You are on page 1of 2

As syahid Imam Hassan Al Banna

Imam Hassan Al Banna merupakan seorang tokoh pejuang islam yg


unggul abad ini.Beliaulah yg mengasaskan Ikhwanul muslimin di
mesir.sejarah telah membuktikan bhwa dia bukan sahaja seorang pejuang
yg ikhlas dalam perjuangan tetapi juga merupakan salah seorang
.daripada pejuang syuhada yg terkorban dalam perjuangan

Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Almahmudiah,Buhairah utara


Mesir.Beliau berkahwin dgn salah seorang wanita berketurunan As-Shuli di
Ismailiyyah dan telah dianugerahi seorang putera tunggal dan lima orang
puteri.

Beliau belajar membaca,menulis sehinggalah dapat menghafaz Al quran di


slah satu pusat pengajian swsta di mesir.kemudian beliau telah
melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah di Al Mahmudiah atau Al-
ibtidai'yyah sekarang.Lalu As-Syahid melanjutkan pelajaran ke sekolah
mua'llimun pertama di Damanhur.Terakhir sekali belaiu telah melanjutkan
pelajaran ke Darul Ulum di Qaherah dan menamatkan pengajiannya pada
tahun 1927 dalam usia 21 tahun.

Kemudian dia telah berkerja sebagai guru di sekolah Ibtidai'yah


sejak 20 September 1927 selama 19 tahun.sepanjang masa itu di
samping kegiatan mengajar di pagi hari,beliau giat berdakwah di petang
hari dan hari-hari cuti.beliau menggunakan masa terluang untuk
menjelajah seluruh negeri demi menyampaikan dakwah Islam.pada bulan
mei 1946 beliau menggundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru
pemerintah.

Tanggal 12 februari 1949 adalah hari yg cukup tragis bagi umat seluruh
dunia apabila As Syahid Imam Hasan Al Banna telah di tembak mati oleh
tangan-tangan kotor yg menjadi musuh islam di depan gedung Jami;ah
Syubbanu Muslimin.Tembakan jahat itu sebenarnya tidak mengenai
sasaran yang boleh mematikan.melalui telefon beliau dibawa ke
hospital,namun apabila sampai di sana beliau tidak mendapat rawatan yg
sepatutnya.As-syahid tetap dibiarkan sehingga lukanya banyak
mengeluarkan darah yg akhirnya membawa menemui Penciptanya,Rabbul
Jalil iaitu ALLAH SWT yg dicintai lebih dari segala-gala yg dicintainya…
"Pada tanggal 12 hb. Februari ditahun 1949, Al-Imam Hasan Al-Banna telah
pulang ke rahmatullah sebagai syahid setelah ditembusi peluru kekejaman rejim
Raja Farouk di suatu tempat di negeri Mesir. Dalam peristiwa tersebut, Raja
Farouk iaitu pemerintah Mesir pada ketika itu telah menjadi perhatian utama
masyarakat, dalam dan luar negeri Mesir sehinggakan kejatuhan beliau (Raja
Farouk) dari singgahsananya 3 tahun selepas itu antara lainnya adalah akibat dari
darah yang mengalir dari tubuh Hasan Al-Banna yang amat dicintai rakyat itu.

Menurut cerita dari Saiful Islam (putera kepada Hasan Al-Banna): "Pada pagi
hari, aku berdua dengan datukku sajalah menghadapi jenazah ayahku. Tiba- tiba
dengan perasaan kesedihan, datukku mengangkatkan kedua tangannya arah ke
langit, lalu berdoa, doa dari hati yang teraniaya: "Oh, Tuhan! Timpakanlah
kehinaan kepada Raja yang zalim ini, hina yang tidak akan merasai kehormatan
lagi sesudah itu".

Akhirnya Raja Farouk telah dijatuhkan dari takhtanya dan diusir dari Mesir secara
hina pada bulan Julai 1952. Mati harimau meninggalkan belang, mati gajah
meninggalkan gading, demikian bunyi peribahasa. Peribadi dan perihidup Hasan
Al-Banna terus dipelajari, diteliti dan digali kembali dari kuburnya walaupun
beliau sudah tiada lagi didunia ini.

Walaupun Al-Imam Hasan Al-Banna telah disingkirkan secara kejam, namun


ajaran Al-Ikhwanul Muslimin yang beliau tinggalkan tetap utuh dan telah
menimbulkan kesedaran baru di seluruh alam Islami, semakin hari semakin
berkembang.

Tidak syak lagi, Al-Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pemuda Islam
yang dinamik, seorang mubaligh dan jurudakwah yang lincah, seorang guru,
pendidik dan pengasuh yang pandai, seorang pejuang dan pemimpin yang cekap
dan giat menegakkan agamanya walaupun berhadapan dengan seribu mehnah
dan rintangan.

Semoga beliau akan ditempatkan bersama dengan para syuhadak sebagai


balasan terhadap pengorbanan besar beliau dalam memperjuangkan Islam.
Sekian, wassalam."

You might also like