You are on page 1of 6

TUESDAY, JUNE 30, 2009

Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu peka

kepada kepelbagaian ini supaya tiada kelompok merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada amalanamalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan ketinggalan. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid. Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan. Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan

murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.
(Ilmu Pendidikan : Budaya & Pembelajaran)
http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/06/kepentingan-membina-persekitaran-bilik.html 9/3_7.3PM

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya


Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang kepada persoalan tersebut. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam perbincangan ini, iaitu : 1. Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku. 2. Budaya Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah : Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). (Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180) Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya. (Asmad, 1990)

3. Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.
(Ilmu Pendidikan : Budaya & Pembelajaran
http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/05/konsep-bilik-darjah-yang-mesra-budaya_29.html

Science Safety and Classroom Management Plan

classroom-management-observation1

safety-precautions
As a teacher, I want to make sure my classroom is a safe and secure environment. Therefore, it is important that I consider all aspects of safety before a lesson can begin, and this can be done through benchmark lessons and classroom management. Science is safe as long as students and teachers are aware of potential hazards and risks. By taking necessary and appropriate precautions and safety measures these risks are almost complete eliminated. I wrote up a brief summary about our cooperating teachers management plan. Click on the link above to see Ms. Domgalskis classroom management strategies. Also, check out the link above to see what safety precautions we talked about in our Educ 140 course.
http://angelajarnold.wordpress.com/science-safety-and-classroom-management-plan/ 9/3/2011_6.58am

You might also like