You are on page 1of 4

KERJA KURSUS PENDEK BIMBINGAN KAUNSELING KANAK-KANAK 1.0 PERMASALAHAN UNTUK DISELESAIKAN/DIBANTU 1.

1 Sinopsis KHALIDAH Khalidah merupakan anak tunggal perempuan kepada Puan Ainon. Khalidah merupakan anak yang sulung. Sebelum ini, Puan Ainon mengajar di Kuala Lumpur dan menetap dengan suaminya di sana. Khalidah sudah terbiasa hidup bebas dengan cara kehidupan di bandaraya. Puan Ainon telah berpindah ke Ipoh dan menetap di Ipoh bersama 3 lagi orang anaknya. Khalidah tidak bersetuju dengan keputusan ibunya untuk menetap di Ipoh sebaliknya menentang keras keputusan ibunya. Permasalahan timbul apabila Khalidah kelihatan memprotes keputusan ibunya untuk menetap di Ipoh. Dia sering kali ponteng sekolah dan mengikut teman lelakinya ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti studio jamming dan melepak. Selain itu, Khalidah juga mengamalkan tabiat merokok kerana dia mengatakan bahawa merokok dapat menjadikan wajah kelihatan cantik dan sihat. Khalidah juga seringkali melanggar peraturan sekolah seperti melanggar peraturan berpakaian. Kebetulan, ibunya iaitu Puan Ainon merupakan seorang guru penolong kanan hal ehwal murid, maka Khalidah mengambil kesempatan untuk cuba mengelakkan diri dari ditangkap oleh pengawas sekolah apabila berlakunya pemeriksaan mengejut oleh pengawas sekolah. Tindakannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati muridmurid lain yang ditangkap oleh pengawas sekolah apabila melakukan kesalahan displin. Tambahan pula, Puan Ainon seringkali menafikan kesalahan yang dilakukan oleh anaknya tersebut. 1.2 Permasalahan Untuk Diselesaikan y y y y y y Tingkahlaku Khalidah yang seringkali melanggar peraturan sekolah Tanggungjawab sebagai seorang anak Tanggungjawab sebagai seorang kakak Kemahiran bergaul dengan rakan sebaya Pendekatan memilih rakan yang baik Pandangan Puan Ainon sebagai ibu terhadap anaknya

2 TEORI YANG SESUAI DIGUNAKAN Teori Pemusatan Klien 2.1 Konsep Teori Teori ini adalah sebuah teori yang berteraskan konsep psikologi kemanusiaan (humanistik). Andaian teori tentang manusia ialah manusia boleh dipercayai, mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan

menyesuaikan diri.Selain itu, teori ini juga memperlihatkan manusia sebagai rasional dan mempunyai keupayaan untuk menentukan nasibnya juga dilihat mampu untuk berkembang dengan sendiri. Konsep kendiri adalah lebih

fleksibel, terima apa yang berlaku dan berpijak dibumi yang nyata. Pendekatan humanistik melihat manusia dimotivasikan ke arah positif, mempunyai potensi ke arah nirwana kendiri. Manusia dilihat sebagai rasional dan mempunyai keupayaan untuk menentukan nasibnya. Jika diberi persekitaran yang menggalakan manusia dikatakan bercambah dan tumbuh. Melihat manusia sebagai baik atau paling tidak sebagai neutral. 2.2 Matlamat Rawatan Menjadikan klien lebih realistik dan mempunyai perspektif diri. Selain itu, klien juga akan terdorong mempunyai arah hidup dan keyakinan diri dapat ditingkatkan. Klien juga akan belajar menilai diri mereka kea rah yang lebih positif. Teori Pemusatan Klien ini juga mendorong klien untuk kurang menekankan dan menafikan pengalaman yang telah mereka lalui pada masa lepas. Klien juga akan terdorong untuk menjadi lebih matang, bersosial dan tahu mengadaptasikan diri mereka mengikut situasi selain dapat melatih diri menghindari tekanan dan keluar daripada tekanan yang dihadapi. Kaunselor akan mencuba untuk membuatkan klien berasa terbuka dan selamat untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini untuk membantu klien mengenalpasti dan mengatasi ketidakselarasan di antara pengalaman mereka dengan konsep diri mereka sendiri.

Secara keseluruhannya Teori Pemusatan Klien adalah bertujuan menolong klien menjadi dirinya yang sebenar (real-self).

3 TEKNIK TERAPI YANG DIGUNAKANAN Teori ini tidak menspesifikasikan teknik tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah tetapi sebagai seorang kaunselor, layanan dan sifat-sifat yang menunjukkan rasa ingin mendengar dan membantu diamalkan untuk membantu klien yang sedia untuk dibantu. Segala kemahiran asas komunikasi diaplikasikan semasa terapi ini digunakan.Namun begitu terdapat aspek-aspek tertentu yang ditekankan dalam mencapai keberkesanan teori ini. 3.2 Aspek-aspek yang ditekankan dalam Teori Pemusatan Klien 3.1.1 Directive: Klien menentukan arah, kaunselor hanya sebagai pemudah cara sahaja. 3.1.2 Non-Directive Terapi: Kaunselor menguasai klien mencari, membantu klien apa yg betul dan terbaik untuk diri mereka sendiri. Kaunselor juga tidak mengarahkan klien untuk mencari kekuatan. 3.1.3 Berempati : Merasai apa yang klien rasa dan nyatakan secara lisan. 3.1.4 Tulen atau Asli: Perasaan, kelakuan, sikap, pemikiran adalah sama dan selari. Samada apa yang ada dalam diri klien dan yang klien tunjukkan. 3.1.5 Kongruen : Perasaan dan pemikiran serta tingkah laku adalah selari. Kaunselor akan turut sama dengan klien menyelaraskan tingkah laku dan juga pemikiran.

Menerima klien seadanya tanpa memberi nilai. 4 CARA PERLAKSANAAN TEKNIK 5 HARAPAN 6 RUMUSAN 7 BIBLIOGRAFI

You might also like