You are on page 1of 5

Berhibur tiada Salahnya...

Disclaimer : "liabiliti adalah pada penulis, bukan pemilik blog ini"

Tajuk bunyi best je kan. haa. Baca je la dulu.

"Yang Muslim taknak terperangkap dalam lagha, tak nak rugikan kredit,
janganlah bukak tv tu. jangan kasi anak tengok tv tu, janganlah kasi jiran
pasang Astro takut anak menumpang tengok" janganlah entah hapa
jangannya lagi.

Niatnya, nak elakkan Muslim terjebak. Bagus nasihat tu.. bagussss....

Sepertimana semua orang maklum, nak suruh berbelas juta orang tutup
tv, lebih mudah adakan
SATU dasar hentikan rancangan cenggitu.. dasar? berdasarkan wang?
cukai? maka tenggelamlah kebenaran ke dasar!!

alasan lain : masyarakat majmu' ? eheh... majoriti mafaasid (kesan


buruk) pergi ke non-muslim ke muslim? actually muslim yang berhabis
duit, masa dan emosi..

so, sepatutnya majoriti maslahah (impak baik) pergi ke non muslim la


yer? tak pergi ke non-muslim pun. Kecualilah non-muslim tu menang
kereta Swift. Ek eh.. maslahah tu dimaksudkan untuk sorang jer ker??

so, blh pakai ke istilah meraikan masyarakat majmu'? Nilaikan dan


NYATAKAN dalam percentage berapa peratus perpaduan telah dapat
dibentuk melalui rancangan realiti hiburan. Bergaduh thru sms, chatting
byk la. Buang duit lagi, marah takleh pun nak tumbuk muka, takat
hempas hp jer. Koman.

Pertimbangan kesan baik dan kesan buruk ini perlu dibuktikan melalui
statistik. Statistik yang hamba ada hanya menyebut jutaan wang
dihabiskan, berhutang, curi duit mak ayah beli kredit, buang masa, jadi
sahabat syaitan (membazir + undi bakal punca maksiat). Peratus
perpaduan? tak dapek nak ukur, subjektif katanya, subjektif tu
maksudnya banyak yer??

Pd masa yang sama, bbrp usul Perh Agung UMNO lepas (haa, kan dah
masuk) dahpun cetuskan rasa kurang senang non muslim. AF, Mlysn Idol
etc, etc tak berkesan pun jernihkan keadaaan.. ader ker?? Sohla Mawi ke,
Felix ke apa ke pi pujuk Keng Yaik ke, Lim Kit Siang ke,
alasan lain, integrasi? penonton berintegrasi, yang berintegrasi tu more
than 75% Muslim menyokong ke arah ma'siat dan lagha... halal dan
haram dahpun bercampur.

Takper ke gitu? Ooo. Cubala masukkan setitis air kencing bayi ke dalam
sekawah gulai.. nak ke kita makan?

kerajaan Islam Malaysia patut mendalami lebih banyak perkara berkaitan


qawa'id fiqh pemerintahan, perundangan, halal haram dsbgnya. Kena
wujudkan Sekolah Agama Kerajaan (vs Sekolah Agama Rakyat) untuk
khususkan pentarbiyahan para mujaddid Islam dalam kerajaan ke arah
corak kepimpinan Islam yang lebih senonoh. Jgn salahkan rakyat je. Sbb
itu dalam Islam adalah fiqh Ibadah utk individu dan ada juga fiqh harakah
utk mengajar kita erti perjuangan berlandaskan syara'.

berbalik pada Sekolah Agama Kerajaan, kalau depa tak mau or malas gi
sekolah,

tukarlah dasar kerajaan terhadap hiburan .. atau :

TUKAR KERAJAAN... huhuuu...

p/s : Tunggu ajelah ultimate excitement kat Syurga. Takyah kalut-kalut.


Buat dulu ibadat. Takyah fikir sangat hiburan duniawi ni.

"Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah
memilihnya, membuat kita jadi bersalah" DAN MEMANG MANUSIA SELALU
TERSALAH DAN BERSALAH. Itulah salahnya.
Posted by: mozaba / 2:49 PM

Comments (4) | Trackback (0)

Friday, July 22, 2005

Hiburan : Antara Lagha, Fitnah & Fitrah

Sebentar tadi, keluar makan dengan dua-tiga orang. Bercerita tentang isu
semasa. Bermula dengan kisah AFundi VS APundi yang dikirim dalam
email. [Original ditulis oleh Bukunota @ Nazmi dalam blognya, tapi
kiriman email ditambah perisa dengan cerita Ayah Pin]. Kemudian,
masuklah isu Perhimpunan Agung Umno (eden tak gomar sangat, sbb dpt
rasa pegangan yang berbeza & komentarnya berat ke belah mana).
Kemudian, masuk pula cerita AF.

Senang cerita, mereka berdebat (ala kaum wanita & secara sederhana)
tentang fenomena AF, hiburan yang sungguh gah dalam media kita. Mari
kita telusuri bincang-bincang waktu makan tengahari ini.

Kata A, media memang memainkan peranan besar...kalau media


buat sebagai besar maka besarlah jadinya.
Kata B, orang kita mudah terpengaruh, terutama anak-anak muda.

Kata saya, memanglah...dan itulah peranan kerajaan


membendung budaya hedonisme ini daripada menular...media
sendiri perlu dibendung untuk tidak keterlaluan dalam
menketengahkan budaya hiburan hingga menjadi melampau.
Kata A pula, kita tak boleh sekat perkembangan & pembangunan
(fikir : pembangunan apa yang dimaksudkannya tak tahulah.).
Dunia makin berkembang sekarang. Kita tak boleh kata kerajaan
tak bendung. Orang terlalu ramai untuk kerajaan bendung perkara
ini. (Dalam hati saya, sebab dia itu kerajaan & sebab rakyat itu
ramailah maka perlu ada pengawasan terhadap gejala ini).
Saya tambah sikit; Budak-budak remaja terlalu ghairah dengan
fenomena realiti tv terutamanya hiburan ini. Sanggup mereka
berhabis dengan caj sms yang tinggi untuk mengundi & chat di tv
interaktif.
Kata A lagi, iya...tapi kita kena cari root causenya. Ibubapa kena
kawal anak-anak daripada tengok. Tutup tv, jgn langgan astro!
Saya tambah lagi, zaman sekarang ni anak-anak boleh cari di
mana saja. Sebab sudah luas terbuka capaian internet & media.
(Sebabnya, saya tahu kisah seorang remaja yang ibu bapanya
mengawal drp segi tidak melanggan astro, tetapi si anak tetap
mengambil tahu perkembangan AF.)Sebab itu pengawalan
keseluruhan terhadap program itu sendiri perlu. Buatlah garis
panduan, bahawa program hiburan tidak boleh lebih drp 30%
(contohnya) daripada 24 jam program tivi. Contohnyalah. Ini
tidak, tiada pengawalan ketat. Kita seolah melayan arus yang
dibawa oleh media yang mengaut berkantung-kantung
keuntungan ini.
(Mengingatkan ini bukan perdebatan politik, tetapi berasaskan
hiburan yang melampau & terlampau, saya memperlahankan
rentak.)
Kata A menambah perisa, bagi saya didikan kita yang sebenarnya.
Kita perlu kawal mereka untuk tidak mengikut arus tersebut.
Kata C, benar tu Puan.

Komen saya : panas. paNAS. paNAS!


Sebab apa panas. Sebab AFlah! Kerana ia satu bentuk hiburan yang
meletakkan penonton sebagai pihak yang paling penting. Justeru, setiap
penonton yang mengundi merasakan diri mereka penting dan sanggup
menghabiskan kredit walaupun baru saja top-up dengan undian & chat.
Sebab apa mereka buat begitu. Sebab mereka rasa diri mereka penting.

Saya pernah bertanya seseorang yang mengundi. Pada musim AF yang


lepas seingat saya. Katanya, saja suka-suka. Saya tersenyum sambil
suami berbisik pada saya. Mengingatkan saya untuk memperingat si dia
bahawa setiap sen yang disumbangkan untuk mengundi itu adalah
pemangkin untuk si 'pelajar' menjadi penyanyi. Dan apakah yang akan
dibuatnya setelah jadi penyanyi? Adakah dia akan mendedahkan aurat
atau terlibat dalam pergaulan bebas? Adakah dia akan terlibat dengan
maksiat, sementelah kita sedia tahu dan TAHU bahawa dunia hiburan itu
penuh dengan kancah maksiat.
Justeru, setiap sen yang kita laburkan untuk mengundi itu adalah saham
untuk kita di akhirat sana. Kerana 'berjaya'nya dia sebagai penyanyi yang
membuat pelbagai perkara tanpa ada batas dosa pahala. Dan, di situ ada
saham kita.

Saya tahu, di kalangan pembaca blog saya ini tak ramai yang mengikuti
perkembangan AF & menjadi penonton AF ataupun pengundi (rasanya
tiada yang mengundi kot! :) ). Bukan AF sahajalah, sekarang ini terlalu
banyak program realiti tv : Mentor, Audition, hatta Bintang RTM pun ada
SMS Undi! Cuma, berpesan-pesanlah ke arah kebaikan. Saya tahu
walaupun kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan
hiburan melampau ini, ada saudara-mara, atau adik-beradik kita yang
mungkin terikut-ikut dengan budaya ini.

Berpesan-pesanlah.

Pendapat saya, adalah fitrah manusia sukakan hiburan. Sebagai umat


Islam, kita terikat dengan batas-batas syariat untuk muzik, hiburan,
pergaulan. Semua ini saling berkait rapat. Oleh itu, silap caranya...seperti
yang berlaku sekarang, hiburan itu jadi lagha & fitnah pula.

Bagi yang sukakan hiburan, bacalah novel Advencer Si Peniup Ney. Tepat
sekali konklusi & saranannya. Sebuah novel satira yang hebat karya Faisal
Tehrani. Saya amat menyukai novel ini. Saya ingin sekali hadiah novel ini
buat adik-adik saya, tapi saya hampir pasti mereka tidak akan
menyusahkan diri membaca kisah alam jin ini.

Bagi yang belum membaca Novel ini, belilah drp Ujana Ilmu. Sungguh
bagus. Saya amat setuju, sukakan hiburan itu fitrah manusia, tapi bukan
hiburan melampau. Kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak menghalang tika
wanita-wanita Arab bermain gendang semasa sambutan 'Eid. Dan, kerana
itu juga kita akan Azan yang merupakan muzik panggilan Tuhan yang
indah dengan dimulai paluan gebuk yang cukup menyentuh rasa
kehambaan. Dan, kita juga ada bacaan Al-Quran dengan cara taranum
yang cukup indah dan menyentuh qalb: lagu bayati, lagu rass, lagu
mahur, lagu nikriz. Dan, kita juga ada zikir yang lagunya membuai rasa
khusyuk dan tawadhuk. Semua ini lebih indah dan nyatakan dalam alam
hati tika bersendiri di dinihari.

Untuk yang suka beramai-mesra, bersama-sama bernyanyikan selawat


buat RasulNYA, atau bernasyid. Asal batas pergaulan dan lirik dan lagunya
berunsur ketuhanan dan tidak mengetepikan nilai-nilai akhlak Islamiah.

p/s: ini bukan perbahasan halal-haram muzik. TQs

You might also like