You are on page 1of 3

1.

Pengenalan Kelas Bercantum 1.1 Latarbelakang dan konsep kelas bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperolehi pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh kerana terdapat banyak sekolah kurang murid di pendalaman, kelas bercantum diadakan. Bilangan murid di sekolah-sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. Walau bagaimanapun, sekolah kurang murid tidak boleh ditutup oleh kerana setiap kanakkanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Disamping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini dimana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh kerana keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. 1.2 Definisi kelas bercantum Kelas dimana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama. 1.3 Ciri-ciri kelas bercantum 1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4 1.3.5 Kelas ini ujud di sekolah rendah sahaja. Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru adalah mengikut bilangan kelas. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza daripada kelas biasa.

1.4

Kepentingan kelas bercantum Kelas bercantum yang diujudkan di sekolah-sekolah kurang murid khususnya dapat mengatasi masalah bilangan muridmuridnya tidak mencukupi untuk dijadikan satu kelas tunggal. Sehubungan itu, semua murid yang tinggal di kawasan pendalaman mendapat peluang untuk bersekolah di tempat sendiri walaupun sekolah berkenaan mempunyai bilangan murid yang terlalu sedikit. Sekolah-sekolah di pendalaman mempunyai hambatan daripada aspeks kemudahan asas, infrastruktur dan kewangan. Oleh yang demikian, kelas bercantum boleh meminimakan kekurangan berkenaan dengan perkongsian penggunaan yang maksima.

3.3

Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum Guru-guru yang megajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam kelas bercantum. Hal ini penting kerana murid-murid boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan bila guru mereka mengajar kelompok tahun persekolahan yang lain.

3.3.1 Garis Panduan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk kelas bercantum 3.3.1.1 Tajuk-tajuk yang dipilih hendaklah sesuai dijadikan bahan-bahan pengajaran sendiri. 3.3.1.2 Bahan-bahan disediakan secara bersiri yang disusun mengikut turutan supaya murid boleh mengguakan berdasarkan kebolehan dan tahap penguasaan masing-masing. 3.3.1.3 Bahasa yang digunakan perlu diselaraskan dengan kebolehan murid-murid. 3.3.1.4 Bahan-bahan boleh digunakan tanpa pengawasan guru. 3.3.2 Jenis-jenis dan sumber bahan bantu mengajar Di antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk kelas bercantum adalah kad kerja, kit pembelajaran dan bahan-bahan pengajaran guru sendiri. Kad kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan yang disediakan oleh dalam bentuk kad atau kertas yang seragam saiznya. Guru boleh menyediakan kad berkenaan sendiri atau mendapatkan bahan tersebut dari pusat Kegiatan Guru sekiranya ada. Terdapat juga syarikatsyarikat penerbitan yang menghasilkan kad-kad berkenaan untuk dijual ke sekolah-sekolah. Kad kerja hendaklah diletakkan di tempat atau sudut yang mudah diakses oleh murid-murid setiap masa.

Kit pembelajaran adalah terdiri daripada satu kit yang mengandungi kad-kad kerja, pita keset , carta, gambar slaid, radas dan bahan-bahan berkaitan. Kit dibekalkan oleh syarikat-syarikat tertentu yang atau agensi-agensi kerajaan. Guru-guru bole menggunakan kit ini dengan mudah berdasarkan modul atau manual penggunaan yang disertakan. Selain daripada kedu-adua bahan bantu di atas, guru juga boleh menggunakan inisiatif dan kreativiti masing-masing menyediakan bahan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, guru perlu peka kepada aspek-aspek seperti tajuk pengajaran, bahasa dan lembaran kerja yang bersesuaian dengan kebolehan murid-murid mereka dan berpandukan sukatan pelajaran.

You might also like