You are on page 1of 5

Dasar Pembangunan Nasional LATARBELAKANG Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun2020. OBJEKTIF Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. STRATEGI PELAKSANAAN DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek- aspek kritikal seperti berikut: i. ii. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan iii. perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia; iv. v. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan Bandar dan luar bandar; Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiranyang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

vi.

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan vii. berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan viii. kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

Dasar : Dasar Ekonomi Baru ( DEB )

Latarbelakang

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. Rasional Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum Malayu Cina India Lain-lain Pemilikan

Kadar Kemiskinan ( % ) 64.8 26.0 39.2 44.8

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM ) 172.00 392.00 304.00 813.00 Jumlah Pemilikan ( RM Juta ) 279.6 168.7 110.9 2233.2 4051.3 6564.1 % 4.3 2.6 1.7 34.0 61.7 100.0

1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah a) Bumiputera Perseorangan b) Agensi Amanah 2. Bukan Bumiputera 3. Warganegara Asing Jumlah :

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Sektor-sektor 1. Pertanian 2. Perlombongan 3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam

Melayu 67.6 32.1 42.6

Cina 19.9 58.7 45.5

India 11.5 8.5 10.7

Lain-lain 1.0 0.7 1.2

Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama. Objektif Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah

mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Strategi Pelaksanaan Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya: i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah. Memodenkan kehidupan di luarbandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelaburpelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun : i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar. ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

v.

Penutup Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta. DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)

DEB telah dilancarkan pada tahun 1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (19711975) Ia dilaksanakan di bawah RRJP 1 DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara. Bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara

kaum dan wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. OBJEKTIF DASAR EKONOMI BARU Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum; Kemiskinan merupakan sebab utama wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat dan ianya wujud bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan bandar & boleh menggungat perpaduan negara dan ketenteraman awam jika ia tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi Kedudukan Sosial dan Ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum telah di warisi semenjak British lagi. Ketidakseimbangan ini dapat dilihat dari segi tempat tinggal, pekerjaan, pemilikan harta, kemudahan sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan, perhubungan, pelajaran & kualiti kehidupan. Setelah DEB tamat, terdapat bukti yang menunjukkan perubahan sosioekonomi yang telah berlaku & membawa perubahan besar kepada struktur ekonomi dan kehidupan rakyat. Walau bagaimana matlamat 30% penguasaan BP dalam pemilikan modal tidak tercapai Menjelang 1990, kadar kemiskinan dalam lingkungan 17%. Bagi meneruskan agenda pembangunan negara, kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menjadi dasar induk negara tempoh 1991 sehingga 2000. Objektif DPN Membina sebuah negara yang bersatu padu Mengekalkan ekonomi yang berterusan Menjadikan Malaysia sebuah negara maju Mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, beretika, makmur Kecekapan pentadbiran kerajaan

DPN menyenaraikanaspekkritikalsepertiberikut: a.Mewujudkankeseimbanganyang optimum diantaramatlamatpertumbuhanekonomidanpengagihansaksama. b.Memastikanpembangunanyang seimbangbagisektorsektorutamaekonomiuntukmeningkatkandayasalingmelengkapiantarasektorbagimengo ptimumkanpertumbuhan. c.Mengurangkandanakhirnyamenghapuskankeadaanketidaksamaandanketidakseimbangansosialdanek onomidalamnegarauntukmengalakkanperkongsisecaralebihadildansaksamafaedahyang diperolehidaripadapembangunanekonomiuntuksemuarakyatmalaysia d.Menggalakdanmemperkukuhkanintegrasinasionaldenganmengurangkanjurangketidakseimbanganyan g luasdalampembangunanekonomidikalangannegerinegeridandiantarakawasanbandardanluarbandar. e.Membangunkansebuahmasyarakatyang progresifdimanasemuarakyatmenikmatikesejahteraanhidupyang tinggi, disampingmempunyainilai-nilaisosialdankerohanianyang positifsertamenghayatiperasaanbanggadancintakannegara. f.Memajukanpembangunansumbermanusiatermasukmewujudkantenagakerjayang berdisiplindanproduktifsertameningkatkankemahirankemahiranperlubagimenghadapicabarandalampembangunanindustrimelaluisatubudayakecemerlanganta npamenjejaskanmatlamatpenyusunansemumasyarakat. g.Menjadikansainsdanteknologisebagaisatuteraspentingdalamperancangandanpembangunansosioekonomiyan g memerlukanusahamembangunkankeupayaandankebolehandalamteknologistrategikdanberasaskanilmus ertamemajukanbudayasainsdanteknologidamprosesmembangunkansatuekonomiperindustrianmoden. h.Memastikanbahawadalamusahamencapaipembangunanekonomi, perhatianyang sewajarnyaperludiberikankepadaperlindunganalamsekitardanekologidalamjangkapanjangbagimemastik anpembangunannegaradapatdikekalkancaraberterusan. DPN jugamengariskanpenerusanusahakearahpencapaianDEB iaitumempercepatkanprosespembasmiankemiskinandanpenyusunansosialdanekonomi. Penumpuanyang digariskanolehDPN: a.Mengalihkantumpuankepadastrategipembasmiankemiskinandikalangangolongantermiskindisampingmengur angkankemiskinanrelatif. b.MenumpukankepadapewujudangunatenagadanpembangunanpesatsebuahMasyarakatPerdagangandanPerin dustrianBumiputerayang aktif. c.Meningkatkanpenglibatansektorswastadalamprosespenyusunansemulamasyarakatmelaluipewujudanpeluang -peluangyang lebihluasuntuksektortersebutberkembang. d.Menumpukankepadapembangunansumbernmanusiasebagaiasaspentingbagimencapaimatlamatpertumbuh andanpengagihansaksama.

You might also like