You are on page 1of 6

Bincangkan dan beri pandangan tentang cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR & PMR.

Pada 21 Jun 2010 yang lalu, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyuddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian akan memansuhkan UPSR dan PMR. Cadangan itu berikutan untuk melaksanakan strategi pendidikan yang selari dengan matlamat asal kurikulum sekolah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia(NUTP) Loke Pheng berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu tetapi dengan syarat mempunyai kaedah lain untuk menilai prestasi pelajar. Menurut beliau langkah itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh pelajar dan mengelakkan mereka dan guru hilang tumpuan. Ketika ini masih banyak persoalan mengenai kebaikkan dan keburukkan pemansuhan UPSR dan PMR dibincangkan.

Pada pendapat saya, pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja membawa kebaikkan kepada kita, malah ia juga meninggalkan kesan buruk di kalangan pelajar. Cadangan pemasuhan ini baik kerana dapat menjimatkan kos perbelanjaan negara. Ini kerana pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji bagi peggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak lagi diperlukan. Dengan ini kerajaan dapat menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setaip tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan

terpaksa dari luar negara. Oleh itu, kerajaan dapat menjimatkan kos dengan pemansuhan UPSR dan PMR.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan dapat mengurangkan tekanan pelajar terhadap pelajaran. Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Dan pelajar hanya perlu mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia( SPM ) yang tempoh masa belajarnya hanya sebelas tahun sejak dari tahun satu hinggalah tingkatan lima. Hal ini dapat meringankan bebanan pelajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan. Ini kerana para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan untuk menghabiskan silibus. Para guru juga boleh lebih fokus untuk menyelesaikan masalah defisit pembelajaran seperti program 3M, disiplin pelajar dan sebagainya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga yang mahu para pelajar serba boleh turut akan dapat capai, termasuk hasrat kerajaan untuk memiliki modal insan bertaraf dunia. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar.

Dengan ini, pelajar dapat meluangkan masa untuk menyertai kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. Permainan bola sepak,

hoki ,rakbi dan sebagainya turut menjadi pilihan utama. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa.

Perkara ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakkan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan. Kelas tambahan akan menyebabkan murid penat dan tidak dapat menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu jelasnya bahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepada kita, malah turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR dan PMR akan megurangkan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Ini kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun dan kemungkinan besar pelajar tidak dapat ingat semua subjek yang belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka data akan menunjukkan pola yang merosot.

Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan yang pertama dalam UPSR di peringkat sekolah rendah dan SPM di sekolah menengah. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk menduduki peperiksaan SPM.

Selain itu, pemansuhan UPSR dan PMR turut menjejaskan penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Ini kerana , guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian biasa yang mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Ini secara langsung akan membantutkan perkembangan pelajaran pelajar.

Penilaian perkembangan prestasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan prestasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai perkembangan prestasi pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pula juga memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Ini kerana PMR merupakan peperiksaan yang penting bagi menentukan aliran bakal dibelajar oleh pelajar.Dengan itu, jelasnya peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan prestasi.

Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangakan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja

mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan usaha mereka. Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai prestasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya, pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya bersaing bagi meningkatkan prestasi.

Ketiadaan peperiksaan UPSR dan PMR juga boleh menjadi alasan pelajar yang ponteng sekolah dan malas untuk belajar. Bagi pelajar sekolah rendah yang semangat hadir ke sekolah,pasti suatu hari nanti mereka akan terasa sesak dan seolah-olah belajar tanpa tujuan. Maka tidak hairanlah apabila mereka lebih mengutamakan perkara lain seperti menghadiri kenduri, mengunjungi pusat beli belah dan seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan UPSR dan PMR.

Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya diuji dalam ujian bulanan biasa sahaja sebaliknya bukan lagi penting untuk kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR sekiranya kedua-dua peperiksaan awan itu dimansuhkan. Pelajar juga tidak mementingkan kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan terhadap perkara lain. Oleh itu, jelasnya pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat atau mengekalkan dalam kalangan pelajar.

Walaubagaimanapun, keputusan memansuhakan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi.

DISEDIAKAN OLEH: SANGEETHA NARAYANAN NO MATRIC: 807867

You might also like