Program Latihan Pengakap Kanak-KanakPENGAKAP KANAK-KANAK adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabilaia memasuki Pergerakan Pengakap.Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu PengakapMuda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.Untuk menjadi Pengakap Kanak-Kanak, budak itu hendaklah berumur 8 tahun dan belum sampai umur 13 tahun. Ia tidak terus kekalmenjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umurnya telah sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah.Bahagian ini dijalankan dibawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dengan dibantui oleh beberapa orang Ponolong PemimpinPengakap Kanak-kanak. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari sekawan 6 hingga 8 orangdengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan.