You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI/ 2011

HBML 4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN :

: : : :

700110135158002 700110-13-5158 0138004963 kdarakotot@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

700110135158002

HBML 4103

ISI KANDUNGAN: Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 Persoalan Tugasan 2.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di Dunia. 2.1 Faktor Sejarah 2.2 Faktor Pendidikan 2.3 Faktor Sikap Pengguna Bahasa 3.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu. 3.1 Peranan Pemimpin 3.2 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka 3.3 Peranan Warga Pendidik 3.4 Peranan Sektor Swasta 3.5 3.5 Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS) 4.0 Kesimpulan Rujukan

700110135158002

HBML 4103

ABSTRAK Tugasan HBML 4103 ini telah dilaksanakan dengan memfokuskan kepada persoalan yang dikemukakan iaitu perbincangan mengenai faktor-faktor yang
menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu juga dinyatakan. Dalam pengenalan tugasan dimuatkan sejarah kewujudan dan penemuan bukti penggunaan bahasa Melayu pada zaman dahulu. Juga dimuatkan tentang faktor-faktor penyebab kepada ketidakupayaan bahasa Melayu bersaing dengan bahasabahasa lain di dunia. Faktor-faktor yang dinyakan adalah faktor sejarah,faktor pendidikan dan faktor sikap penutur bahasa itu sendiri. Peranan golongan intelektual untuk menyelamatkan bahasa Melayu agar tetap utuh sehingga akhir zaman juga dinyatakan.

700110135158002

HBML 4103

1.0 Pengenalan Bahasa Melayu adalah anggota terpenting dari kerabat Bahasa Austronesia yang memiliki batasan luas, diluncurkan dari peradaban Asia Timur pada sepuluh ribu tahun yang lalu.Pada abad ke-8, ketika Bede menulis komentarnya dalam Caedmons Hymn to creator dan ketika teks pertama dari Beowulf ditulis dalam bahasa Inggeris Kuno,teks tertua dalam bahasa Melayu bertanggal 682 selesai ditulis di atas batu di Sumatera. Asal-usul bahasa Melayu masih kabur lagi serta memerlukan kajian lanjut dan mendalam.Pada peringkat awal istilah Melayu dikaitkan dengan kerajaan atau kawasan.Ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang banyak merujuk kepada kerajaan atau kawasan tersebut.Penggunaan istiliah Melayu pada peringkat awalnya dapat dikesan sekitar 100 150 Masihi apabila M. Ptolemy menulis dalam bukunya yang berjudul,Geographike Sintaxis,telah menggunakan istilah maleu-kolon, Menurut Gerini,istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu malakurram atau malakolam yang merujuk kepada sebuat tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia,iaitu Tanjung Kuantan. Istilah Melayu juga ditemui dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina yang ditulis pada zaman Dinasti Tang. Catatan yang ditulis dalam tulisan Cina antara tahun 644 hingga 645 Masihi mengandungi istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue. Catatan tersebut menyatakan terdapat utusan dari Mo-lo-yu dihantar ke Negara China untuk mempersembahkan hasil bumi mereka kepada raja China.Para pengkaji berpendapat bahawa Mo-lo-yu ialah sebuah kerajaan yang terletak di Jambi,selatan Sumatera,daerah Palembang. Sejak abad ke-2M lagi, bahasa Melayu purba dikatakan telah pun wujud iaitu di Champa, Vietnam. Pada abad ke-4M, beberapa prasasti atau batu bersurat dalam bahasa Melayu kuno ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Tourane, Vietnam serta beberapa prasasti lagi yang ditemui di abad ke-7M di Sumatera, Jawa, Seberang Perai, Kedah, selatan Thailand, Filipina, Vietnam dan Kalimantan.

700110135158002

HBML 4103

1.1

Persoalan Tugasan

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Ia juga merupakan salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil Bahasa Indonesia, manakala di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina,Kemboja,Vietnam,Sri Langka dan Afrika Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, Penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta bersama penutur Bahasa Indonesia dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasabahasa di dunia selepas Manderin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Hindi atau Bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan seramai 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Dengan statistik yang dikemukakan berupayakah Bahasa Melayu bersaing dengan bahasa lain di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu?

2.0

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya

Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di Dunia. Faktor merupakan unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. .Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. .Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 pula menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan5

700110135158002

HBML 4103

urutan bunyi.Manakala Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangannya yang tersendiri. Bahasa Melayu merupakan lingua Franca terutamanya di daerah Kepulauan Melayu apabila orang-orang Eropah datang ke nusantara. Ini terbukti dengan catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah. Namun setelah banyak persaingan daripada pelbagai sudut, Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabakan Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Di antara fakto-faktorrnya adalah: i. ii. iii. Faktor sejarah Faktor pendidikan Faktor sikap pengguna bahasa 2.1 Faktor sejarah Sejarah juga merupakan salah satu penyebab kepada Bahasa Melayu hilang upaya dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia.Ini berlaku kerana pertembungan dengan pelbagai bahasa lain yang dibawa oleh pedagang-pedagang asing seperti pada zaman kedatangan agama Hindu Bahasa Melayu telah bertembung dengan bahasa Sanskerta yang mengakibatkan pengambilan banyak bahasa Sanskerta ke dalam Bahasa Melayu. Pada zaman kedatangan Islam pula,Bahasa melayu telah bertembung dengan bahasa Arab. Pengaruh bahasa Arab pada Bahasa Melayu amat besar sekali. Perkataanperkataan Arab telah diambil masuk ke dalam Bahasa Melayu. Berbagai perubahan telah berlaku dalam tempoh seratus tahun penjajahan British di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka membawa masuk orang-orang Cina dan India yang mewujudkan perubahan daripada segi politik,social dan budaya.British juga telah 6

700110135158002

HBML 4103

membawa masuk sekolah sekular moden dan membuka sekolah-sekolah Inggeris yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris.Sekolah-sekolah Melayu juga dibuka tetapi hanya berakhir pada peringkat rendah dan memakan masa enam tahun sahaja. Berbeza dengan sekolah Inggeris yang berkhir di peringkat universiti. Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan bahasa Tamil mendapat sambutan yang tinggi semasa penjajahan British. Bahasa Inggeris telah mendapat penutur-penuturnya melalui sekolah-sekolah aliran Inggeris yang menjajnjikan peluang pekerjaan yang luas.Bahasa Cina dan bahasa Tamil telah bertambah bilangan penuturnya kerana British membawa masuk lebih ramai orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu. Bahasa Melayu telah jatuh taraf dan statusnya dalam zaman British. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa perantaraan yang mutlak di kalangan perbagai kaum di Tanah Melayu. Dalam zaman British, Bahasa Melayu telah disaingi bahasa-bahasa asing buat pertama kalinya. Sehingga kini bahasa Inggeris masih lagi disanjung oleh sebilanagn penutur Melayu sendiri.

2.2 Faktor pendidikan Berdasarkan realiti dalam bidang pendidikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah semakin tergugat sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa di IPTA dan IPTS yang mula berubah. Kedudukan dan usaha untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi tumpuan melalui pelbagai program yang dirangka tetapi aspek untuk memperkasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dinyatakan secara langsung. Sekiranya usaha-usaha ini dilakukan nescaya sekurang-kurangnya kelemahan-kelemahan dalam penggunaan bahasa dan sikap memandang rendah terhadap Bahasa Melayu dapat dibendung sejak peringkat sekolah lagi. Pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah juga telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Kedudukan Bahasa Melayu 7

700110135158002

HBML 4103

sebagai bahasa sains dan matematik terjejas dengan pelaksanaan dasar ini. Semua mata pelajaran sains dan matematik dari peringkat pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi telah diajarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Akibatnya, pelaksanaan dasar ini menjadikan peranan Bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi pendidikan tinggi sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, perubahan dasar bahasa di peringkat IPT juga telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketaranya di peringkat pendidikan tinggi: Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di IPTA dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPTS. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus IPT luar Negara. 2.3 Faktor sikap pengguna bahasa Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan berhadapan dengan cabaran baharu pada awal abad ke-21. Secara tidak disedari arus globalisasi turut melunturkan keyakinan masyarakat, termasuk orang Melayu sendiri terhadap bahasanya sendiri. Kelunturan keyakinan ini akhirnya membawa kepada kelunturan rasa hormat terhadap bahasa sendiri. Ini dapat dilihat pada penggunaan bahasa rojak dalam situasi rasmi, dan bahasa 8

700110135158002

HBML 4103

kebangsaan tidak lagi diutamakan di tempat awam. Di samping itu, majlis rasmi negara cenderung mengutamakan bahasa Inggeris walaupun khalayak yang hadir ialah orang Malaysia yang memang fasih berbahasa Melayu. Bahkan media penyiaran turut merosakkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dengan menggunakan cogan kata yang separuh belut separuh ular. Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi dipersoalkan. Kenyataan sedemikian diluahkan oleh Naib Canselor, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, memperlekehkan bahasa Melayu dan pelajar Akademi Pengajian Melayu (APM). Benarkah bahasa Melayu di IPT umpama Melukut di Tepi Gantang? Bahasa Melayu dan APM didakwa menjadi punca kegagalan UM untuk termasuk dalam senarai antara 100 universiti terbaik. Masyarakat kurang yakin terhadap Bahasa Melayu sehingga ramai berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai penyambung lidah antara bangsa-bangsa yang berlainan.Masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.. Sifat cinta akan bahasa sendiri perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. 3.0 Peranan Golongan Intelektual Untuk Memperkasa Bangsa Malaysia Melalui Bahasa Melayu. Ali Shariati dalam bukunya On Sociology of Islam menegaskan golongan intelektual bukan sekadar ilmuan tetapi juga bertanggungjawab untuk memperbaiki masyarakat untuk menunaikan cita-cita mereka.Syed Hussien al-Attas dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun menjelaskan bahawa intelektual hanyalah sekumpulan kecil masyarakat yang mampu mencapai taraf keintelektualan. Menurutnya 9

700110135158002

HBML 4103

golongan intelektual adalah orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukannya kebendaan dengan menggunakan akal fikirannya. 3.1 Peranan Pemimpin Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, dan mahkamah tengah.Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai berkata Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP mendenda pencemar bahasa di negara ini. 3.2 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka

10

700110135158002

HBML 4103

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibat perkembangan era globalisasi yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam rutin harian setiap masyarakat. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk Membina Bangsa". Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha memperkaya Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya.Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan menerbitkan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu. Selain itu,Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa Melayu terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang digunapakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri 11

700110135158002

HBML 4103

daripada 159 guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa.

3.3

Peranan Warga Pendidik Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk

memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Melayu. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui pendidikan bahasa. 3.4 Peranan Sektor Swasta Peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Melayu amatlah dialualukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papanpapan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan katakata bahasa Melayu yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia. 3.5 Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

12

700110135158002

HBML 4103

Institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu. Institusi Pengajian Tinggi perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Melayu dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan generasi masa ini. 4.0 Kesimpulan Bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah, maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.Pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib sama ada pihak kerajaan mahupun masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat terutamanya bangsa Melayu. Malahan setiap perancangan tidak harus sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif. Ini dapat dilihat bagaimana langkah kerajaan membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang diumumkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu (1989: 43). Oleh itu, inisiatif sebegini perlu diteruskan. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari dengan Wawasan 2020. Selain itu, bangsa Malaysia juga dapat dimartabatkan melalui bahasa Melayu.

13

700110135158002

HBML 4103

JUMLAH PERKATAAN 2768

RUJUKAN Mohd Salleh Majid, 1997. Peranan Agensi-agensi Swasta dalam Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan bahasa Melayu VIII. (8 9 Oktober). Musa Mohamad, Datuk. 1984. Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi. Kertas Kerja Kongres Bahasa &Persuratan Melayu keempat. Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan PenakatanTamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Mohd Salleh Majid, 1997. Peranan Agensi-agensi Swasta dalam Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu. Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan bahasa Melayu VIII. (8 9 Oktober 2005 .Bahasa Melayu, Bahasa Dunia- Sejarah Singkat/James T Collons; ed. 1- Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd. Dain,1982. Pembinaan Bahas Melayu,Perancangan Bahasa Di Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Dr. Putri Roslina Abdul Wahid ,2010. HBML 4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan. Arkib Negara. 2010. Persada Kegemilangaan Bahasa Melayu (http://www.arkib.gov.my/persada_bahasa) capaian pada 19.6.2011 Mamaaina.2007. Sejarah Bahasa Melayu (http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/2007/07/31/sejarah-bahasa-melayu/ capaian pada 19.6.2011 Sharifah Nor syed Abdul Rahman,Nornajmah Narmuddin dan Rosdah Omar.2006.STPM

14

700110135158002

HBML 4103

Pra U,Bahasa Malayu Kertas 1 dan 2,Teks Dan Rujukan Lengkap. (http://books.google.com.my/books? id=prdmaniiPmYC&pg=PT26&dq=sejarah+bahasa+melayu&lr=&cd=12#v=onepage&q =sejarah%20bahasa%20melayu&f=false) Capaian pada 23.6.2011 Masyitah.Jangan Malu Guna Bahasa Melayu: Berita Harian 17 April 2006

15

You might also like