Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
53Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TUGASAN HARIAN 2012

TUGASAN HARIAN 2012

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 28,713|Likes:
Published by Seng Kin

More info:

Published by: Seng Kin on Feb 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/28/2014

pdf

text

original

 
TUGASAN HARIAN 5
Tanah yang diurus dengan baik banyak membawa maanfaat kepada alam sekitar dan penghuninya. Oleh itu, manusia haruslah mengamalkan nilai-nilai murni di bawah untuk menguruskan tanah dengan bertanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama.Manusia haruslah mengamalkan
nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
, iaitu
memelihara alam sekeliling
supaya dapat mengelakkan ancaman pencemaran tanah. Sebagaicontoh, manusia tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara tanah yang dicintai. Selain itu, nilai ini boleh membolehkanmanusia untuk mendidik diri masing-masing bagaimana caranya untuk 
memulihara alamsekeliling
. Sebagai contoh, manusia telah menggalakkan kerajaan untuk menebus tanah yangtelah terbiar di kawasan lombong untuk dijadikan lading hutan supaya dapat mengekalkankewujudan flora dan fauna di situ.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar
 juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalamkalangan manusia, iaitu sikap yang
prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
agar dapatmenghargai dan menyedari kepentingan menjaga tanah yang emas ini. Sebagai contoh, manusiasentiasa memastikan kualiti tanah dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraanmereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan manusia untuk 
berusaha menyelesaikan
sebarang konflik tanah yang sedang dihadapinya supaya dapatmengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, manusia sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti penebangan hutan di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yang akan datang.Manusia juga haruslah mempunyai
nilai keharmonian antara manusia dengan alamsekitar
, iaitu sikap
saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekililing
agar dapat menjamin tanah yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh,
 
manusia sering mengguna semula dan mengitar semula supaya dapat mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses serta mengurangkan kadar pembuangan sisa-sisa bahan yangdigunakan di rumah. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan
kualiti kehidupan terpelihara
agar manusia pada masa depan boleh menikmati keindahan tanah yang telah dijaga dan dirus denganteliti. Contohnya, manusia memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang sampah merata-rata dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkantanah.
 
TUGASAN HARIAN 6
Arus pembangunan yang pesat menyebabkan nasib kaum wanita turut berubah. Kini, kaumwanita telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Mereka telahmencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan. Ini adalah hasil daripada pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan harus meneruskan peranannya dalammengangkat martabat kaum wanita dengan mengamalkan beberapa nilai di bawah.Kerajaan harus menerapkan
nilai menghormati hak wanita
dalam dasarnya, iaitu amalan
melindungi wanita
supaya kaum wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam pembangunan negara kerana pihak kerajaan percaya bahawa potensi kaum wanita adalahsetanding dengan kaum lelaki. Tambahan pula, amalan nilai ini mendidik pihak kerajaan agar 
mengiktiraf wanita
sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunankeluarga, masyarakat dan juga negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan memberi peluang kepadakaum wanita untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara khususnya dariaspek pendrafan undang-undang, seperti yang diperkatakan dalam Dasar Wanita Negara.Di samping itu, pihak kerajaan harus menanamkan
nilai keadilan
dalam pelaksanaandasarnya, iaitu mengambil
tindakan dan keputusan yang saksama
terhadap kaum wanitaseperti yang diberikan kepada kaum lelaki bagi menjamin keseimbangan hak wanita dan lelaki.Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar sekiranya ia mendapatisebarang hal-hal yang membawa kepada ketidakseimbangan kuasa antara kaum wanita danlelaki. Pihak kerajaan juga patut melaksanakan
tindakan dan keputusan yang tidak beratsebelah
supaya kaum wanita dan kaum lelaki mendapat hak dan layanan yang sama rata.Sebagai contoh, pihak kerajaan telah meletakkan banyak usaha dalam sistem kehakiman supayadapat menegakkan keadilan dan memastikan golongan wanita dan golongan lelaki mendapat pembelaan yang sewajarnya.Kerajaan perlu mempunyai
nilai bertanggungjawab
bukan sahaja terhadap kaum lelaki,malah terutamanya kaum wanita. Pihak kerajaan haruslah sanggup
memikul tugas
sebagai pihak yang sebenar dengan mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, terutamanya peraturan dalam Dasar Wanita Negara. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia akan melaksanakantugasnya dengan mengikuti arahan yang telah ditetapkan dan tidak mengingkarinya. Di sampingitu, pihak kerajaan haruslah mempunyai
kesanggupan untuk melaksanakan tugas sertakewajipan dengan sempurna
supaya dapat menjamin masa depan kaum wanita yang cerah.Sebagai contoh, pihak kerajaan perlulah bijak mengekalkan hak wanita dalam masyarakat.
 
TUGASAN HARIAN 7
Di Malaysia, rakyat boleh menganuti agama lain walaupun agama rasmi negara ialah agamaIslam. Kerajaan bertindak demikian mengikut Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kerajaanMalaysia harus mengamalkan nilai-nilai di bawah.Kerajaan Malaysia harus menanamkan
nilai kebebasan beragama
dalam pentadbirannya
 
supaya rakyat jelatanya yang pelbagai kaum bebas menganut dan mengamalkan ajaran agamamasing-masing. Pihak kerajaan haruslah membolehkan rakyat untuk 
bebas menganuti
agamamasing-masing supaya rakyat jelata dapat menyambut pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun.Sebagai contoh, masyarakat India juga menyabut pesta menuai yang biasanya disambut olehsuku kaum Kadazan di Sabah. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membenarkan rakyatnya untuk 
bebas mengamalkan
tuntutan agama masing-masing. Contohnya, setiap kumpulan agama yangterdapat di Malaysia berhak menguruskan hal-hal ehwal agama mereka sendiri dan jugadibenarkan menubuhkan serta menyelenggarakan yayasan bagi maksud agama atau khairat.
Nilai sikap keterbukaan
 juga merupakan nilai yang harus diterapkan oleh kerajaanMalaysia. Pihak kerajaan harus bersedia
memberi pandangan, pembahuruan dan kritikan
dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasamemberi idea dan cadangan yang pelbagai dalam dasar keagamaan agar rakyat jelatanya dapat bebas menganuti agama yang disukainya. Tambahan pula, nilai ini membolehkan pihak kerajaanMalaysia mendidik diri agar 
menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan
daripada pihak-pihak luar, terutamanya rakyatnya. Sebagai contoh, kerajaan sentiasa bersikap terbukaketika mengendalikan hal-hal yang berasaskan keagamaan dan bertungkus lumusmembaikpulihkan dasar pentadbirannya dari segi keagamaan selepas menerima kritikan daripadarakyat jelata.Di samping itu,
nilai toleransi
harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia dengan mengamalkansikap
bertolak ansur
dalam pelaksanaan dasar keagamaan untuk kesejahteraan rakyatnya.Sebagai contoh, kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebahagiaan dan keselesaan hiduprakyatnya dengan menjamin kemakmuran agama-agama yang terdapat di dalam kalanganmasyarakat Malaysia supaya rakyat jelata dapat menganuti agama masing-masing dengan penuhkegembiraan. Selain itu, pihak kerajaan Malaysia juga harus bersikap
sabar
dalam menanganisebarang konflik yang berkaitan dengan hal keagamaan dengan mencari penyelesaian yangsesuai. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengambil masa yang ada untuk fikir masak-masak tentang cara untuk menangani pertelingkahan yang melibatkan dua agama yang berlainan.

Activity (53)

You've already reviewed this. Edit your review.
sakuraen liked this
Pavanta Alahan added this note|
where is the kesimpulan?
GamenChan liked this
Presant Raj added this note|
this will be helpful 2every one . 10q so much .......
1 thousand reads
1 hundred reads
Rashvinder Kaur liked this
Dominic McGuire liked this
Dominic McGuire liked this
Rashvinder Kaur liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->