You are on page 1of 9

LOSININ JOHALIN, UMS

INOVASI PENDIDIKAN YANG BOLEH MEMAJUKAN SEKTOR PENTADBIRAN PENDIDIKAN 1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah memberikan kesan langsung kepada Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif dengan menjadikan ICT sebagai prasarana penting dalam sistem pentadbiran negara. Di antara sektor yang mendapat manafaat dari projek ICT ialah sektor pelajaran yang melibatkan seluruh organisasi KPM sehingga ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang terdiri dari 9996 buah. 2.0 DEFINISI INOVASI

Inovasi sangat penting bagi memajukan pendidikan sesebuah negara. Apakah maksud inovasi? Terdapat banyak pengertian inovasi yang diutarakan oleh sarjana. Menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Ini turut disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Sementara Glosori Teknologi Pendidikan (1995) merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru. Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita, terdapat

LOSININ JOHALIN, UMS

banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Namun sejauhmanakah peranan inovasi tersebut boleh mempengaruhi sistem pendidikan kita? Dalam essei ini, saya ingin memfokuskan perbincangan kepada beberapa inovasi berasaskan ICT yang boleh memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan di negara kita. 3.0 CONTOH INOVASI YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN LAGI SEKTOR PENTADBIRAN PENDIDIKAN 3.1 Menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)

Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang sedia ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam organisasi pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang dapat membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Di samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau

bagaimanapun dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang komputer, sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian MS ACCESS 97 dan MS ACCESS 2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.
2

LOSININ JOHALIN, UMS

Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk tujuan masa kini dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan secara sistematik agar bidang pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil kira unjuran masa depan. Dengan adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat keputusan samada untuk melaksanakan suatu projek atau tidak. 2.2 Menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan. SAPS dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki. Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result)

LOSININ JOHALIN, UMS

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan. 2.3 Menyediakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data Pentadbiran dan pengurusan berkaitan dengan rekod pelajar dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000. Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara. Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.

LOSININ JOHALIN, UMS

Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer. Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar. 2.4 Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan Web

Inovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat

perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan. SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu: i) Sekolah, ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

2.5 Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt) Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt
5

LOSININ JOHALIN, UMS

adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.

Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Program ini bertujuan untuk: i. ii. Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK. 2.6 Sistem e-Hadir Sistem in berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk

mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di lakukan terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat kelewatan pekerja. i. ii. Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan. Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara online iii. iv. Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan. Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu biometrik kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati

LOSININ JOHALIN, UMS

v.

Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan.

vi. vii.

Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan. Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir

sistem(admin), kerani, ketua jabatan dan pengarah

2.7 Aplikasi e-GTukar dan e-Tukar Aplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:i.

Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara online.

ii.

Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat pemantauan.

iii.

Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan paperless.

iv.

Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.

v.

Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

LOSININ JOHALIN, UMS

3. PENUTUP Terdapat banyak lagi inovasi berasaskan ICT yang telah dihasilkan oleh KPM untuk memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan di negara kita. Contohnya ialah SPPICT (Pemantauan penggunaan ICT), SSQS (Sistem Penggredan Pembestarian Sekolah), IQPSS dan i-Nilam (Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah dan Nilam) dan sebagainya. Sudah tentu inovasi-inovasi ini banyak membantu dan memudahkan proses

dokumentasi pelbagai rekod oleh pihak sekolah dan dihantar ke pihak atasan. Oleh sebab itu, usaha-usaha ini perlu diteruskan dan diperkayakan dari semasa ke semasa.

4. Rujukan Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan, Terbitan UPM Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik di Peringkat SPM, UM Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat, Terbitan UPM Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari. Jurnal Pendidikan Guru (77)
8

LOSININ JOHALIN, UMS

Ong Teck Seng (2000) Kajian Tahap Penggunaan Internet di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah di Bahau, Negeri Sembilan, UPM Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing & Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For Social Studies. Washington D.C Sunal, Cyntia, S. Smith (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social Studies, Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1 Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru, Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Zoraini Wati Abad (2000) Computer Use In School Still Lacking. Computimes: NST, 13 Julai, pp 31.

You might also like