seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah batal setakat itu dan ianya dikecualikan sekiranya seseorang yang menjual nama baik sesuatu perniagaan boleh berjanji dengan pembeli supaya tidak menjalankan perniagaan yang serupa dalam had tempatan tertentu, selama pembeli, atau mana-mana orang yang menerima hak punya nama baik itu daripadanya, menjalankan perniagaan serupa dalam had tempatan itu: Dengan syarat bahawa had sedemikian itu nampak munasabah oleh Mahkamah, dengan mengambil perhatian kepada jenis perniagaan itu.(E) Seksyen 29 – Perjanjian halang tindakan undang-undang adalah batal – Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian itu dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak di bawah atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazimnya di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau menghadkan masadalam mana ia boleh menguatkuasakan hak-haknya, adalah batal setakat itu dan ianya dikecualikan sekiranya:-1. Ianya tidak boleh mengetaksahkan suatu kontrak, di mana dua orang atau lebihbersetuju untuk merujukkan kepada timbangtara setiap pertikaian yang timbul antara mereka mengenai sesuatu perkara atau suatu kelas perkara, dan hanya jumlah wang yang diawardkan oleh timbangtara itu boleh didapatkan mengenai pertikaian yang dirujukkan itu.2. Ianya juga tidak boleh mengtaksahkan mana-mana kontrak bertulis dengan mana dua orang atau lebih bersetuju merujukkan kepada timbangtara mana-mana persoalanyang telah timbul antara mereka, atau menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai rujukan kepada timbangtara.3. Ianya juga tidak mengtaksahkan mana-mana kontrak bertulis di antara Kerajaandan sesiapapun mengenai hadiah biasiswa yang diberi oleh Kerajaan dan yang menetapkan bahawa budibicara yang dilakukan oleh Kerajaan menurut kontrak itu adalahmuktamad dan tak ganjak dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah.(F) Seksyen 30 – Perjanjian adalah batal kerana ketaktentuan – Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tertentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal.Kesimpulannya pada keseluruhannya bahawa kaum-kaum kapitalis mengaut keuntungan brerlipat ganda atas kejahilan dan/atau kedaifan anda mengenai perundangan dan mengakibatkan anda bertanggungan atas kejahilan anda.Sepertimana yang termaktub di dalam Akta Kontrak 1950, terdapat dibeberapa seksyen di dalam Atka tersebut yang boleh membatalkan atau menjadikan perjanjian dan/atau kontrak itu batal tetapi sebagai rakyat biasa anda tidak mampu untuk membiaya kos guaman dan /atau tidak berkeupayaan untuk menyangkalnya.Oleh itu, cara yang terbaik bagi anda adalah dengan mengelak dan/atau menangguhkan pembayaran hutang yang anda bertanggungan. Adalah lumrah bahawa pihak-pihak yang menuntut hutang mengggunakan khidmat syarikat pengutip hutang.Mereka akan menggunakan berbagai cara untuk mengutip hutang dan pada kebiasaannya mereka akan mengugut anda melalui telefon dengan berbagai ugutan, diantaranyamereka mengatakan sekiranya anda gagal membayar hutang, anda akan dipenjara, wang simpanan KWSP anda akan dikeluarkan, gaji anda akan dipotong, akaun anda di bank dibekukan, nama anda akan disenarai hitamkan, anda akan dimufliskan, rumah anda akan disita rumah dan lain-lain ugutan.Anda dinasihatkan bahawa sekiranya anda berada dalam situasi sedemikian, anda tidak perlu melayan kerenah mereka dan anda jangan memberikan alamat rumah dan pejabat sekiranya mereka memintanya.Adalah diingatkan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang ada membolehkan seseorang yang gagal membayar hutang boleh dipenjarakan, wang KWSP dikeluarkan, gaji dipotong dan wang dalam akaun di bank dipotong dan dibekukan.Jalan keluar yang boleh diambil bagi pihak yang memberi pinjaman atau hutang adalah dengan cara menyenarai hitamkan nama anda, memfuliskan anda sekiranya hutanganda melebehi RM30,000.00 dan menyita dan menjual harta alih (perabut, tv, petiais, mesin basuh dll), selain daripada nama disenarai hitamkan, ianya dengan melalui proses pengutipan hutang yang dibenarkan oleh undang-undang.Diperturunkan bagaimana anda patut lakukan (jika hutang tanpa cagaran seperti tanah, rumah, saham dan lain-lain cagaran) sekiranya anda berhadapan dengan situsisebegini:-1. Apa sepatutnya anda lakukan sekiranya anda menerima surat tuntutan daripada p