Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Maya (Ilusi)

Maya (Ilusi)

Ratings: (0)|Views: 479|Likes:
Published by zarzh
Suatu perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang telah lazim digunakan didalam kamus Melayu, dan merupakan sebahagian dari Bahasa Melayu membawa terjemahan kepada ilusi, antara nyata dan tidak nyata (alam maya, alam fana, bayangan maya dll).
Suatu perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang telah lazim digunakan didalam kamus Melayu, dan merupakan sebahagian dari Bahasa Melayu membawa terjemahan kepada ilusi, antara nyata dan tidak nyata (alam maya, alam fana, bayangan maya dll).

More info:

Published by: zarzh on Feb 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/26/2013

pdf

text

original

 
 
Maya (ilusi)
Maya – 1Suatu perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang telah lazim digunakan didalam kamusMelayu, dan merupakan sebahagian dari Bahasa Melayu membawa terjemahan kepada ilusi, antaranyata dan tidak nyata (alam maya, alam fana, bayangan maya dll).Dari sudut dunia komputer pula, "Virtual Reality" juga dikenal sebagai realiti maya yang manaadalah teknologi yang membuat pengguna dapat berintegrasi dengan suatu lingkungan yangdisimulasikan oleh komputer (computer-simulated environment), lingkungan samaada yangsebenarnya ditiru atau lingkungan yang hanya ada dalam imaginasi. Lingkungan realiti maya terkiniumumnya menyajikan pengalaman visual, yang ditampilkan pada sebuah layar komputer ataumelalui sebuah penampil stereoskopi(Stereoscopy), dengan beberapa simulasi disertakan tambahanmaklumat hasil dari penderiaan, seperti suara melalui speaker dan lain-lain.Manakala dari tafsiran perkataan maya pula, ia membawa suatu erti yang berbagai dan mendalam,mengikut kefahaman mahupun pegangan seseorang sebagaimana contohnya, dunia ini digelar alammaya, yang mana dalam menghadapi kehidupan seharian yang nyata, insan itu sendiri terperangkapdalam dunia fata-morgananya, dunia ilusinya, dunia mimpinya, dunia antara permintaan zahiriahmahupun lahiriah, dunia yang penuh fonemena yang logik atau pun yang tidak dapat dijangkau olehsegala deria mahupun dengan alat pembantunya dan begitulah seterusnya.Dan setiap insan yang hadir dalam alam maya ini, akan pergi dan tiada siapa yang mampu tinggalselama-lamanya dalam alam maya ini. Hadir dalam tarikh sekian-sekian, dan akan pergi juga bilatarikh pemergiannya datang. Dalam erti, dunia yang didudukinya tidak dapat dimiliki selama-lamanya, hatta tubuh-badannya sendiri yang mana bukan kepunyaan mutlaknya, akanditinggalkannya. Biarpun sekian lama diusahakan agar tubuh-badannya awet muda, namun biladatang waktunya, maka menjadilah tubuh-badannya reput, hancur hingga menjadi debu. Atau punsesuatu yang tidak diduga terjadi kemalangan atau seseuatu penyakit yang menimpa, yang manamenyebabkan kehilangan sebahagian tubuh-badannya. Sebagaimana juga segala harta miliknyayang mana sampai suatu ketika, segalanya terpaksa ditinggalkan, biarpun selama hidupnya,
 
dilakukankan apa sahaja cara untuk menokok-tambahkan hartanya.Lantas alam (maya, fana) yang tidak kekal ini, memerlukan suatu pengertian akan erti kehadiransetiap yang bernyawa dan manakah arah seterusnya untuk kealam (baqa) yang kekal abadi....Maya – 2Alam maya, yang mana dalam menghadapi kehidupan seharian dalam waktu-waktu dialam maya,sentiasa adanya suasana atau keadaan bermaya mahupun tidak bermaya. Dari segi fizikal hingga kemental, lahiriah ke batiniah. Bermaya atau berkeupayaan untuk sesuatu perkara, bidang, ruang, permintaan kehidupan dan seterusnya adalah suatu ikatan yang utama dalam menghadapi kehidupandialam maya.Kerana kewujudan setiap sesuatu dialam maya ini bergantung kepada sesuatu asbab, menyabitkankeupayaan sesuatu itu terletak keatas faktor asbabnya. Contohnya sebagaimana yang diketahuimelalui penderiaan kasar, bahawa setiap yang hidup bergantung kepada kewujudan air, dari segalahaiwan hingga ketumbuh-tumbuhan. Dan dari dari situ juga hadirnya akan keupayaan sesuatutempat untuk menyediakan dataran untuk kehidupan, kerana semakin kontang kawasannya, makasemakin mengecillah peluang untuk kehidupan samaada untuk tumbuh-tumbuhan hingga kehaiwanat. Disamping bergantung kepada faktor lainnya seperti qualiti air tersebut, quantiti, bahankandungan air tersebut ( seperti air laut yang masin, untuk kehidupan darat adalah suatu yang tidak sesuai, tetapi untuk kehidupan laut, ia memang memerlukannya) dan seterusnya. Malah bila ia berlebihan pula, ianya sebaliknya berupaya memudaratkan kehidupan itu sendiri seperti fonemenaribut-banjir dan lain-lain.Sebagaimana juga, untuk menghadirkan sesuatu tenaga yang samaada untuk menjanakan cahaya,membakar dan seterusnya memerlukan asbab seperti minyak, arang batu dan lain-lain bahan pembakar, tetapi bila diperhatikan matahari mahupun didalam bumi sendiri, adanya tenaga yanghebat yang belum dikenali dengan begitu pastinya dari mana sumber tenaganya yang tidak putus- putus, tetapi tetap saban waktu ia berupaya menghasilkan haba yang dahsyat yang mana jugamembantu kelangsungan kehidupan dialam maya ini. Dan sebagaimana asbab air, asbab haba jugasekiranya ia berlebihan, ia bakal memusnahkan kehidupan yang bergantung keatasnya sepertigunung-gunung berapi yang mengeluarkan lahar-laharnya, sinar matahari yang tinggi menembusiatmosphera bumi dan seterusnya.Kerap juga terjadi, sesuatu unsur yang membawa asbab yang jelas kesan dari asbab tersebut sendiri, boleh berubah. Seperti contohnya, atas faktor asas asbab kejadiaan air iaitu H2O, unsur hidrogenyang merupakan asbab pembakaran dan juga oksigen yang merupakan juga asbab membantu pembakaran tetapi bila dicantumkan menjadi molekul air yang begitu berlawanan dengan segalaasbab asasnya yang membantu pembakaran dan malah air berupaya digunakan untuk mencegahkebakaran. Namun diatas unsur asasnya itu, ia dapat pula mengalirkan elektrik yang pada matakasar adalah bertentangan dengan keupayaan air itu sendiri.Selain itu, adanya suatu keupayaan yang tidak dapt dilihat dengan mata kasar, hanya dirasai sepertioleh deria sentuhan iaitu udara, bau-bauan, rasa-rasa yang terdapat contohnya didalam makanan, buah-buahan dan lain-lain, bunyi-bunyian, haba dan seterusnya. Mahupun juga keupayaan diatas perasaan insan itu sendiri seperti atas rasa cintanya kepada sesuatu, ia sanggup berkorban apasahaja, atas rasa takutnya keatas sesuatu, ia merasa tidak aman, atas rasa gembiranya pada sesuatu,ia merasa selesa dan seterusnya. Sedang dalam diri insan itu sendiri, tersimpan sejuta rahsia
 
keupayaan, dari akalnya hingga kejantungnya yang saban detik berupaya mengepam darahkeseluruh anggota badan melalui pembuluh-pembuluh darah yang begitu seni saiz salurannya tetapi bila dicantumkan, berkilometer panjangnya.Maya – 3Didalam alam maya ini, sentiasa hadir perkataan "mungkin" untuk sesuatu yang mana sesuatu ituwajar sahaja berubah samaada dari sudut sesuatu tersebut sendiri mahupun dari pengaruh luaransesuatu tersebut. Yang mana situasi, bentuk, rupa atau apa sahaja dari sesuatu tersebut "mungkin"sahaja berubah-rubah misalnya hari yang panas kehujan, sihat kesakit, pagi kepetang, hadir dalamkehidupan atau pergi dari kehidupan dan seterusnya.Perkataan "mungkin" yang berasal daripada bahasa Arab dan telah sebati digunakan didalamBahasa Melayu bukanlah bermakna "dualiti"(sebagaimana dualiti adalah bererti dua sifat yang berlawanan seperti malam-siang,lelaki-perempuan,hitam-putih dll) tetapi membawa erti adanya berbagai jalan, rupa, penyelesaian, suasana dan lain-lain untuk sesuatu yang dinyatakan berkaitandengan perkataan mungkin. Misalnya dari warna hitam-putih mungkin adanya warna kelabu.Dalam pertuturan untuk perkara yang lepas, perkataan mungkin adalah lebih menjurus kepadakebaikan kerana ia lebih menyampaikan adanya suatu pilihan lain, suatu alternatif dari yang dilaluiatau yang berlaku, adanya suatu cubaan memperbaikidan lain-lain berbandingkan dengan perkataan "kalau", yang lebih menjurus maknanya kepadakekecewaan, ketidak penerimaan terhadap apa yang berlaku atau taqdir sesuatu itu berlaku, penyesalan dan lain-lainnya.(Sebagaimana adanya perbezaan antara"Probability" dengan "if ") Lantas berpijak diatas perkataan mungkin, segalanya dialam maya ini dipengaruhi olehkemungkinan, yang mana membawa maksud juga bahawa, tiada yang tetap (kecuali apa yangditetapkan dan ditunjukkan oleh Pencipta alam). Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai I.Qyang tinggi, tetapi kemungkinan E.Qnya rendah atau sebaliknya, seseorang yang begitu mendalamisesuatu bidang tetapi kemungkinan besar dia tidak menguasai segala bidang, seseorang yangmempunyai segala harta-benda tetapi kemungkinan jiwanya tertekan, sesebuah negara yangkelihatan begitu maju dari segi kebendaan tetapi kemungkinan rakyatnya ramai yang mengalamikeruntuhan moral, sesesuatu keputusan yang dilihat sebagai penyelesaian buat masaalah kehidupanharian tetapi kemungkinan membawa kesan jangka-panjang yang buruk dan seterusnya.Atau ubat yang pahit tetapi kemungkinan ubat tersebut membantu mencegah sesuatu penyakit,suasana perkampungan-perkampungan yang kelihatan bosan kehidupannya buat seseorang yangsentiasa bergerak pantas tetapi kemungkinan suasana tersebut dapat menenangkan jiwa, aktiviti-aktiviti amal jariah seperti membantu golongan tidak berupaya, menziarahi sesamanya, berpesan- pesan kearah kebaikan dan lain-lainyang dilihat sebagai membazirkan waktu tetapi kemungkinan itu adalah suatu yang membawakebaikan besar pada diri dan masyarakat, kehidupan yang tidak berkiblatkan kebendaan yang dilihatsebagai kemunduran tetapi kemungkinan itulah kehidupan yang membawa ketenangan sertamelindungi diri dan masyarakat dan seterusnya.Dalam arus kemungkinan-kemungkinan ini, insan lazim sahaja bereksperimen, mencari penyelesaian keatas sesuatu masaalah, berteka-teki mahupun ia terjebak kedalam sesuatu masaalah,namun darinya juga lahir kefahaman, kematangan, kejayaan, kegagalan dan lain-lainnya. Segalayang dicipta insan samaada untuk kegunaan harian mahupun untuk melalui kehidupan harian

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->