You are on page 1of 12

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Posting pada Thursday, July 10 @ 09:30:37 MYT oleh Engku_Salina

Firman Allah S.W.T. "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan
dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang
mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat
ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama
rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah.

Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang
pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada
yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang
meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga
berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus
yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen
yang berpasang-pasangan. Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan
berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat
memahaminya dengan mudah.

Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan
malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki
atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan
kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang
singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian
Allah S.W.T. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia


Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti
mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama
iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya
berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan
kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan.

Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan
lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita. Betapa indahnya kehidupan
manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan
kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan
semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan
ramuan yang mengindahkan kehidupan.

Allah S.WT. berfirman: "Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu
pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan
dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-
tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)
Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.
Allah S.WT. berfirman:
"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari
jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada
keduanya banyak lelaki dan perempuan... "

(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan
wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk
mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah
S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah
rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di
bumi sebagai khalifah-Nya.

Mengapa Berkahwin???
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita
tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah
menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih
sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam
peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu,
perkahwinan disyariatkan.

Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang


akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika
peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja
mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup
mereka tidak tenteram.

Membentuk Keluarga
Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu
institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap
pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan
penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan
penyusunan.

Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan


perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang
tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di
dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi
keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada


peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-
pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal
menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah
rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah
dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di
taman yang indah.

Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil


Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami
dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam
merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab
dalam pembentukan- Falsafah Perkahwinan Dalam Islam.

Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan
hubungan antara kcluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh
kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi
keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati
masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam,
melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan
tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam


Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempurna, yang
merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan
peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan
ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa
tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran
beragama yang dipupuk menerusi pendidikan.

Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi


bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa
tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah. Rasa tanggungjawab dan
menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-
orang yang mempunyai kesedaran keagamaan.

Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa


mengingatiallah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini meiupakan kawalan
berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana
orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya
Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang
dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau
bagaimana sempurnapun undang-undang itu. Dalam menyusun keluarga yang tenteram
dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.

1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan


taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa
dan lain-lain)

2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami


isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan
penceraian dan sebagainya. Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di
dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi
kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan,
pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan
hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.

Peraturan Mencari jodoh


Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu
pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.

Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam
memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda
yang bermaksud: "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin
kecantikan itu memburukkan hidup.

Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman
mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam,
berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai
pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak
dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Keturunan Dan Kufu'


Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau
ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji
sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit
keturunan.

Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang beipenyakit tidak boleh
dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketehtian di
dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal. Demikian juga
perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh
kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa,
sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu
daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk
membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf.
Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur
dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak.
Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia.

Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat
pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai
manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang
lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila
Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. . Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di
antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup.

Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini
sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang
miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari
aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja.
Tetapi satu aliran hukum lagi dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah,
memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-
lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti
kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah
biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk
menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang
miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang
suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan
menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu.

Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan
dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'. Aliran perundangan al-Syafiyyah,
memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang
yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk
kepentingan hidup anaknya.

Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali
mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk
menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan. Keharusan Berpoligami
Di antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam unisan
perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami.

Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita
yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya. Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih
dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi
perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada
orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi,
keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada
hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah
diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain
yang dituntut oleh Islam.

Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa
mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah
apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu
bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan
yang haram. Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada
melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang haius
itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih
daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang
diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum
mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan
kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit
masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk
mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.

Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh
yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk
oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah
kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang
wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda
yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami. Pada masa sekarang masalah
seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana
itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini
tidak disalahgunakan.

Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk


memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah
mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-
peraturan tertentu untuk mengelak keiosakan.

Perancangan Keluarga
Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga
menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluaiga mengandungi
dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau
membatasinya. Kedua, menyusun perjalanan keluarga untuk mencapai kesejahteraan
dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluaiga
serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.

Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori
yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat
beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan
pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan
dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar
1,2,3,4.

Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan
akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan. Dalam program yang
kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan
kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah ditegaskan di sini,
usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-
unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja.

Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan


kesejahteraan keluarga yang sebenar. Program ini, jika hendak dipercayai oleh rakyat
secara berterusan tidak seharusnya dijadikan alat atau piling bagi melaksanakan usaha
menghadkan kelahiran anak. Niat yang tidak jujur seperti ini akan menimbulkan akibat
buruk dan kesan yang tidak sihat kepada masyarakat.

Kewajipan Dan Tanggungjawab


Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa
kewajipan dan tanggung-jawab sedang menantinya. Membina keluarga bertnakna
bertambahnya tanggungjawab tediadap isteri dan anak-anak.

Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam


rumahtangga.

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung
keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal,
membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ketua, berusaha mencari keperluan
hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan
keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia
wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu
mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-
awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan
kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat
beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan


belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT.
terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga
adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik
kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum
wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat.
Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita,
tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan
supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya
berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah


pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti
pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan
dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin
walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup
menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat
tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.
Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan
perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat
mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan
dan nafkah dan tidak pula hendak menumpukan seluruh hidupnya kepada ibadat
sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia
berkahwin. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan
bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin,
menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang
mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi
isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w


menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja
di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam
keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya.
Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham
dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy
berkata kepada isterinya: "Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila
aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita
bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali
membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah
mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami
tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan
RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan
menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang
menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik
dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri. Inilah di antara
kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan
berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami
isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan
kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan
hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan
mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang
merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Masyarakat Islam
Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini
terhadap perkahwinan. Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan
manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap
sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum muslimin. Paling tidak ia dikelirukan
sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran.
Kejahilan umat Islam teihadap agamanya, bukan kerana serangan daripada barat
sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan
kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap.

Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan
kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai
kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat. Keadaan yang disebutkan di
atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik,
ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk
pembicaraan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan
kelemahan-kelemahan yang teidapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil
daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud
dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan
nilai-nilai Islam daripada kehidupan.
Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu
ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan
berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang
berlaku di kalangan ora ng yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka
tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh
banyak kalangan masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini
berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita
yang tetap memeliharaiffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah
sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat barat.

Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak
mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda
masyarakat kita. Bersekedudukan adalah akibat pembahan sikap terhadap
perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan
perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh
peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya mempakan masalah
yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi
selunih masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan
masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman
mahkamah.

Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang


mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah
diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu
membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai
Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah
diperhebatkan.

Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat


perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu
masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap
perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal
rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaiinana cekap sesebuah
kerajaanpun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara,
mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma
dan biinbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.

Kesimpulan

1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan
masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan
tersusun demi kesejahteraan ummat.

2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha
hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping
tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan
oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-
wenangnya. Keharusan berpoligami bertujuan membela orang-orang yang tidak
bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan
tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.

3. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat


diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan
lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta
meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di
dalam Islam.

Siapa Anda Dalam Kehidupan Berkeluarga


Kita telah menjelaskan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam
keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu
dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat. Kita
akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi
keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada
suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu?

Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza dengan definasi keluarga agama-agama
lain. Di dalam Islam orang-orang yang ten-nasuk dalam takrif keluarga adalah seperti
yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada
keluarga yang jauh.

Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah: - Suami isteri - Datuk, nenek dan
seterusnya - Ayah, datuk dan seterusnya - Anak, cucu dan seterusnya - Adik beradik
dan zuriatnya - Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya - Lain-lain Setiap individu
dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab. Hak seorang tidak harus
diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan sempuma. Misalnya, hak
anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri mendapat perlindungan
daripada suami, hak wanita menentukan calon suami dan sebagainya.

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama lain. la tidak
boleh hidup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain. Hubungkait ini adalah
termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan
atau kejahatan, usaha untuk memperolehi kesenangan, menjaga nama baik keluarga
dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang
dalarn hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan
menyebut si pulan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu
tidak baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya.

Contoh yang lain, apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang
kaya atau hartawan. Orang ini hendaklah ineinbantu keluarganya yang miskin. Bagi
memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam
menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli
keluarga.

Di dalam Islam keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dari sinilah keluarga itu mula
berkembang. Selepas itu lahirlah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar duai,
keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya. Peranan ahli keluarga
Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah
mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan
melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan ayah, masing-
masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini
diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup dalam keluarga itu.

Dengan itu tidak ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan tugas
masing-masing. Oleh sebab itu keluarga muslim yang benar-benar mematuhi disiplinnya
akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni. Di dalam Islam, suami atau
bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga. Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan
yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya kepada suami
atau bapa. Menyediakan sara hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga.
Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak boleh disalahgunakan. Dia
hendaklah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya.
Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, berrnoral,
bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran.

Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya.
Peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada
kualiti suami atau bapa. Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu
melayan dan membelai suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan
mengasuh serta mendidik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat
sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan
ajaran Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak
mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan diri
daripada pergaulan yang merosakkan dan seumpamanya.

Ibu mertua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubung
baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mertua dan menantu
biasanya sangat sensitif. la perlu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika
perasaan salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam
keluarga. Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan
bahawa setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu
sama lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan diri
daripada yang lain. Misalnya seorang anak apabila bertindak di luar batasan, dia akan
menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan
menjejaskan nama baik keluarga.

Demikian juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga yang
jauh, tetap mernberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana definisi keluarga
bagi okang Islam amat luas.

Kenal Pasti Diri Dan Tingkatkan Usaha


Seseorang itu perlu mengenali dirinya, siapakah dia dalam keluarga, sebagai bapa?
isteri? ibu? anak? sepupu? datuk? mertua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa
perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan
tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga?
Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan
keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan. Kunci penting, bagi
hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota keluarga, ialah rasa
tangguizgjawab dan kasih sayang.

Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-
mata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan
dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini
semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang
berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonian taman. Hubungan yang
baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah yang kuat
terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya.

Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang


sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat
mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan
penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun
mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti
diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

Ciri-ciri penting
Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam
kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan
dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu


pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan


hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan


salam di kalangan keluarga.

PENUTUP

Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan
keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah
mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia
penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu
sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa. Reproduced from a
booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM).

You might also like