You are on page 1of 2

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat
didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh
menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan
menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu
untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk
nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala
melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya
itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa
kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik
agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu
kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya
dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal
ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul
bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah
kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal
mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia
banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang
baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang
kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat
padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan
garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali
menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

You might also like