You are on page 1of 2

Keutuhan wacana Keutuhan wacana itu merujuk kepada kesepaduan sesuatu esei itu.

Keutuhan wacana merupakan satu aspek yang penting kerana ini menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Antara aspek keutuhan wacana ialah hubungan dari segi semantic. Ia dapat dilihat dari segi kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana . hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu hubungan semantic di antara bahagian-bahagian wacana dan hubugan semantic yang dilihat dari segi konteks atau wacana. Aspek yang kedua ialah dari segi hubungan semantic di antara bahagianbahagian wacana iaitu merangkumi hubungan antara sebab dan akibat, hubungan sebab dan tujuan, hubungan sebab dan akhir sekali hubungan sebab dan hasil. Laras bahasa yang digunakan juga amat penting dalam menentukan keutuhan sesuatu wacana itu. Sebagai contoh, laras bahasa dalam iklan. Walaupun ayat-ayatnya diucapkan terputus-putus, tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampainya. Aspek yang ketiga ialah hubungan dari aspek fonologi. Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana. unsur-unsur paralinguistic juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana itu. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistic ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana. alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih, dan sebagainya. Manakala dalam wacana lisan pula, mimik muka iaitu ekpresi muka serta gerakan badan merupakan alat-alat untuk membantu kita untuk memahami ujaran. Aspek yang ketiga ialah hubungan aspek tatabahasa. Dalam aspek ini, keutuhan sesuatu wacana itu terbentuk apabila penanda gramatikal iaitu penanda rujukan, penanda penggantian, penanda penghubung dan ellipsis itu wujud dalam sesebuah wacana.

Aspek yang kelima ialah dari segi hubungan aspek leksikal. Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek sinonim, antonim, hiponim, pengulangan kata yang sama, kolokasi, dan unsur yang bersambut. Kesimpulannya, berdasarkan lima aspek di atas, sesuatu wacana itu boleh dikatakan utuh, jika terdapat kelima-lima aspek yang telah dinyatakan.

You might also like