You are on page 1of 4

Tajuk 4 :Pengurusan dan Pentadbiran Subtajuk:4.1: Pendaftaran Ahli Kumpulan 4.2: Kuasa Penganjur 4.3 Struktur Unit 4.

4 Pengurusan Folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti 4.1 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan --Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. --Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi keahlian adalah seperti berikut : --Ahli kanak-kanak (Sekolah rendah) --Belia (Sekolah menengah) --Pasukan bantuan sukarela (Dewasa, guru pelatih, mahasiswa, para ikhtisas, anggota perubatan) --Ahli seumur hidup (Atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000) --Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang beri sumbangan) Keahlian Biasa --Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2.00 setahun. --Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. --Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang Ahli Belia --Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut : --Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak ( Link ). --Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda ( Junior ) --Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela ( Voluntary Aid Detachment-VAD) Ahli Seumur Hidup

--Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan. --Yuran : Tidak kurang daripada RM1000.00. Ahli Kehormat Seumur Hidup --Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. --Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. Pasukan Bantuan Sukarela --Yuran RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Pendaftaran ahli --Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. --Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. --Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Penyelarasan pendaftaran keahlian --Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. --Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. --Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada: --Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan, --Salinan kedua disimpan oleh Cawangan. --Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit. --Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup. Pendaftaran kumpulan --Pasukan kanak-kanak --Pasukan Belia --Pasukan Belia Terbuka

--Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam --Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam --Pasukan Bantuan Sukarela di IPT Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak / belia --Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM. --Setiap pasukan Minimum 15 ahli. --Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan --Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Kebangsaan untuk kelulusan dan pendaftaran jika tepati syarat. --Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke sekolah. --Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu diperbaharui setiap tahun sebelum Februari disertai dengan yuran tahunan ahli. Pendaftaran pasukan belia terbuka --Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja. --Ahli Minimum 15 orang. --Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran pasukan bantuan sukarela --Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. --Ahli Minimum 15 orang. --Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak. 4.2 kuasa penganjur Tanggungjawab kuasa penganjur --Meluluskan pendaftaran tahunan melalui IPK. --Merupakan salah seorang dari 2 penurun tandatangan rasmi bagi akaun unit BSMM. --Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan pemimpin BSMM. --Mengesahkan sebarang surat rasmi yang berkaitan BSMM --Meluluskan permohonan untuk aktiviti luar.

--Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolah. 4.3 Struktur Unit Struktur unit terdiri daripada --Kanak-kanak (Link) --Belia (Youth) --Pasukan Bantuan Sukarela --Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. --Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing. --Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. --Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. --Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa. --Contohnya : Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak ( ditunjukkan oleh huruf PK), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan. 4.4 pengurusan buku log / laporan aktiviti Buku Log --Mengandungi cacatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. --Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan cacatan harian sesuatu aktiviti --Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm) --Kulit luar dibalut dengan plastik ( pvc book wrapper ) agar tidak mudah rosak.

You might also like