You are on page 1of 25

BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH 1.1 1.1.

1 1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang. Pulau Pinang menjadi pengkalan SHTI Terdapat tiga faktor SHTI berminat dengan Pulau Pinang. a. Pelabuhan persinggahan. b. Pusat pengumpulan barang. c. Pangkalan tentera. Kedudukan Pulau Pinang di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi keperluan SHTI. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Kedah membolehkan Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Pelantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tidak dipersetujui oleh kerabat diraja kerana baginda bukan anak gahara. Mereka berpakat dengan Bugis Selangor menyerang Kedah. Raja Haji pemimpin Bugis telah menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar. Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan Firma Jourdain Sullivan and de Sauza melalui Francis Light. Sultan Kedah meminta bantuan SHTI untuk melindungi Kedah daripada ancaman Siam.

2 3 4 5 6 7 1.2 1

4 5 6 7 8

Tipu helah Francis Light Mendapatkan Pulau Pinang Perjanjian Inggeris Kedah 1786 ditandatangani. Antara syarat-syarat perjanjian ialah SHTI membantu Kedah jika di serang musuh, SHTI tidak melindungi Kedah SHTI membayar 30,000 dolar Sepanyol kepada sultan sebagai pampasan. 2 11 Ogos 1786 uapacara menaikkan bendera Union Jack, dan Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince Of Wales 3 Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah selepas Kedah diancam oleh Siam. SHTI enggan memberikan bantuan demi menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Sultan Abdullah berpengkalan di Seberang Perai untuk menyerang Pulau Pinang tetapi berjaya dipatahkan oleh SHTI. 1 Mei 1791 SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi SHTI membayar sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama

1.3

SHTI Mengambil Seberang Perai

1. 2.

3. 4. 5.

Seberang Perai diperlukan oleh SHTI untuk dijadikan benteng pertahanan dan keperluan makanan, kerana Tanah Seberang Perai subur dan sesuai utnuk bercucuk tanam Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam, dan baginda menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 dengan Gabenor George Leith.Syarat perjanjian adalah seperti berikut: Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai SHTI akan membayar 10000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai SHTI memduduki Seberang Perai yang kemudiannya dinamakan Province Wellesly SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821. Akhirnya Kedah ditakluk oleh Siam. Jun 1826 Raja Siam, Raja Rama III telah menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok.Kandungan Perjanjian Burney 1826 adalah seperti berikut: British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai Pertapakan SHTI di Singapura Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan kerana kedudukannya yang jauh di Utara. Perdagangan SHTI dengan China semakin penting dan barangan mendapat pasaran baik di Eropah. Stamfort Raffles mencadangkan kepada SHTI agar mendirikan pangkalan baru di Singapura. Singapura dapat mengawal laluan perdagangan strategik di selatan, pelabuhan bebas dan pangkalan menyaingi pelabuhan Betawi (Belanda). 30 Januari 1819 satu perjanjian ditandatangani antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles.Syarat perjanjian adalah seperti berikut: SHTI boleh mendirikan loji di Singapura SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain Perjanjian ini tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman 6 Febuari 1819, Sultan Hussein iktiraf perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles.

1.4 1. 2. 3. 4. 5.

6. 7.

8. 9.

10.

Raffles mempergunakan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabalkan sebagai sultan.Raffles telah mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan.Pertabalan ini menyebabkan kerajaan Johor mempunyai dua orang Sultan. Raffles mendapati perjanjian pada tahun 1819 tidak membolehkan beliau berkuasa ke atas Singapura.7 Jun 1823 satu perjanjian ditandatangani dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.Kandungan perjanjian seperti berikut: Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dan tongkang Cina SHTI berkuasa diseluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung Undang-Undang British dikuatkuasakan 2 Ogos 1824 perjanjian penyerahan Singapura secara rasmi ditandatangani antara John Crawfurd dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.Kandunganya: Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura Perpecahan Kepulauan Melayu Pendudukan Stamfort Raffles ke atas Singapura di pertikaikan oleh Belanda. Belanda anggap Singapura di bawah pengaruhnya dan menjejaskan perdagangan di Betawi. Perjanjian Inggeris Belanda 17 Mac 1824 ditandatangani. Antara isi kandungan ialah Belanda iktiraf British di Singapura Belanda tidak membuka penempatan di Tanah Melayu British serah Bangkahulu kepada Belanda sementara Belanda serah Melaka kepada British dan British tidak membuka penempatan baru di selatan Singapura. Perjanjian ini telah menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan sebagai Negeri-negeri Selat (NNS). Tujuan NNS adalah untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor Jeneral di India.Residen Konsuler membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di NNS Gabenor Jeneral British di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan undang-undang NNS 1867 pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London.Faktor-faktor pemindahan adalah seperti berikut:

1.5 1. 2. 3.

4. 1.6 1. 2. 3. 4. 5.

SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal.Mereka menubuhkan kongsi gelap dan sering melakukan kekacauan Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang rupee India.Keadaan ini merugikan para pedagang kerana nilainya rendah Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British menjadikan NNS sebagai tempat buangan banduan.

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPURTANGAN BRITISH 2.1 1. 2. Dasar campurtangan British di Negeri-negeri Melayu. Dasar campurtangan British bererti British melibatkan diri secara lansung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874. British campurtangan kerana kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu - NNM kaya dengan bijih timah,emas,bijih besi dan arang batu Revolusi Perindustrian di Eropah - British perlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan Penciptaan kapal wap - Kapal wap dapat mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak Pembukaan Terusan Suez - Terusan Suez juga dapat memendekkan jarak perdagangan dari England ke Tanah Melayu kebimbangan campurtangan kuasa Eropah yang lain Pertukaran kerajaan British - Parti Konservatif telah mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada kerajaan Liberal.Kerajaan ini telah mengamalkan dasar campur tangan Desakan pedagang - Pertelingkahan dikalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina di NNM mengakibatkan keadaan huru-hara. Keadaan ini merugikan pedagang NNS - Hal ini mndorong pedagang NNS mendesak kerajaan Britain untuk campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British Ketidakstabilan di Perak Perang Larut dan perebutan takhta telah mewujudkan ketidakstabilan di Perak. Selain itu juga, buruh Cina telah menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee Hin atau Hai San dan mereka ini telah mencetuskan pergaduhan sesama mereka 20 Januari 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Britain (Andrew Clarke),Raja Abdullah,Ngah Ibrahim, Dato Sagor dan pemimpin-pemimpin kongsi gelap.Kandungan Perjanjian Pangkor adalah seperti berikut: Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

2.2 A) 1. 2. 3.

4. B) 1. 2. 3. 4. 5. C) 1. 2.

Residen,Penolong Residen, sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul di Perak Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di perak Perjanjian Pangkor menandakan penguasaan British secara langsung di Perak. Ketidakstabilan di Klang, Selangor Perang Kelang, rompakan kapal dagang British dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado telah mendorong British campur tangan di Selangor. Selain itu juga, kekayaan Daerah Klang dengan Bijih Timah ini juga turut mendorong Britain untuk campur tangan Perang saudara yang tercetus menyebabkan Sultan Abdul Samad telah melantik menantu baginda Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang. Bagaimanapun Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor kerana beliau dianggap bukan anak negeri Selangor 1874 J.G Davidson dilantik sebagai Residen pertama dan Frank Swettenhem dilantik sebagai Penolong Residen, setelah Sultan Abdul Samad didesak oleh British. Ketidakstabilan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan Persengketaan antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulop Tunggal berebut Sungai Linggi dan Sungai ujong mempercepatkan British campur tangan di Negeri Sembilan. 1874, Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British.Kandungan perjanjian adalah seperti berikut: Dato Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong British telah menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British yang pertama di Sungai Ujong British seterusnya menguasai daerah Rembau,Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil 1895, semua daerah disatukan yang dinamakan Negeri Sembilan. Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Martin Lister telah dilantik sebagai Residen British di Negeri Sembilan Ketidakstabilan di Pahang British menggunakan alasan pembunuhan warganegara British berbangsa cina bernama Go Hui di hadapan istana Sultan Ahmad sebagai alasan campur tangan di Pahang. Sultan Ahmad terpaksa menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman di Pahang J.P. Rodger akhirnya dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang

3. 4. 5. D) 1. 2. 3.

2.3 1.

2.

3.

4. 5.

5. 6. 7. 8.

Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar Residen menggugat kuasa sultan dan pembesar dengan cara: Menguasai pentadbiran Memaksa sultan menerima nasihat Mencampuri adat Mengambil alih memungut cukai. Pelaksanaan Sistem Residen tidak teratur kerana: Tiada panduan yang jelas untuk menjalankan tugas Residen menjadi terlalu berkuasa Pentadbiran di setiap negeri tersebut tidak seragam kerana mempunyai undangundang tersendiri. Gabenor NNS di Singapura juga gagal mengawal kuasa Residen Antara faktor penubuhan Persekutuan 1896 ialah Perkongsian perkhidmatan pakar Krisis kewangan Pahang Memajukan sistem perhubungan dan keselamatan Faktor keselamatan Pusat pentadbiran Persekutuan di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama 12 Jun 1895, Perjanjian Persekutuan ditandatangani.Syarat perjanjian: Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB Raja-raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB Pembentukan Persekutuan menyebabkan Residen Jeneral berkuasa dalam kewangan dan cukai eksport serta pentadbiran. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan kerajaan dan penglibatan orang Melayu dihadkan. Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu 1897 ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah perasaan tidak puas hati sultan. Dalam Durbar kedua 1903, Sultan Idris mengkritik pemusatan kuasa Residen Jeneral, desak kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan, desak agar bilangan pegawai Melayu ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi serta iktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

BAB 3 : NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH 3.1 1. 2. Negeri-negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu. British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Pharaya dan Segenting Kera, Jerman berminat dengan Langkawi, Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu dan Rusia di Ujong Salang. Perjanjian sulit British-Siam 1897 bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkan mana-mana kuasa bertapak di selatan Siam.Kandungannya: Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut British akan membantu Siam jika diserang Perisytiharan British-Siam 1902 telah iktiraf Negeri-negeri Melayu Utara di bawah naungan Siam. Perjanjian Bangkok 1909, Siam bersetuju menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada British. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding dan akur dengan keputusan perjanjian.Kandungannya: Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara Penasihat British menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat Melayu. Sultan Kedah tidak iktiraf Perjanjian Bangkok tetapi George Maxwell Penasihat British menyerapkan sistem pentadbiran barat dalam pentadbiran Kedah. Raja Syed Alwi membantah Perlis diserahkan kepada British. Kapten Meadowe Frost Penasihat British menggubal undang-undang, memperkenalkan jabatan baru dan menguasai Jabatan Kewangan. Sultan Mahmud IV juga menentang dan J.S Mason Penasihat British mengambil alih kuasa mentadbir jajahan dan menguasai jabatan penting di Kelantan. Sultan Zainal Abidin III turut membantah W. Conlay Penasihat British di Terengganu dan baginda menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu untuk memelihara kedaulatan Terengganu. Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British Daeng Ibrahim (Temenggung Ibrahim) adalah pemerintah Johot kecuali Wilayah Kesang. Baginda mengasaskan pusat pentadbiran Tanjung Puteri, menggalakkan kemasukan orang cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu. Sultan Abu Bakar mengadakan mahkamah, pos, Jabatan Kerja Raya, sekolah, hospital dan jalan raya. Pasukan polis dan tentera turut ditubuhkan. Sistem Kangcu diteruskan oleh baginda.

3. 4.

3.2 1. 2. 3. 4. 5.

3.3 1. 2. 3.

4.

5.

Perjanjian Persahabatan 1885, Johor diiktiraf negeri berdaulat, Maharaja Abu Bakar diiktiraf sultan Johor, kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura, baginda berhubung terus dengan kerajaan London dan perlantikan seorang Konsul British. 1895, baginda mengisytihar perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Baginda di gelar Bapa Pemodenan Johor.Kandungan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor adalah seperti berikut: Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang Dato Jaafar bin Muhammad mewajibkan semua pegawai British di Johor memakai pakaian rasmi Johor, mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera Johor dan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi. Dato Abdul Rahman bin Andak berperanan dalam hal hubungan luar Johor, mengawal hubungan luar Johor dengan British dan perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor. Dato Muhammad Salleh bin Perang memegang jawatan Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan melukis peta pembangunan negeri Johor. Dato Muhammad Ibrahim Munsyi memegang jawatan Ketua Jabatan Pendidikan Johor, mendirikan banyak sekolah dan mendesak agar pendidikan diwajibkan kepada rakyat Johor. Digelar sebagai Bapa Pendidikan Melayu Johor. British berusaha menguasai Johor dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk mengawal kewangan Johor tetapi gagal. Kepintaran Dato Abdul Rahman Andak banyak menggagalkan muslihat British dan akhirnya Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London. 1914, British melantik Dauglas Campbell sebagai Penasihat British.

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE 4.1 1. Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei Sarawak. 2. Pangeran Indera Mahkota menguasai antimoni (logam) dan emas untuk mengukuhkan kawalannya ke atas Sarawak. Cukai yang tinggi turut dikenakan. 3. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoninya tidak diberi upah. 4. orang Bidayuh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota. 5. Tujuan kebangkitan adalah untuk membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei. 6. Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan tersebut. 7. Pangeran Raja Muda Hashim telah menawarkan kepada James Brooke sebagai Gabenor Sarawak sekiranya beliau berjaya menamatkan kebangkitan itu. 8. Dengan bantuan ketenteraan James Brooke, Pangeran Muda berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak. 9. James Brooke membedil bandar Kuching apabila Pangeran Muda Hashim melambatlambatkan perlantikan James Brooke. 10. Satu perjanjian antara Pengeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke telah ditandatangani pada tahun 1841.Antara syarat perjanjian ialah: James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu 13. 1842, Sultan Omar Ali Saifuddin iktiraf perjanjian 1841 selepas Sultan Omar bimbang dengan kehadiran angkatan British bersama James Brooke.Satu perjanjian ditandatangani.Antara syarat-syaratnya: Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya James Brooke akan membayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak. 12. 1846, Sultan Omar cuba menentang James Brooke tetapi gagal dan James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang berdaulat. 4.2 1. 2. 3. 4. Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa. 1853, Sultan Abdul Mumein menyerahkan tanah antara Sungai Samarahan dengan Sungai Rajang. 1861, Sultan Mumein menyerahkan Sungai Rajang. 1883, Sultan menyerahkan lembangan Sungai Trusan. 1905, Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal.

4.3 1. 2. 3. 4. 5. 6.

5.

Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran. James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja James Brooke telah melibatkan pemimpin tempatan untuk mentadbir dan mendapatkan sokongan rakyat. James Brooke membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri serta Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Pos ditubuhkan. Mahkamah Keadilan juga ditubuhkan. Bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak, British telah menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.Kandungan perjanjian ialah: British melindungi Sarawak dari serangan musuh Keluarga Brooke memerintah dengan bebas Hal ehwal luar negeri adalah dibawah kawalan British 24 September 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak. Kandungannya: Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan Raja mempunyai kuasa unruk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke. Untuk menjaga kepentingan ekonomi, keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan ekenomi mereka Hasil hutan seperti sarang burung, getah jelutung, rotan serta tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada hitam dan sagu diusahakan dengan giat. Sarawak kaya dengan antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak. Orang Cina diberi peluang untuk bergiat dalam bidang perdagangan dan perlombongan Tanaman baru seperti getah dan tembakau telah di perkenalkan. Petroleum digali di Miri pada tahun 1882. Antimoni ialah logam yang berharga di Sarawak, Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo

4.4 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

1.

4.5 Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke. Keluarga Brooke menjalankan dasar pecah dan perintah untuk menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak. Melayu - Pentadbiran Iban - Ketenteraan Cina - Pertanian, Perlombongan dan Perdagangan India - Perniagaan Kain di Kuching Sikh - Polis 2. Pusat pentadbiran dan perdagangan seperti Kuching, Miri dan Sibu. 3. Kemudahan asas terhad dibandar-bandar sahaja manakala pengangkutan air adalah sistem pengangkutan utama. 4. Brooke kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas dikawasan pedalaman 5. Perkhidmatan pos, telegraf, telefon, hospital dan klinik di bandar besar. 6. Charles Brooke membina sekolah Melayu dan Cina sahaja. 7. Pembinaan hospital dan klinik dimulakan oleh mubaligh kristian dan hanya terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuching dan Sibu 8. 1924, Jabatan pelajaran ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak. Semua sekolah yang ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini.

BAB 5 : KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH. 5.1 1. 2. 3. 4. SBUB Bertapak di Sabah Sultan Brunei memberi konsesi tanah kepada C.L Meses. Moses menjual konsesi kepada J.W Torey dan T.B Harris. Torey menjual haknya kepada Von Overbeck. Overbeck meminjam modal daripada Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H Treacher membantu Overbeck memperbaharui pajakan. Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu. Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edwart Dent. Akhirnya Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad mendapat Piagam Diraja. Kerajaan British telah anugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. 1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British yang mempunyai kuasa mentadbir Sabah.Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan 1888, SPUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British, dan British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan daripada kerajaan British\ SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat. Jabatan Kerajaan ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran. Negeri Sabah dibahagikan kepada beberapa residensi. Residensi dibahagikan kepada daerah. Ketua Anak Negeri (OKK) membantu Pegawai Daerah. Undang-undang Barat dan tempatan digunapakai untuk menjaga keamanan negeri. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri diwujudkan.

5. 6.

5.2 1. 2. 3.

5.3 1.

SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah SBUB mengeksploitasi hasil tradisional seperti sarang burung, sagu, rotan, lanut, trepang dan sirip ikan yu. SBUB memaksa penduduk tempatan menambahkan hasil keluaran tradisional.Hasil jualan penduduk tempatan ini akan dikenakan cukai, dengan cara ini, SBUB dapat mengatasi masalah kewangannya

2.

3.

4. 5.

Tembakau merupakan tanaman dagangan kerana mutunya tinggi dan mendapat pasaran yang tinggi.Kerana mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.Tembakau mendapat pasaran yang tinggi di Belanda serta USA.Pengecualian cukai eksport diberikan kepada peladang tembakau untuk menggalakkan penanaman tembakau. Pembinaan landasan kereta api dan pemberian empat peratus dividen kepada pengusaha menyebabkan tanaman getah maju.Selain itu juga pengecualian cukai eksport selama 50 tahun turut diberikan serta membawa masuk buruh dari China dan Jawa bagi menggalakkan lagi penanaman getah. SBUB turut menguasai hasil balak dan perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan.Lombong emas diusahakan oleh orang Cina. Pokok sagu atau rumbia merupakan antara tanaman tradisional di Sabah.Harga sagu mahal di pasaran dunia.

5.4 1. 2. 3.

Perubahan Sosial SBUB di Sabah SBUB membina landasan kereta api, jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf. Jalan raya dibina di bandar-bandar besar Landasan kereta api pertama sepanjang 32km dibina menghubungkan Weston ke Beaufort.Landasan ini dibina bagi memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran dibahagian pedalaman ke pelabuhan SBUB menumpukan pembinaan jalan raya dibandar-bandar besarseperti Jeselton,Sandakan,Lahad Datu,Kudat dan Tawau.Ia dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan Bandar dan pelabuhan.Pengangkutan air turut dimajukan.Syarikat perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan pada 1890 untuk mengangkut penumpang dan barangan 4. Bidang pendidikan kurang diberi perhatian SBUB. Mubaligh Kristian membina sekolah untuk menyebarkan agama Kristian.Sekolah pertama yang dibina oleh Roman Katolik di Sandakan pada tahun 1939 yang diberi nama Institut Byron. Sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud. 5. Sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Negeri dibina bagi melatih mereka menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah. 6. SBUB kekurangan wang dan menganggap pendidikan tidak menguntungkan, oleh sebab itu SBUB hanya menyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja. 7. Hospital banyak dibina di bandar-bandar besar. Bandar baru seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahat Datu muncul.Bagaimanapun bilangan doctor tidak mencukupi 8. Kudat adalah pusat pentadbiran SBUB yang pertama diikuti oleh Sandakan. Jesselton (Kota Kinabalu) merupakan ibu negeri Sabah dan pusat perdagangan yang penting. 9. Sandakan diasaskan oleh William Pryer padatahun 1879.Beliau menamakan sebagai Elopura yang bermaksud Bandar yang cantik.

BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI 6.1 1. 2. 3. 4. 5. 6.2 1. 2. 6.3 1. 2. 3. 4. 5. Kegiatan Pertanian Dagangan British telah memperkenalkan pertanian perdagangan. Pertanian dagangan ialah kegiatan pertanian yang berorientasikan eksport Lada hitam ditanam di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu. Buah pala dan cengkih ditanam di Pulau Pinang. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai dan Perak. Ubi kayu banyak ditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor Industri mengetin nanas pula berpusat di Perak, Selangor dan Johor Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British Harga tanaman dagangan tradisional yang tidak stabil mendorong British memperkenalkan kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh. Peladang Eropah digalakkan menceburi pertanian dagangan tetapi penduduk tempatan disekat. Perkembangan Perusahaan Getah Harga kopi yang jatuh di pasaran dunia mendorong British memperkenalkan tanaman getah. Getah berasal dari Brazil, disemai di Kew Garden England, di bawa ke Singapura dan beberapa batang anak pokok getah ditanam di Kuala Kangsar. Permintaan terhadap getah meningkat akibat perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah. Ladang-ladang getah banyak dibuka tetapi penduduk tempatan mengusaha tanaman ini secara kebun kecil. Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah ialah: Permintaan terhadap getah - Getah diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di USA dan Eropah. Getah juga diperlukan untuk membuat kasut,pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik Kejatuhan harga kopi - Harga kopi jatuh kerana pengeluaran yang berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak Usaha H.N Ridley - Memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring. Kaedah ini akan meningkatkan pengeluaran susu getah Pelaburan modal - Banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie Cukai yang rendah - Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah bagi menggalakkan pembukaan ladang-ladang getah yang baru Tenaga buruh yang mencukupi Tenaga buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran

6.

1920-an dan 1930-an, telah berlaku kemelesetan dunia dan menyebabkan harga getah telah jatuh dan keadaan ini telah memberi kesan kepada perusahaan getah.2 Langkah telah diambil bagi menyelamatkan perusahaan getah, iaitu: Rancangan Sekatan Stevenson 1922 untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. Perkembangan Perusahaan Perlombongan Emas dilombong di Raub Pahang, arang batu di Selangor. Bauksit di Bukit Pasir, Teluk Rumania (Johor) dan Teluk Emas Melaka. Bijih besi di Bukit Besi Terengganu, ilmanit di Batang Padang Perak. Orang Melayu mendulang dan melampan bijih timah, orang Cina memperkenalkan lombong dedah, pam kelikir dan palung manakala orang Eropah memperkenalkan kapal korek. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa untuk memulihkan semula harga bijih timah. Dalam perjanjian ini, semua negara bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing Majlis Bijih Timah Antarabangsa untuk menyelaraskan pengeluaran dan menstabilkan harga bijih timah.

6.4 1. 2. 3. 4.

6.5 1. 2. 3. 4. 5. 6.

7.

Pengeluaran Hasil Hutan Hasil hutan dikeluarkan melalui kegiatan meramu. Meramu ialah kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan Damar digunakan menutup renggangan papan perahu, getah perca untuk membuat alatan bedah, bola golf dan penebat kabel. Getah jelutung sebagai ramuan getah pengunyah dan pelekat gigi palsu. Rotan digunakan untuk membuat bakul, tikar, tongkat, tangkai payung dan perabot Dwiekonomi ialah kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional. Ekonomi Tradisional merangkumi: Bercorak sara diri Dijalankan oleh penduduk tempatan khususnya orang Melayu di luar bandar Tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan Menggunakan alatan tradisional Tidak menggunakan buruh yang ramai Melibatkan modal yang kecil Ekonomi Dagangan ialah: Berorientasikan eksport Dikuasai oleh syarikat asing khususnya syarikat Eropah Tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah Menggunakan teknologi moden Melibatkan tenaga buruh yang ramai Melibatkan pelaburan modak yang besar

6.6 1.

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan Antara perubahan ialah Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan - Perkhidmatan kereta api telah diperkenalkan pada akhir kurun ke-19.Selain untuk memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British, perkhidmatan kereta api juga telah menjadi pengangkutan awam bagi penduduk di Tanah Melayu - Perkhidmatan jalan raya pada peringkat awal adalah untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Apabila meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas, rangkaian pembinaan jalan raya telah dibina bagi menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan antara bandar besar dengan bandar-bandar kecil - Kemajuan ekonomi juga membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang - Kerajaan British juga turut memajukan sistem perhubungan yang lain seperti sistem pos dan telegraf, telefon dan radio. Oleh itu perhubungan antara negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu dengan negara lain dapat dibuat dengan pantas Penggunaan buruh luar - Buruh Cina menggunakan Sistem Kontrak. Dalam sistem ini orang cina dibawa ke Tanah Melayu oleh pihak majikan. Tambang perjalanan mereka dibayar oleh majikan yang membawa mereka masuk. Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan. Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai - Buruh India menggunakan Sistem Kangani.Dalam sistem ini penyelia atau ketua pekerja diladang getah (Kangani) dihantar ke India untuk mencari tenaga buruh.Kangani akan menguruskan semuanya sehingga buruh itu tiba di Tanah Melayu.Kangani akan dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk. Mereka dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga hutang tambang itu selesai Kemudahan asas Kerajaan British telah menubuhkan hospital, Pusat Perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan bagi mengatasi masalah kesihatan - Kemajuan ekonomi menyebabkan tenaga elektrik diperkenalkan. Empangan Hidroelektrik Chendroh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik Kemunculan Bandar baru seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban Kepelbagaian pendidikan. Kerajaan British telah menubuhkan sistem pendidikan Vernakular, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar British juga menubuhkan pendidikan sekular, iaitu pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.

2.

Pihak British sebenarnya tidak berhasrat memajukan pendidikan dikalangan orang Melayu. Pendidikan diberi sekadar untuk menjadikan orang Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka Pendidikan Cina diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu dikawasan bandar. Sekolah ini menggunakan buku-buku dan sukatan dari negara China. Untuk mengawal situasi ini, Enakmen Pendaftaran Sekolah telah diperkenalkan Sekolah Tamil pula diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.buku-buku dan sukatan pelajaran menggunakan dari negara India.1912 British memperkenalkan Undang-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya Sekolah Inggeris pada peringkat awal ditubuhkan oleh mubaligh Kristian. Ia menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum. Ia menggunakan sistem pendidikan di England Kemasukan orang Cina dan India mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi.

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA. 7.1 1. Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 1823, Tunku Abdullah memimpin 3000 tentera membebaskan Kedah daripada Siam tetapi gagal. 1831, Tunku Kudin terkorban selepas British mengepung Kedah. 1836, Sultan Ahmad Tajudin ditangkap oleh British semasa merancang menyerang Siam. 1838, Tunku Muhammad Saad berjaya menawan semula selatan Kedah tetapi Siam menguasai semula Kedah dengan dibantu oleh British. Dol Said Pahlawan Naning Dol Said menentang British kerana Mempertahankan kemerdekaan Naning Menentang bayaran cukai - Menurut Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian Menentang pelaksanaan undang-undang British. - British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah 15 Julai 1831, British menghantar 150 orang Sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie tetapi dipatahkan oleh Dol Said. Mac 1832, Taboh iaitu pusat pentadbiran Naning ditawan oleh British. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyerah diri kepada British. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka. Rentap Wira Sarawak : Agi Idup, Agi Ngelaban Rentap menentang Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun dan kerana tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud pengoncang dunia. Rentap juga digelar Raja Darat. Rentap merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. 1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pegawai Brooke Allen Lee terbunuh.

7.2 1.

2. 3. 4. 5. 7.3 1. 2. 3. 4.

4. 5. 6.

1854, James Brooke menyerang kubu Rentap di Sungai Long dan membakar perkampungan Rentap. Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu daripada penduduk Iban dan beliau digelar Raja Ulu 1857, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukir Sadok tetapi gagal. 1863, James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan. Sharif Masahor Wira Sarawak Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pembinaa kubu di Kanowit dan perlantikan Henry Steele sebagai wakil British diangap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor. 1855, Sharif Masahor menyerang Mukah dan Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei. 1859, Sharif Masahor menyerang Kanowit diikuti pertempuran di Sungai Sadong. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak Kebangkitan Dato Maharaja Lela menentang British disebabkan oleh Mengambil hak mengutip cukai - Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai Mencabar ketuanan Melayu - Sultan Abdullah didesak menandatangani pengisytiharan penyerahan kuasa kepada British pada 2 Oktober 1875. Pengisytiharan ini telah menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen Memperkenalkan cukai baru - British memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak Mencabuli adat resam - Birch telah mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam melayu. Mesyuarat di Durian Sebatang, keputusan diambil untuk membunuh J.W.W Birch dan menghalau British. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Seputum dihukum gantung manakala Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Yamtuan Antah Mempertahankan Seri Menanti Yamtuan Antah tidak setuju dengan Dato Kelana Sungai Ujong yang menanda tangani perjanjian dengan British. Tindakan Dato Kelana mengisytihar Terachi sebahagian jajahannya dibantah oleh Yamtuan Antah. Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi sebelum berundur ke Bukit Putus.

7.4 1. 2. 3. 4. 7.5 1.

2. 3. 4.

7.6 1. 2. 3.

7.7 1.

2. 3. 4. 5. 7.8 1.

Dato Bahaman Pahlawan Pahang Faktor penentangan Dato Bahaman ialah Hilang hak mengutip cukai - British melantik E.A. Wise dilantik sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh Pembinaan balai polis - British membina balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding. Dato Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya Perlucutan gelaran. - British telah memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato setia Perkasa Pahlawan Semantan Dato Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua walaupun ditentang oleh Hugh Clifford. Gerakan Sultan yang dipelopori British telah menawan 11 buah kubu Dato Bahaman. Perjuangan Dato Bahaman disokong oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Mat Salleh Menyanggah SBUB Faktor penentangan ialah Perjuangan jihad - Mengambil semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina Peraturan membebankan - SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat Kegagalan untuk berunding - Mat Salleh ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari, beliau meninggalkan Sandakan Perkampungan dibakar - SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh Mat Salleh menyerang Ambong dan Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan. SBUB mungkir janji apabila mengambil alih Tambunan dan SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran. Mat Salleh telah terkorban. Antanom Pahlawan Antanom memimpin orang Murut menentang SBUB menindas kaumnya.

2. 3. 4. 7.9 1.

2. 7.10 1.

Sebab-sebab penentangan Antanom ialah Orang Murut sebagai buruh paksa. SBUB menzalimi keluarga Murut. SBUB menceroboh kawasan hutan. SBUB melarang orang Murut membuka tanah baru. SBUB mengenakan cukai yang membebankan. Antanom dan 400 orang Murut terkorban semasa mempertahankan Rundum. Tok Janggut Pejuang Jihad. Faktor-faktor penentang Tok Janggut di Kelantan : Perasaan anti British - Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Duni Pertama Pembayaran cukai yang menyusahkan - Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar Peraturan tanah - Menentang peraturan yang mewajibkan petani membayar cukai tanah Pengenalan cukai membebankan. - Cukai baru seperti cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen, pokok pinang satu sen sepokok, sirih lima sen sejunjung dan kerbau serta lembu 20 sen seekor Tok Janggut terkorban dalam serangan British di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani Faktor-faktor kebangkitan Tani di Terengganu : Pas kebenaran yang membebankan. - Peraturan tanah baru menghendaki petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam mendapat pas kebenaran dengan bayaran 50 sen Pengaruh pemimpin agama. - Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakan tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan Penguatkuasaan undang-undang binatang buas. - Undang-Undang Kawalan Binatang Buas pada tahun 1923 telah melarang penduduk memburu binatang liar Peraturan tanah baru. - Peraturan tanah 1924 mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang Seramai 12 orang petani terkorban dan Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.

2. 7.11 1.

2.

BAB 8 : KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA 8.1 Maksud semangat Kebangsaan (Nasionalisme) -Bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. -Kita berjuang menebus maruah bangsa dan membebaskan negara daripada penjajahan British. Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan. Di Turki berlaku Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat. Di Mesir pula berlaku Gerakan Islah (gerakan pemulihan) iaitu menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun (1905) turut menyemarakkan semangat negara Asia yang lain. Kejayaan Dr Sun Yat Sen yang memimpin Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu. Di Filipina, Jose Rizal yang memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang Sepanyol juga menggalakkan semangat nasionalisme. Di India, Mahatma Gandhi memimpin gerakan kesedaran kebangsaan untuk membebaskan India daripada British. Di Indonesia, Soekarno yang memimpin Parti Nasional Indonesia menentang Belanda telah merangsang semangat kebangsaan rakyat. Gerakan Islah Mencetus Kesedaran Kebangsaan. Gerakan Islah di Tanah Melayu dibangkitkan oleh golongan pelajar di Timur Tengah. Gerakan Islah atau gerakan pemulihan ialah gerakan yang menyeru orang Islam kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan. Gerakan ini juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan barat di negara Islam Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Idea Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam. Akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara. Antara tokoh pelopor gerakan Islah di Tanah Melayu ialah: Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Haji Abbas Muhammad Taha Syed Syeikh al-Hadi

8.2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.3 1. 2.

3. 4. 5. 6.

7. 8.

Idea Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar. Kaum Tua berpegang kuat kepada adat dan Agama Islam.

8.4 1. 2. 3. 4.

Intelektual Mematangkan Perjuangan. Golongan Intelektual Melayu adalah lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Mereka berganding bahu dengan cerdik pandai agama dan memperjuangkan kesedaran kebangsaan. Mereka menuntut hak orang Melayu dalam ekonomi, pendidikan dan pentadbiran. Antara tokoh Nasionalis berpendidikan Inggeris ialah: Raja Chulan Muhammad Eunos Abdullah Dato Onn Jaafar Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena. Antara akhbar berpengaruh seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu. Akhbar menyuarakan isu social, ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar ini berjaya menyemai semangat kebangsaan. Masyarakat Cina menerbitkan akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News. Masyarakat India dengan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu. Akhbar Cina dan India melaporkan berita tentang kegiatan social dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu dan peristiwa yang berlaku di China dan India. Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif Puisi banyak bertemakan semangat kebangsaan bertujuan menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru merebut peluang ekonomi dan mempertahankan maruah bangsa. Karya Sastera seperti novel turut menimbulkan kesedaran kebangsaan.

8.5 1. 2. 3. 4. 5. 6.

1. 2.

8.6 1. 2. 3. 4. 5.

Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) menggalakkan ahli berperanan dalam politik dan pentadbiran, memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pendidikan dan sebagai wakil orang Melayu. Kongres Melayu Se-Tanah Melayu mewujudkan perpaduan kebangsaan dikalangan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) menggalakkan ahli bertukar-tukar pendapat dan meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bertujuan menanam semangat perpaduan dan kesedaran untuk mempertahankan hak mereka. KMM berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada British.

6.

KMM bercita-cita menubuhkan Melayu Raya.

You might also like