You are on page 1of 21

Roslinda Mustapha Jabatan Asas Pendidikan Roslinda.m@fskpm.upsi.edu.

my

Hasil Pembelajaran
Pelajar-pelajar memahami maksud penilaian terhadap kanak-kanak Mengetahui kepentingan penilaian kepada kanak-kanak Menyenaraikan kaedah membuat penilaian terhadap kanak-kanak.

Pengenalan
Penilaian terhadap kanak-kanak bermaksud proses untuk mendapatkan maklumat bagi membuat keputusan berkaitan dengan kanakkanak tersebut. Untuk mendapatkan penilaian yg tepat, ia hendaklah dilakukan secara sistematik dan berdasarkan kpd aktiviti harian kanak-kanak. Penilaian juga adalah sebahagian drp proses P & P yg melibatkan proses pengumpulan maklumat ttg perkembangan dan kemajuan murid.

Proses penilaian yg komprehensif perlu mengambilkira perkara-perkara berikut: kanak-kanak sebagai individu / sebagai ahli kumpulan. Falsafah dan kurikulum yg diamalkan. Program pengayaan / pemilihan yg dijalankan. Tujuan penilaian dibuat. Kaedah yg digunakan samada formal / pun tidak formal.

Kepentingan membuat penilaian


1) Untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak. 2) Untuk membuat laporan tentang kanak-kanak kepada ibubapa / penjaga. 3) Menegaskan perkembangan murid secara menyeluruh. 4) Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

5) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. 6) Mengesan keberkesanan pengajaran. 7) Merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan murid. 8) Menjalankan tindakan susulan yg sesuai serta merta.

Cadangan Langkah-langkah
Merancang Menentukan hasil pembelajaran Senarai semak Membina indikator Melaksana penilaian: -Pemerhatian tingkahlaku - Pemerhatian interaksi / pertuturan - Hasil kerja murid Merekod Menganalisis maklumat melapor Tindakan susulan aktiviti pengayaan Sudahkah murid menguasai Pelajaran / kemahiran baru Tindakan susulan aktiviti bimbingan

Kaedah membuat penilaian terhadap kanak-kanak Pemerhatian


Kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kanak-kanak atau mengesan tingkah laku sebenar kanak-kanak dengan cara memerhati kanak-kanak secara sistematik. Terdapat 2 jenis pemerhatian:
Pemerhatian semulajadi (naturalistic obsevation). Pemerhatian berstruktur (structured observation).

1) Pemerhatian Semulajadi Guru memerhati tingkah laku kanak-kanak secara tidak ketara dalam keadaan semulajadi tanpa mengubah persekitaran asal kanak-kanak. Setiap tingkah laku kanak-kanak akan dicatat mengikut masa ia dilakukan. Cth: memerhati tingkahlaku kanakkanak semasa bermain pondokpondok, jual beli etc.

2) Pemerhatian berstruktur Pengkaji memerhati tingkah laku kanak-kanak secara teratur mengikut prosedur-prosedur tertentu dalam keadaan / setting yang disediakan secara sengaja untuk membangkitkan tingkah laku tertentu yg ingin diperhatikan. Pemerhatian boleh dilakukan di dalam makmal (secara experimental) atau dalam persekitaran semulajadi seperti di rumah atau sekolah (secara kuasi-eksperimental)

Cth: memerhati tingkahlaku kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti seperti :


i berlari sambil melompat. ii menyelesaikan masalah bersama rakan. iii membuat kolaj dalam kumpulan.

3) Pemerhatian terhadap hasil kerja murid.


Contoh hasil kerja murid yg diperhatikan adalah seperti: Lukisan Tulisan Buku skrap Kraftangan Buku kecil Hasil lukisan, mewarna / lakaran kanakkanak.

Cara merekod pemerhatian


1) anekdot rekod catatan ringkas tentang peristiwa penting yg berlaku. 2) running recods catatan tentang aktiviti rutin yg dilakukan oleh kanak-kanak secara individu / berkumpulan. 3) Buku log catatan berterusan tentang perkembangan kanak-kanak secara individu untuk tempoh tertentu, misalnya sebulan / setahun.

4) Jurnal catatan yg dibuat oleh guru dalam buku nota / diari guru pada setiap akhir sesi pengajaran supaya guru dapat membuat refleksi tentang apa yg berlaku pada hari tersebut. 5) Senarai semak satu senarai tingkahlaku atau aktiviti yg ingin diperhatikan. Penyediaan senarai semak akan membantu memudahkan proses pemerhatian terhadap tingkahlaku kanak-kanak. 6) videotape, audiotape penggunaan alat elektronik bagi merakam aktiviti / tingkahlaku kanak-kanak.

Contoh senarai semak aktiviti yg dilakukan oleh kanak-kanak


Kanak- Bermain Membaca melukis menari kanak blok buku Aishah Siti Amin Luqman

Contoh Borang Pemerhatian


Borang Pemerhatian Nama kanak-kanak : Umur : Tarikh pemerhatian : Lokasi : Nama guru : Tujuan Pemerhatian : ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ Nota : ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________

Kesimpulan
Terdapat pelbagai bentuk penilaian yg boleh dilakukan utk menilai tingkah laku kanak-kanak. Setiap kaedah penilaian, mestilah bersesuaian dgn objektif yg hendak dicapai. Maklumat dr hasil penilaian akan dapat digunakan oleh guru bg memperbaiki tingkah laku kanakkanak dan meningkatkan kualiti P&P.

You might also like