai.
 

Semua batu itu dikutip dengan satu lambungan sahaja.

Buah tujuh


Dua biji buah dilambungkan serentak. Ketika itu sebiji buah dikutip.

Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan: sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi di sebelah kiri.


Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat yang dipersetujui, pemain menimbang buah untuk mendapatkan mata.  Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.  Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata digandakan.  Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperoleh mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan seterusnya sehingga mati.


Mati permainan
Sekiranya buah ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga buah ibu jatuh atau semasa menimbang buah pemain tidak dapat walau sebiji buah, gilirannya dikira mati dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
 

Jangka masa permainan tidak tetap.

Pemain boleh menamatkan permainan pada bila-bila masa sahaja.




Jumlah mata ditamatkan.




boleh

ditentukan

sebelum

permainan

Kepentingan kepada perkembangan sosioemosi


Merapatkan hubungan antara rakan sepermainan.  Meningkatkan keyakinan diri untuk bermain dan bergaul dengan rakan.  Belajar berinteraksi secara positif.  Belajar menghormati hak orang lain..  Menghargai alam sekitar.  Menghormati nilai budaya dan warisan nenek moyang.


Kepentingan kepada perkembangan intelek




Meningkatkan kemahiran mengira.  Belajar menyelesaikan masalah.  Memupuk pemikiran inovatif, kritis kreatif  Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan  Membantu dalam menyelesaikan  masalah

dan

Kepentingan kepada perkembangan fizikal


Meningkatkan daya pemerhatian.  Melatih koordinasi mata dan tangan  Menggerakkan psikomotor  Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan anggota.  Meningkatkan kemahiran mengimbang.


sekian...terima kasih selamat mencuba...

You might also like