Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
38Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Negara Islam

Konsep Negara Islam

Ratings:

5.0

(3)
|Views: 3,365|Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/10/2013

pdf

text

original

 
KONSEP NEGARA ISLAMOleh: Dr. Abd. Halim El MuhammadyFakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan MalaysiaPENDAHULUANPembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Iatermasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentangpembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah,kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dankedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari'ah adalah wajib keatas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.Dalam kertas kerja ini perbincangan akan ditumpukan kepada perkaraberikut; pengenalan negara Islam, sumber autoriti pembentukannya,syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara, kerakyatannegara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikanIslam.PENGENALAN NEGARA ISLAMIstilah Negara Islam "al-Dawlah Islamiyyah" atau "al-Hukumah al-Islamiyyah" tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah inimerupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh MuhammadRashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate" (1).Sungguhpun begitu dalam Qur'an terdapat istilah-istilah lain yangboleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah,khulafa' atau khala'if (2) dan juga istilah imam (3), yang secaraumumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifahAllah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnyauntuk perkataan imam (4).Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lainlagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintahatau penguasa (6), perkataan hukum (7) atau hukkam yang bermaksudmerujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalamQur'an yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat (8) yangbermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang (9), istilah kaum (10) yang bermaksud merujuk kepada kumpulanmanusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura (11)yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untukmenyelesaikan masalah (12) dan jamaah (13) yang merujuk maksudnyakepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilahdisebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung didalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengankata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empatperkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagaikhalifahNya,autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifahRasulullah atau umat, hukum syari'at atau perlaksanaannya.Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunyadiletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al-sultaniyyah, al-siyasah al-shar'iyyah. Nizam al-hukm fi al- Islamatau nizam al-siyasah fi al- Islam.
 
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islamdiberikan. Apa yang mereka berikan ialah cirri-cirinya sepertiperbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, carapemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitandengan pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapatcendekiawan Islam yang cuba memberi definisi tentang negara Islam.Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasamutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariatitu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercoraktheo - democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak padaAllah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalamperlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syara'.(14)Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak adasebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. NegaraIslam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasapenuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa danharta benda orang. Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme.Ia adalah negara berperlembagaan tetapi bukan dalam erti kata modeniaitu perlembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badanperwakilan awam. Negara Islam ialah negara berperlembagaan dalamertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikatkepada undang-undang dan sysrat-syarat yang ditetapkan oleh al-Qur'andan al-sunnah (15).Abu Zahrah dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islammembawa beberapa pandangan ulama yang terkenal antaranya pandanganAbu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada tigasysrat iaitu:1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalanriba, arak, judi dan babi2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam.Malah disegi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalaukawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasanIslam ia bukannya Dar-al-harb.3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidupdalam keamanan sebagaimana keamanan. Muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.Berdasarkan ini bagi Abu Hanifah berpendapat negara Islam ialahnegara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmiberada dibawah pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf,Muhammad dan setengah fuqaha' lain berpendapat bahawa penentuannegara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak kepadaperlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ianegara Islam dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan merekaialah hakikat pembentukan negara ialah daripada asas Islam dan kufur;dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam berkuatkuasa dandinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islamdilaksanakan. (16)Berdasarkan huraian di atas Abu Zahrah membuat kesimpulan bahawapentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat duapandangan iaitu:
 
1. Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan danperlaksanaan hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukannegara Islam.2. Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dankawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanannegara Islam awal maka ia adalah negara Islam.Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalahberasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada makanegara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistemIslam tidak terlaksana.Abu Zahrah lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yangsependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang pendudukMuslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islamtidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Qur'andan Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara Islamitu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorangfaqih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat. Berdasarkan pandanganAbu Hanifah beliau mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasandaripada maghribi sebelah barat sehingga Turkistan dan Pakistan ditimur(11).SUMBER AUTORITI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM:Qur'an tidak menyebut secara langsung tentang pembentukan negaraIslam. Sungguhpun begitu ulama cuba memahami ayat-ayat yang adaakitan dengan persoalan ini seperti kekuasaan Allah, undang-undang,nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan sebagainya dijadikan asasteori kepada pembentukan negara Islam(18). Kebanyakan ulama dalammembincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambildaripada Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa'Rashidun(19).Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapatdinafikan dan Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, " KetuaNegara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam urusanagama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugasini adalaah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam"(20)m/s 18.Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahl- Sunnah,Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara.Umat wajib mematuhi imam yang adil yang berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dan memerintah berdasarkan hukum-hukum syara' yang dibawaoleh Rasulullah s.a.w. Qur'an dan Sunnah menegaskan tentang wajibkepada pemilihan ketua negara, antaranya firman Allah s.w.t.bermaksud: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul sertapemimpin-pemimpin urusan kamu, demikian juga hadith-hadith sahihbanyak yang memerintah supaya taat kepada ketua negara dan wajibmemilih ketua negara(22).Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan olehulama menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara danpemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti

Activity (38)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
romizah liked this
Fatin Samsudin liked this
Nik Nur Madihah liked this
Nik Nur Madihah liked this
Mela Andriani liked this
Ming Hooi Tan liked this
Nur Ain Sihar liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->