You are on page 1of 2

Kaedah Inkuiri Penemuan

Definisi Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain

Ciri-ciri Penting

1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan 2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah 3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid 4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran

5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti

KELEBIHAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN


3:35 AM ARIEDRIFKE NO COMMENTS

1. Murid dilibatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Murid-murid dapat memahami suatu konsep dengan lebih jelas dan mendalam. 3. Ia dapat memenuhi kehendak naluri ingin tahu murid-murid. 4. Menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif. 5. Meningkatkan dan mengekalkan ingatan murid-murid. 6. Pengetahuan sedia ada murid-murid dapat digunakan dalam situasi sebenar. 7. Murid-murid berasa bangga dan puas hati ketika mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Ini akan meningkatkan motivasi mereka.

TUJUAN KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN


3:34 AM ARIEDRIFKE NO COMMENTS

1. Menggalakkan penglibatan murid. 2. Mencabar murid-murid untuk mencari jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi. 3. Menggalakkan pemikiran yang kritis, analitis dan rasional. 4. Meningkatkan kefahaman serta ingatan murid satu-satu konsep. 5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, berkongsi idea dan tolong menolong. 6. Meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengolah isi dan membuat rumusan. 7. Mendatangkan perasaan kejayaan kepada murid-murid apabila mereka memperolehi jawapan kepada satu-satu masalah. 8. Memupuk kemahiran penyelesaian masalah bagi murid yang akan membawa kepada sifat berdikari.

You might also like