Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Rancangan Makanan Tambahan

Rancangan Makanan Tambahan

Ratings: (0)|Views: 321 |Likes:

More info:

Published by: Katiri Sahirin Haimin on Feb 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/17/2013

pdf

text

original

 
Kajian Rancangan MakananTambahanDi Sekolah
PENDAHULUAN
Pemakanan merangkumi hubungan
 
makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) tubuhmanusia, termasuklah metabolisme makanan, nilai pemakanan sesuatu jenis makanan, keperluanmakanan daripada segi kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembanganyang berbeza untuk memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti, perubahan dalamkeperluan nutrien dan makanan yang mengiringinya atau mencegah penyakit dan faktor-faktor sosio ekonomi, psikologi, sosial dan juga budaya yang mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan.Menurut Coralie Mathews ( 2001) kesihatan kanak-kanak ialah kesihatan yang merujuk kepada keadaan fizikal, mental, rohani dan keadaan sosial sekitar kanak-kanak, ahli keluargamereka dan seluruh ahli masyarakat;
“ Health includes the physical, mental, spiritual and social wellbeing of children,their families and the whole community.”
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (1992), cara terbaik amalan pemakananialah dengan memastikan makanan seimbang diperolehi ketika bersarapan, makan tengah haridan makan malam, ia juga penting untuk membolehkan pelajar menghadapi detik penting iaitumengulangkaji, tubuh yang sihat, tidur yang cukup dan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Menurut beliau lagi seseorang perlu memastikan bahawa mereka mendapat bekalanmakanan yang mencukupi daripada kumpulan vitamin, karbohidrat, protein dan zat besi.Karbohidrat diperlukan kerana ia menjadi sumber tenaga, manakala protein diperlukan kerana iamembantu pembinaan tubuh dan otot. Vitamin pula berperanan sebagai nutrien yang mencegah penyakit dan membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan. Zat besi penting
1
 
 
untuk pembentukkan enzim kerana ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan perubahan satu bahan kimia ke peringkat yang lain.Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz (1999) pula berkata, selain faktor pemakanan, kurangnya keazaman berfikir merupakan kelemahan pelajar Melayu dalam mencapai kecemerlangan akademik, tambah beliau lagi;
“ pemakanan bukan faktor utama kerana badan yang sihat, besar berotot tidak  semestinya otak cergas dan pandai, untuk jadi pandai ada benda yang kita kenabuat dan kena makan”.
Amalan pemakanan yang sihat amat penting bagi membantu mencegah terjadinya penyakit-penyakit yang kronik kerana pengambilan makanan yang berkualiti dapat menghasilkan perkembangan sepenuhnya, meningkatkan tahap keupayaan mental dan fizikal serta memberirintangan terhadap penyakit di samping tidak mempercepatkan proses penuaan.Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolahrendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni pihak KementerianPelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah. Rancangan ini bertujuan untuk memberi makanan percumakepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang selaras denganDasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut PenyelidikanPerubatan (IMR), rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut(http://ilmusvr:imr.gov.my, 20 Ogos 2007).Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengendalikan pelbagai program untuk membantumurid mencapai satu tahap kecemerlangan dalam mengikuti pelajaran dengan lancar dan berkesan. Antara program utama yang telah dilancarkan ialah program Rancangan MakananTambahan (RMT). Program RMT diwujudkan untuk membantu para murid yang berasal dari
2
 
 
keluarga miskin atau kurang berkemampuan untuk menikmati makanan tambahan secaraimbuhan sebanyak 25%-33% daripada keperluan harian seorang murid. Rancangan inimerupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitandengan kesihatan murid sekolah.
DEFINISI KONSEP
 Rancangan Makanan Tambahan bermaksud memberi makanan tambahan secara imbuhansebanyak 25% - 30% daripada keperluan harian pelajar. Program Rancangan MakananTambahan dilaksanakan bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatanseseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Dalam LaporanJawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, program RancanganMakanan Tambahan pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri sebelumdiperluaskan pelaksanaannya menurut pengesyoran dalam laporan tersebut kepada KementerianPendidikan Malaysia.
PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha mengadakan programRMT di sekolah untuk membantu murid dari golongan tersebut agar mereka turut mendapat bekalan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan persekolahan dengan penuh ceria dan bermakna. Pemberian makanan tambahan merupakan faktor utama yang boleh meninggalkankesan yang mendalam terhadap pengambilan makanan seimbang kekal dalam ingatan murid.Oleh itu, guru yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa RMT perlu mempunyai ilmu dan persediaan yang lengkap, mencukupi dan sesuai dalam mengurus program RMT dengan berkesan di sekolah masing-masing.Keutamaan program RMT disasarkan kepada murid sekolah rendah yang berasaldaripada golongan keluarga miskin yang berpendapatan di bawah RM400.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bantuan ini turut mensasarkan murid yang mengalami malnutrisi dengan
3
 

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nusri Mustapha liked this
Rozi Aza liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->