Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
98Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Antara Ciri-ciri Orang Munafik

Antara Ciri-ciri Orang Munafik

Ratings: (0)|Views: 17,457 |Likes:
Published by zuhadisaarani

More info:

Published by: zuhadisaarani on Nov 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
ANTARA CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk disebut dan didengar kita saban hari dan masa tetapi hakikat yangsebenar tentangnya kadang-kadang masih samar dalam pemikirankita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kitasamada dalam keadaan sedar atau pun tidak seperti suka menipu,melanggar janji dan mengkhianati amanah yangdipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Dalam memastikan dirikita tidak terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kitarenungi beberapa ciri-ciri golongan munafik sebagaimanadiberitahu oleh Allah dalam al-Quran dan juga rasulNya ke arahmenghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh membahayakan aqidah dan diri kita terutama pada hariakhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan beerti kita mahumenirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yangmungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : Sesungguhnyamengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagaiteladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikansempadan. Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya dimana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakuikeesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dankesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan,menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman,memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azabdaripada nikmat. Munafik terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok  persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan makagolongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat
 
kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya. 2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atausesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yangmemerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akandimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka. Antara ciri-ciri munafiq 
1. Berpenyakit hati
 Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang bermaksud :Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allahtambahkan lagi penyakit itu, kepada mereka dan mereka akanmendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdustaterhadap kebenaran.Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialahsebagaimana berikut : a. Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlaluyakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dandisedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allahmengetahui segala-galanya.  b. Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemasdan bimbang kepada suasana sekitar yang mana tetap akankembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akanterhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalangagar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong. c. Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang danmengfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjualdan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orangramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah
 
yang bermaksud :Orang-orang munafik itu takut jika diturunkankepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang(tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orangmunafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkanapa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepadamereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah danketerangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok-olokkan?.." d. Berperasaan syak terhadap agama Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang bermaksud :Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hatimereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoranmereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur. Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistemIslam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman,syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islamdijalankan. 
2. Melakukan kebinasaan di muka bumi
 Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang bermaksud :Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlahkamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi merekamenjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanyamembuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuatkebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya. Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arahmenjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjaminkeamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuandaripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitangerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanyasehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnyasuasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih

Activity (98)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Anaz Xiang liked this
Radin Bin Adil Adil added this note
Semoga kita benar2 dalam iman yang benar bukan iman dalam munafik.
Marzieta Azman liked this
Siti Khalifah liked this
Sufi Fiiz liked this
rodzul87 liked this
Feby Ayumi liked this
Rudin Shah Jamil liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->