You are on page 1of 1

PENGENALAN Program Transisi Prasekolah ke Tahun satu akan dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan Tahun Satu.

Program ini merupakan pengisian untuk tempoh kanak-kanak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan pembelajaran yang berbeza daripada alam pendidikan di Prasekolah,tadika ataupun di rumah.Dengan itu Program Transisi adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang baru masuk sekolah menghadapi perubahan kea lam pendidikan yang lebih formal.

OBJEKTIF Pada akhir program ini: 1. Kesinambungan pembelajaran di tadika/prasekolah ke tahun satu dapat dicapai. 2. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang dating dari pelbagai latar belakang bergaul di antara satu dengan lain. 3. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid berkenalan dengan guruguru dan rakan-rakan. 4. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran secara formal menerusi Program Transisi. 5. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa dan persekitaran sekolah. 6. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan yang lebih formal.

You might also like