You are on page 1of 7

Bahas : Penggunaan Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Para hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan. Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan. Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan. Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porakperanda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain. Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Advantages of Using Facebook

# Facebook is free and it's one of the best medium for communication. # With Facebook you can connect to any type of people from anywhere in the world because almost every people around the world use Facebook . # Facebook is best for finding Old friends. When a friend goes away to any other place we often don't get the chance to communicate with him or her. But now Facebook gives us the opportunity to communicate with any of our Old friend. # We can share our feelings an what's happening around in our daily life through Facebook. We can also get feedback from our friends. It is the best medium to share your feelings and thoughts with others. # Facebook has good privacy setting which gives you the option to customize according to your wish. # Facebook Fan pages , groups , events etc are getting popular day by day. You can use these Fan pages & groups for promotional activities . If you would like to know how to create a Faceboo fan page and customize it then click here # You can use Facebook groups to connect all your close friend unitedly. All the post of the group will be private. It also has new features like group chatting, notification to all members whenever anyone post anything etc # you can chat with friends by facebook chat box. # Many popular celebrity and organization uses Facebook to give updates to their fans. So with Facebook you stay closer to any famous person or organization. # Students can use Facebook for group study by creating a group only for studying. There you can share any information about your projects , home work , assignments , exams , due date etc. # Facebook is also popular for making love relation and dating. # Facebook online games are really popular and addicting. There are millions of people who uses Facebook only for playing games with their friends.

# Facebook has thousands of application, quiz, games etc which is increasing it's popularity day by. # Facebook plays a very important role in getting latest valuable information. You can gather information from your friends post, Fan page updates , groups etc # We can also use facebook as social bookmarking site. We can share our article, blogs , photo's etc to thousands of people. # Facebook like button is connecting their user to every other website. With single like button now you can bring everything inside Facebook. # If you have a Facebook login ID than you don't need to waste your time for registering other site. Most of the site now allows a user to login at their site by using Facebook Login ID # Facebook is well designed! There is no fancy color or design available which distracts people. # Spamming! no spamming actually not a big problem in Facebook because you can easily hid the post of the spammer of block them permanently.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim saya membuka arena perdebatan pada hari ini. Ribuanterima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan seperjuangan yang terdiridaripada menteri ke-2, menteri ke-3, menteri ke-4 dan menteri ke-5 dari pihak kerajaan, pihakpembangkang yang pihak kami orang yang masih belajar di sekolah rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa frasa Penggunaan internet membawa kebaikankepada pelajar bermaksud perihal menggunakan rangkaian computer antarabangsamendatangkan faedah terhadap orang yang masih menuntut ilmu sama ada di sekolah rendah,sekolah rendah, maktab dan universiti.Oleh itu, selaku kerajaan, saya tetap menyokong dan mempertegas usul yang diperbahaskanpada pagi ini iaitu Penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar , dengan alas anbukan semua yang hormati tetapi tidak sekalikali kami geruni serta sidang dewansekalian.Tuan Yang Dipertua dan ahli-ahli YB, saya amat bersyukur kerana berkat keamanan dan dankeharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini, Dewan kembali bersidang untukmemperdebatkan mengenai usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.Tuan Yang Dipertua, usul kita pada pagi ini berbunyi, Penggunaan internet membawa kebaikankepada pelajar . Saya ulang, penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar .Warga Dewan sekalian,Pertama, izinkan saya melakukan pentakrifan usul yang diperdebatkan pada pagi ini secaraliteral menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4. Perkataan penggunaan didefinisikan sebagai perihalmenggunakan sesuatu, manakala internet pula bermaksud rangkaian computer antarabangsa.Frasa membawa diertikan sebagai mendatangkan. Seterusnya, frasa kebaikan mendukungmaksud faedah. Kemudian, frasa kepada pula ditakrifkan sebagai terhadap. Frasa pelajar bermaksud dipaparkan di internet merupakan perkara yang benar dan sahih.Saya selaku PM telah mendefinisikan tajuk kami pada pagi ini dan akan mengemukakann hujahsaya yang pertama di bawah kata kunci
Internet membekal informasi terkini . Menteri ke-2 akan menegaskan usul dan menolak definisi pihak pembangkang , diikuti dengan hujah yang ke-2 di bawah kata kunci Internet Penjana Ekonomi Negara dan hujah ke-3 berteras inti Internet alat mempererat hubungan sejagat . Seterusnya, menteri ke-3 pula akan membidas hujah-hujah pincang

pihak pembangkang . Tidak lupa juga kepada menteri ke-4 dan menteri kelima yang akan mempertahankan pendirian kami sekumpulan dengan menggunakan cara izin laluan . Sidang Dewan sekalian, fakta kes yang ingin pihak kami ketengahkan di sini ialah penggunaaninternet membawa kebaikan kepada pelajar . Definisi usul telah saya berikan, pendirian pasukan telah saya lafazkan, sekarang tiba masanyahujah pertama saya menyusul. Hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci Internet membekal informasi terkini terutamanya kepada golongan pelajar tidak mengirasama ada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, maktab atau pelajar yang melanjutkanpelajaran ke menara gading. Penggunaan internet sebagai bahan rujukan informasi terkini tetapmenjadi keutamaan berbanding dengan buku atau surat khabar.Wahai pihak pembangkang yang budiman,Kehidupan pelajar pada hari ini cukup mencabar kewibawaan mereka selaku pelajar. Manakantidak? Prestasi akademik harus seiring dengan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum.Bayangkan saudara dan saudari sekalian, peruntukan masa yang diperlukan oleh pelajar untukmembereskan tugasan yang diberikan kepada mereka. Alang-alang ketahanan, tercicirlahjawabnya.Pelajar hari ini, bukan sahaja perlu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti kerja kursus,penyelidikan atau kajian dan folio tetapi juga mereka perlu menduduki ujian berasaskansekolah dan pelbagai lagi tugasan lain bagi menyempurnakan pengajian mereka. Hal ini harusdiberikan keutamaan kerana, ia akan membantu pelajar dalam memantapkan penguasaanakademik di samping memperkukuh sahsiah pelajar seiring dengan falsafah pendidikan negarayang seimbang dari segi JERI iaitu (jasmani, emosi, rohani dan intelek).Situasi ini semestinya memerlukan pelajar membuat banyak rujukan, menyediakan bahan buktidan bahan contoh. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa menyelesaikan tugasan merekayang banyak dalam masa yang singkat. Mana mungkin mereka mencari buku-buku yangberlambak dalam perpustakaan sedangkan maklumat yang dicari belum pasti ada. Perbuatantersebut dengan jelas pelajar membuang masa mereka dengan mencari sesuatu yang belumtentu dapat. Bukankah masa itu emas, Yang Dipertua?Walau bagaimanapun, kemudahan internet telah mempermudah keperluan pelajar pada masaini. Dunia internet yang tanpa sempadan ini, membolehkan pelajar mengakses apa sahajamaklumat yang diperlukan. Klik sahaja ke laman yang diingini, semu maklumat terkini berada dihujung jari. Mudah dan senangkan tugas pelajar pada masa ini?Selain itu, pelajar boleh mencari pelbagai maklumat, termasuk sistem pemerintahan negarayang suatu ketika dahulu amat sukar difahami oleh golongan pelajar. Namun kini, bukan shajasistem pemerintahan negara boleh dikenali melalui internet, malahan pelajar juga bolehberinteraksi terus dengan golongan pemimpin, khasnya melalui laman-laman social sepertifacebook dann twitter. Ia jelas bahawa kemudahan internet memberi banyak manfaat kepadapelajar, bukan sahaja untuk mencari informasi-informasi terkini, malahan mengenali tokoh-tokoh kepimpinan negara yang suatu hari nanti akan digantikan oleh pelajar yang ada pada hari ini. Melalui internet juga, pelajar boleh didedahkan dengan sistem pentadbiran negara malahmenjadi platform bagi golongan muda untuk mengikut jejak tokoh-tokoh kepimpinan negarayang sedia ada.Sebelum undur diri, sekali lagi saya selaku ketua kerajaan tetap menegaskan usul kami iaitu Penggunaan internet membawa kebaikan kepada pelajar . Hujah kami akan dipertahankanoleh YB Menteri ke-2 seketika nanti. Sekian, terima kasih.

You might also like