You are on page 1of 19

PENGENALAN Setiap tahun kerajaan akan membentangkan perancangan dan peruntukan dalam setiap bidang bagi memastikan setiap

pembangunan dan kemajuan negara dapat di capai. Ini adalah sebahagian daripada fungsi dan tugas kerajaan selaian daripada memastikan keamanan dan kemakmuran negara. Taraf sosioekonomi rakyat juga adalah satu cabang yang penting kepada kerajaan. Ini adalah kerana dengan adanya peningkatan dalam taraf sosioekonomi, sekaligus perkembangan ekonomi dan kemasukan pelabur asing juga menggalakan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu meningkatkan semua kemudahan infrasrtuktur bagi merealisasikan segala keperluan dan kehendak rakyat seperti sekolah, jalan raya, hospital dan kemudahan-kemudahan lain. Perancangan untuk kepentingan rakyat ini di adakan dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelima dan juga pembentangan belanjawan. Belanjawan negara adalah proses yang di bentangkan setiap tahun dalam bulan September atau Oktober. Sejumlah dana akan di peruntukan bagi setiap sektor mengikut keperluan masing-masing bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi yang terlibat. DEFINISI BELANJAWAN Terdapat pelbagai definisi dan penerangan yang dapat menerangkan maksud belanjawan. Menurut Perbendaharaan Negara, belanjawan di definisikan sebagai satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Belanjawan bukan sahaja merupakan satu perancangan untuk pentadbiran kerajaan tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kedudukan ekonomi sesebuah kerajaan di samping member kesan kepada semua aktiviti sektor kerajaan, menurut Ibrahim Thamby Chek dan Rosli Samat (2006). Dalam Thamby Chek dan Rosli Samat (2006), menyatakan bahawa Freeman dan Shurulders (1999) mendefinisikan belanjawan sebagai satu proses pengagihan peruntukan sumber yang kekurangan (scarcity resources) untuk memenuhi permintaan yang tidak terhad di mana ia melibatkan operasi kewangan dalam jangkamasa yang spesifik. Perancangan yang

hendak dilaksanakan perlu mengandungi maklumat yang jelas seperti jumlah, dan jenis cadangan perbelanjaan , matlamat atau tujuan dan bagaimana pembiayaan projek di peroleh. Berdasarkan definisi yang telah di nyatakan, belanjawan negara mempunyai lima tujuan asas, iaitu: i. ii. iii. iv. v. Perancangan Perhubungan dan koordinasi Peruntukan sumber atau dana Pengawalan keuntungan dan pengoperasian Pengukuran prestasi kemajuan dan penyediaan insentif.

Perancangan adalah asas bagi belanjawan. Ianya bertujuan untuk menyenaraikan segala keperluan yang di perlukan oleh setiap sekotr bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh mereka. Dengan perancangan yang baik, dana yang diperlukan dapat di gunakan sebaiknya dan di harapkan tiada pembaziran yang akan berlaku. Bagi perhubungan dan koordinasi pula, belanjawan digunakan untuk menjayakan perhubungan dan mengoordinasi segala perancangan yang telah di gariskan. Dengan belanjawan yang telah diperuntukan, dana yang ada dapat menghubungkan sektor terbabit dengan sektor lain secara tidak langsung bagi mencapai matlamat. Sumber atau dana juga merupakan asas belanjawan. Kerajaan akan menentukan sumber atau dana yang perlu diperoleh bagi memantapkan belanjawan negara. Sumber atau dana itu merupakan pendapatan negara yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Jika tiada peruntukan dana atau sumber, maka kelancaran perbelanjaan negara akan tergugat dan proses untuk meningkatkan taraf sosioekonomi juga akan terjejas. Melalui sumber atau dana yang diperoleh, maka akan wujud keuntungan. Keuntungan yag diperoleh perlu di kawal bagi memastikan ia dapat di gunakan dan di agihkan pada tempat yang sepatutnya bagi sistem pengoperasian. Setelah melalui empat asas yang utama, dan dana yang telah di belanjakan, dengan itu pengukuran prestasi akan di lakukan dan penyediaan insentif perlu bagi meningkatkan produktiviti selain daripada sebagai salah satu cara penghargaan.

KEPENTINGAN BELANJAWAN Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil. Di Malaysia, belanjawan memainkan peranan penting dan utama dalam menjana atau memulihkan kegawatan ekonomi negara, menghadapi cabaran ekonomi global dan juga mengatasi kekusutan ekonomi domestik. Menurut Prof. Dr. Jamal Ali dalam laman blog beliau menyenaraikan beberapa kepentingan belanjawan kepada ekonomi negara iaitu: i. ii. iii. iv. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap. Pertumbuhan ekonomi Mencapai kestabilan harga Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara

Ke arah Pengurusan Ekonomi Yang Cekap. Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan. Pertumbuhan Ekonomi Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat 3

perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Mencapai Kestabilan Harga Kestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. Hasil daripada kekukuhan ekonomi, peningkatan pendapatan berlaku. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan, harga barangan akan meningkat (ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). Ini memberikan satu kesan yang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara. Mekanisme Pengagihan Yang Lebih Setara Pengagihan peruntukan perlulah bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Untuk mengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut, kerajaan perlu membuat dasar belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kaya kepada golongan yang miskin.

FUNGSI BELANJAWAN Belanjawan dapat berfungsi sebagai suatu alat dasar pengurusan sosioekonomi negara. Fungsi berkenaan di bahagikan kepada dua kategori iaitu: i. ii. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal. Belanjawan sebagai alat pengurusan.

Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal Merupakan satu dasar kewangan kerajaan yang bertujuan untuk mencapai matlamat membangunkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan yang berkesan. Ia adalah untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut: i. Fungsi Peruntukan Kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan kepada rakyat.

ii.

Fungsi Agihan Mengagihkan hasil dan perbelanjaan negara secara adil mengikut keperluan bagi merapatkan jurang ekonomi.

iii.

Fungsi Penstabilan Menstabilkan ekonomi melalui kawalan harga, penggangguran dan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi.

Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan Sebagai alat pengurusan, belanjawan adalah merupakan alat untuk merancang kewangan dan menguruskan kewangan. Peranan belanjawan sebagai alat pengurusan merangkumi: i. ii. iii. Alat mengurus sumber kewangan Dokumen kawalan belanjawan dan kewangan Alat pengukur prestasi

KOMPONEN-KOMPONEN BELANJAWAN Dua komponen dalam belanjawan adalah Hasil Negara dan Perbelanjaan Negara. Hasil Negara Hasil meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan lain-lain hasil. Hasil ini di gunakan untuk menampung dan membiayai sebahagian besar kegiatan kerajaan, terutama sekali untuk meyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup rakyat. Tiga peringkat hasil iaitu : i. Hasil Kerajaan Persekutuan Hasil yang di kutip oleh kerajaan persekutuan terbahagi kepada empat kategori iaitu hasil cukai yang merupakan bayaran wajib yang dikenakan ke atas urus niaga, pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan. Dua jenis cukai yang di pungut oleh kerajaan persekutuan ialah cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Kategori kedua pula ialah hasil bukan cukai yang di kutip daripada perkhidmatan yang di sediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Contoh hasil bukan cukai ialah lesen, permit, denda dan hukuman. Kategori ketiga pula ialah terimaan bukan cukai. Hasil ini ialah kutipan yang tidak berasaskan sebarang akta atau perundangan tetapi lebih kepada kutipan daripada punca-punca seperti berikut iaitu, pulangan balik perbelanjaan, pemberian dan caruman dan jualan barang-barang

Kategori keempat pula ialah hasil daripada kerajaan persekutuan iaitu hasil daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Hasil kutipan negeri persekutuan akan di salurkan kepada hasil persekutuan berbanding dengan hasil kerajaan negeri. ii. Hasil Kerajaan Negeri Kutipan-kutipan daripada lesen, duti hiburan, bayaran dalam mahkamah yang di lakukan dalam negeri akan di salurkan kepada hasil kerajaan negeri.

iii.

Hasil Kerajaan Tempatan Hasil kutipan yang dikutip oleh perbendaharaan, hasil daripada bekalan air termasuk kadar air, sewa ke atas negeri dan hasil Lembaga Badaraya.

Perbelanjaan Negara Terdapat dua komponen dalam perbelanjaan negara iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. i. Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara. Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran, pemberian subsidi kepada pengeluar dan pengguna, dan pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun. Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara. 6

Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan masih tetap sama.

ii.

Perbelanjaan Pembangunan Merupakan perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan mempunyai pulangan dalam jangka masa panjang. Hasil keputusan adalah agak rumit kerana melibatkan kos dan aliran tunai yang tinggi.

PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN Dengan andaian penyediaan belanjawan bagi Agensi, secara terperincinya, kitaran ini dijelaskan seperti berikut:1. Pada bulan Disember (Penghujung setiap tahun), Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan Garis Panduan Penyediaan Bajet kepada semua agensi-agensi. 2. Pada masa yang sama Agensi akan membuat dan menyediakan Cadangan Bajet untuk dihantar ke pihak MOF selewat-lewatnya bulan Februari. 3. Setelah diterima pada bulan Februari (Cadangan Bajet oleh Agensi), Cadangan tersebut akan diserahkan kepada BRO untuk kajian dan analisis bagi pihak MOF. Pada tempoh ini, maklumbalas dari kedua-dua belah pihak iaitu Agensi dan BRO akan diterima dalam mengisi Cadangan Bajet dicadangkan sehinggalah ianya lengkap untuk kegunaan MOF. 4. Bagi memastikan Bajet mencapai matlamat Negara,pemeriksaan awal akan dilakukan pada bulan Mac. 5. Setelah itu, pada bulan April sehingga Jun, setelahCadangan Lengkap dihantar oleh pihak Agensi,pemeriksaan dan perundingan akan dilakukan bagi Bajet sebelum ianya diluluskan oleh Kabinet nanti pada bulan Julai . 6. Setelah kelulusan oleh Kabinet, pada bulan Ogos, Buku Belanjawan akan

dicetak bagi persiapan untuk pembentangan Parliman yang akan dijalankan dalam jangkamasa September sehingga Disember nanti. 7. Dalam pada itu, pihak Agensi akan sentiasa mengemaskinikan Perjanjian Program dari masa ke semasa ke pihak MOF sebelum Waran Am dikeluarkan. 7

8. Pada bulan November, satu semakan Perjanjian Program akan dilakukan secara bersama di antara MOF dengan pihak Agensi. 9. Dan akhir sekali pada bulan Disember , Waran Am akan dikeluarkan bagi Perlaksanaan Program Agensi. Tidak terhenti di situ sahaja, sebagai Kementerian yang mengawalselia pengerakan kewangan Negara, MOF sentiasa memantau perjalanan Perjanjian Program dan setiap perkembangannya akan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara. Jadual penyediaan belanjawan adalah seperti jadual 1.1.

Penyediaan Belanjawan

Dalam laman sesawang perbendaharaan negara, jadual penyediaan belanjawan 2010 adalah seperti berikut:

Minggu Bil. Perkara Mula 1 2 Pekeliling kpd Agensi mengenai penyediaan Ang.Perbelanjaan & Laporan Prog.Prestasi 2010 Surat kpd Agensi memaklumkan Batas Perbelanjaan Kemaskini Senarai Perjawatan 2009 berdasarkan waran sehingga 31 Julai 2009 Kursus/Taklimat penyediaan Bajet 2010 kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Belanjawan Pertama JAN Kedua JAN Pertama JAN Kedua OGOS Akhir

FEB/MAC

Taklimat ekonomi negara tahun 2010 oleh BEA

Pertama MAC

Mesyuarat pra-pemeriksaan Bajet dipengerusikan PBB

Kedua MAC

Tarikh akhir penerimaan cadangan Anggaran Perbelanjaan 2010 daripada Agensi Pertama MAC Pertama APR Pertama APR Pertama APR Ketiga MEI

31 MAC

Kemaskini dan lengkapkan ABM 7, ABP & format buku dalam SPB

Pertama JUN Keempat MEI Ketiga JUN Keempat JUL Pertama JUN

Pemeriksaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Agensi oleh BRO

10

Sedia write-up Program & Prestasi dalam SPB

11

Sedia input Ucapan Bajet 2010

12

Sedia Kertas Turus/Highlights

13

Laporan awal Bajet 2010 kepada KSP Pemeriksaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan oleh Jaw. Pemeriksaan Bhg Belanjawan

Kedua JUN

14

Kedua JUN

Keempat JUN

15 16

Taklimat Awal Bajet 2010 kepada YABMK Mohon dan Terima Penyata Lembaran Imbangan & lain-lain penyata drp. JANM

Pertama JUL OGOS

10

17

Sedia Kertas Jemaah Menteri Mengenai Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010 Penyediaan Draf Buku Bajet & Program Prestasi 2010 dan Buku Senarai Perjawatan 2010

Pertama JUL Pertama JUL Pertama JUL

Keempat OGOS Keempat OGOS Ketiga SEP

18

19

Sedia Kertas Perintah Ringkasan Perbelanjaan 2010 Hantar Draf Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 kpd Jab Peguam Negara melalui Peguam Cara Perbendaharaan Taklimat mengenai Bajet 2010 kepada Jemaah Menteri Tarikh akhir penghantaran draf akhir dokumen Bajet kepada PNMB

20 21 22

Kedua OGOS Kedua SEPT Pertama OKT Pertama OKT Ketiga OKT Ketiga/Keempat OKT 23 OKT Pertama NOV Keempat OKT Pertama NOV Ketiga OKT

23

Menyelia penyediaan dokumen Bajet 2010 di PNMB

24 25 26 27

Dokumen Bajet 2010 siap dicetak dan dihantar ke Parlimen Pengedaran Buku Bajet 2010, Buku Senarai Perjawatan 2010 & Kertas Perintah kepada Agensi Ucapan Bajet 2010 oleh YAB Menteri Kewangan Surat makluman kepada pegawai pengawal bagi perancangan awal

28

Sedia draf jawapan Parlimen semasa perbahasan Dasar Jawapan Perbahasan Dasar Bajet 2010 oleh YB Menteri-Menteri di Dewan Rakyat Agensi mengemukakan Perjanjian Program yang dikemaskini dan ditandatangani kepada BRO Agensi mengemukakan Unjuran Keperluan Aliran Tunai Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Tahun 2010 Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Di Dewan Rakyat

29 30 31

Kedua NOV Ketiga NOV Ketiga NOV Ketiga NOV Kedua DIS Ketiga DIS Ketiga DIS Ketiga DIS Ketiga DIS Ketiga/Keempat DIS Kedua DIS

32

33 34 35 36 37 38

Usul DE diluluskan oleh Dewan Rakyat Pembentangan Bajet 2010 di Dewan Negara Terima surat kelulusan Usul DE drpd Parlimen Waran Am DE 2010 dihantar kepada Akauntan Negara Draf Jawapan kepada Perbahasan Dasar Bajet 2010 di Dewan Negara Jawapan perbahasan oleh YB Menteri di Dewan Negara

11

39 40 41 42 43

OE 2010 diluluskan oleh Dewan Negara Terima surat Peguam Negara mengenai tarikh perwartaan Akta Perbekalan 2010 Waran Am OE 2010 diedarkan kepada Akauntan Negara Akauntan Negara mengedarkan notis kepada semua agensi untuk melakukan perbelanjaan Edar P/P Bil. 1/2010 Mengenai Anggaran Perbelanjaan Tahun 2010

Keempat DIS Keempat DIS Keempat/Kelima DIS Pertama JAN 2010 Pertama JAN 2010

Jadual 1.1 PENDAPATAN NEGARA BAGI TAHUN 2008-2010 Daripada hasil perbincangan tentang penyediaan belanjawan didapati kerajaan akan membentangkan hasil dan perbelanjaan yang di sediakan untuk setiap jabatan. Jumlah yang di peruntukan adalah berubah-ubah dari semasa ke semasa. Berdasarkan Jadual 1.2, didapati bahawa perbelanjaan mengurus meningkat daripada tahun 2008 ke 2009, dan pada tahun 2010 perbelanjaan megurus telah di kurangkan. Ini adalah kerana, perbelanjaan mengurus adalah berdasarkan permintaan yang di kemukakan oleh setiap jabatan yang hanya mengikut keperluan semasa sahaja. Malaysia - Penunjuk Kewangan dan Monetari KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM bilion) Hasil Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan bersih Imbangan keseluruhan Imbangan keseluruhan (% daripada KDNK) Jumlah pembelanjaan pembangunan bersih sektor awam Imbangan keseluruhan sektor awam (% daripada KDNK) SUMBER:BANK NEGARA MALAYSIA Jadual 1.2 -5.6 -6.8 -7.4 159.8 153.5 41.9 -35.6 -4.8 124.4 158.6 157.1 49.0 -47.4 -7.0 111.3 159.7 151.6 51.3 -43.3 -5.6 112.3 2008 2009 2010

12

PERUNTUKAN BAJET UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN DARI TAHUN 2008 HINGGA 2012 Sektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja sebagai satu saluran untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga sebagai enjin pembangunan tertiari. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai para penyelidik dan ahli saintis, lebih ramai jurutera dan ahli profesional, lebih ramai pakar dan tenaga kerja berkemahiran teknikal, yang boleh berjaya dalam pasaran global yang semakin berdaya saing. Kedua-dua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta harus melengkapkan diri untuk menyahut cabaran ini. Terdapat banyak peruntukan untuk bidang pendidikan dalam belanjawan pada setiap tahun. Belanjawan 2008 Dalam belanjawan 2008 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi, dengan tema Bersama membina Negara dan menikmati kemakmuran, strategi kedua adalah memperkasa pembangunan modal insan. Dalam memperkasakan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebanyak RM 30 bilion diperuntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan termasuklah program sekolah cemerlang, memertabatkan profesion keguruan, merapatkan jurang pendidikan Bandar dan luar Bandar. Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Kerajaan juga memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar dengan memansuhkan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, yuran tahunan sekolah rendah dan sekolah menengah, memberikan pinjaman buku teks untuk semua pelajar, dan memberikan uniform percuma untuk pelajar daripada keluarga dengan pendapatan isi rumah RM1000 dan ke bawah. Selain itu, dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan, menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada 150 ringgit sehari, dan di atas kewibawaannya sendiri. Wawasan Malaysia adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan serantau dalam pendidikan

menyediakan elaun sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan ijazah dan 50 ringgit sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

13

Dalam memantapkan pengajian tinggi, Sebanyak 12 bilion ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program, antaranya, meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di empat buah Universiti Penyelidikan, meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang tahun 2010, menaik taraf serta memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan, dan menjenamakan semula kolej komuniti melalui penyediaan kursus di peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baru dan menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta. Terdapat beberapa peruntukan kerajaan dalam mempertingkatkan program latihan dan kemahiran iiatu, sejumlah dua bilion ringgit telah diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran. Daripada jumlah tersebut, 480 juta ringgit diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara. Bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan, 550 juta ringgit diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti. Sejumlah 750 juta ringgit pula diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Taiping dan sebuah ILP di Marang. Peruntukan ini juga akan digunakan untuk menaik taraf ILP dan ADTEC di seluruh negara dan untuk membina lapan buah MRSM, empat buah IKM dan 28 pusat GiatMARA. Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit ke atas yuran pengajian diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah. Untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, kerajaan akan mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, terutamanya pengkomersilan penemuan R&D tempatan. Bagi tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan 230 juta ringgit dan 300 juta ringgit disediakan untuk Dana Tekno. Selain itu, 546 juta ringgit disediakan bagi program R&D institusi penyelidikan. Untuk memudah dan mempercepatkan pengeluaran dana R&D pertanian, sejumlah 300 juta ringgit dipindahkan daripada baki siling Dana Sains dan Dana Tekno kepada Kementerian Pertanian.

14

Belanjawan 2009 Dalam belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi, dengan tema Kerajaan Prihatin, strategi kedua adalah Membangunkan Modal Insan Berkualiti. Sejumlah 47.7 bilion ringgit, yang merupakan 23 peratus daripada Bajet 2009, diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan. Dalam mempertingkatkan program latihan dan kemahiran, sejumlah 2.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan program latihan cawangan kolej komuniti. Sejumlah dua ratus juta ringgit diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina sebuah ILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah 360 juta ringgit disediakan bagi membiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu pelatih Giat MARA, elaun bulanan akan dinaikkan daripada seratus ringgit kepada dua ratus ringgit. Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan menambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan 70 juta ringgit disediakan pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di institusi latihan swasta yang diiktiraf. Untuk menyokong pembangunan pusat pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untuk mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat berkepakaran khusus. Dalam meningkatkan kualiti pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia diperuntukkan 31 bilion ringgit, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi membiayai perluasan program sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per kapita dan peralatan baru. dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, 150 juta ringgit diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej komuniti serta

15

Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan telah usang. Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan 14.1 bilion ringgit disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, 8 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, 627 juta ringgit kepada Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepada Agensi Kelayakan Malaysia. Sebanyak 4.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan. sekolah dan menggantikan sekolah-sekolah 21 yang

Belanjawan 2010 Dalam belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dengan tema 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama, strategi kedua adalah Memastikan Pembanguann Holistik dan Mapan. Dalam meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan memperuntukkan lebih RM 30 bilion untuk sekolah menengah dan sekolah rendah. Bayaran emolumen operasi pendidikan sebanyak RM 19 bilion. 2.8 bilion ringgit untuk bantuan pelajar dan biasisiwa. 1.6 bilion ringgit untuk membina sekolah baru dan blok gantian. 1.1 bilion ringgit untuk menaiktaraf sekolah di seluruh Negara. Selain itu, sebanyak 32 juta ringgit untuk menigkatkan kadar literasi dan numerasi murid sekolah rendah. Dalam usaha menggilap kemahiran tenaga kerja, kerajaan telah menyediakan 1.3 bilion ringgit untuk membiayai pengurusan dan naik taraf puliteknik dan kolej komuniti serta peruntukan kepada tabung pinjaman untuk pelajarnya. Di samping itu, 504 juta ringgit diperuntukkan menyelenggarakan peralatan di Intitut Latihan Industri. 438 juta ringgit juga disediakan untuk Intitut Kemahiran MARA menaiktaraf dan pengurusan latihan.110 juta ringgit juga disediakan untuk pusat latihan kemahiran negeri bagi kursus yang terpilih. 100 juta ringgit untuk mempergiatkan program PERMATA.

16

Belanjawan 2011 Dalam belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dengan tema Transformasi ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi, strategi kedua adalah Membangunkan modal insan. Untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,kepada pendidikan, kerajaan menyediakan 6.4 bilion ringgit bagi membina, menaiktaraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan dan memartabatkan profesion keguruan. Di samping itu, sejumlah 213 juta ringgit sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi dan imbuhan kepada pengetua, atau guru besar dan guru cemerlang. Dalam usaha memperkasakan pendidikan awal, kerajaan memperuntukkan sebanyak 111 juta ringgit untuk program PERMATA. Ini termasuk pembinaan Fasa II sekolah PERMATA Pintar ,membina 32 buah Pusat Anak PERMATA Negara, dan membiayai operasi 52 Pusat Anak PERMATA yang telah siap. Selain itu, dalam memantapkan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis cina, sekolah kebangsaaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, dan sekolah bantuan kerajaan seluruh Negara. Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 95 juta ringgit. Selanjutnya bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar yang kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing pelajar sekolah dengan sebaiknya, sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan 576 juta ringgit dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjautkan pelajaran. Sejumlah 213 juta ringgit pula untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris, dan mengemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia, kerajaan menyediakan 20 juta ringgit untuk menambah peratusan staf berkelulusan PhD di university dan menambah baik peluang kenaiakan pangkat pensyarah di IPTA. Kerajaan menyediakan 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrila Skill Enhancement Programme di Pusat Latijan Kemahiran Negeri dalam usaha mempergiat 17

program latihan dan kemahiran. Selain itu, sebanyak 220 juta ringgit untuk memastikan siswazah jurusan lain memperkembangkan kompentensi dan kebolehpasaran mereka. 50 jiuta ringgit juga diperuntukkan untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT untuk menigkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan dalam industry ICT Negara. Sebagai tambahan, sebyak 474 juta ringgit disediakan untuk golongan bukan siswazah untuk meningkatkan roduktiviti dan latihan di bawah pelbagai industry kemahiran. Seperkara yang penting, Negara memerlukan tenaga pekerja yang sentiasa menmabah ilmu penegetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, 500 juta ringgit disediakan untuk program latihan 1 Malaysia. Belanjawan 2012 Dalam belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dengan tema Dasar Transformasi Nasiaoan : Bajet Membela Rakyat Mensejahterakan Negara, strategi kedua adalah Mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi. Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sebuah tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan. Dengan itui kecemerlangan. Dengan itu, kerajaan menyediakan 1.9 bilion ringgit untuk pembangunan semua jenis sekolah di seluruh Negara. Sebagai tambahan 1 bilion ringgit juga diperuntukkan kapada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pembelian alatan dan pembinaan bangunan baru untuk semua sekolah-sekoah yang layak di seluruh Negara. Selain itu, segala jenis yuran untuk sekolah rendah dan sekolah menengah akan dimansuhkan bagi menjadikan pendidikan percuma. Pemansuhan ini melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit. PENUTUP Kesimpulan daripada hasil perbincangan ini mendapati bahawa penyediaan belanjawan adalah amat penting untuk pembangunan negara. Sektor pendidikan adalah salah satu sektor yang sentiasa menerima peruntukan yang tertinggi berbanding daripada sektor lain. Kerajaan amat mengambil berat tentang keperluan yang tinggi kepada sektor pendidikan demi untuk kesejahteraan masa depan pelajar-pelajar. 18

Rujukan : Belanjawan 2008 Diperoleh daripada http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf Di muat turun pada 19 November 2011 Belanjawan 2009 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf Di muat turun pada 19 November 2011 Belanjawan 2010 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub10.pdf Di muat turun pada 19 November 2011 Belanjawan 2011 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub11.pdf Di muat turun pada 19 November 2011 Belanjawan 2012 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf Di muat turun pada 19 November 2011 Ibrahim Tambhy Chek dan Rosli Samat (2006). Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

19

You might also like