You are on page 1of 4

Rancangan Pengajaran Dunia Sains & Teknologi Tahun 1

Tajuk
Ringkasan Standard Kandungan : Standard Pembelajaran :

Tenggelam Timbul. Murid akan didedahkan dengan cara untuk mengubah suai objek yang timbul menjadi tenggelam dan objek yang tenggelam menjadi timbul. Sains Bahan 11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam 11.1.2 Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam 11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran TMK, penulisan atau lisan 2 waktu 1. Objek maujud 2. Bekas berisi air 3. Lembaran Kerja- Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja (pemulihan) Lembaran Kerja(Pengayaan) 1. Guru menayangkan slaid objek yang tenggelam dan objek yang timbul. 2. Murid mengenal pasti objek yang tenggelam dan timbul. Gambar slaid : botol plastic, sudu, pembaris kayu, bola ping pong, gabus, klip kertas.

Tempoh Masa: Sumber :

Fasa Persediaan

Fasa Pemerhatian

1. Guru menyediakan botol plastik plastik kosong dan botol plastik yang berisi pasir. 2.Guru meminta murid memasukkan objek tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, guru meminta murid membuat pemerhatian sama ada botol tersebut timbul atau tenggelam. 3.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pemerhatian yang dibuat a. Contoh soalan : b. Apa yang dapat kamu lihat? c. Mengapa botol tersebut timbul atau tenggelam? d. Jangkaan Jawapan murid : Botol kosong timbul kerana ringan Botol berisi pasir- tenggelam kerana berat

Fasa Perkembangan

1.Guru membahagikan murid kepada kumpulan dan diberikan beberapa objek yang timbul dan tenggelam. 2.Murid melakukan penyiasatan dengan memasukkan satu persatu objek tersebut ke dalam air dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan objek tersebut tenggelam atau timbul. 2. Murid menyenaraikan cara bagi memastikan objek tersebut tenggelam atau timbul. Contoh : mengisi botol dengan pasir/batu (tenggelam) Membuang batu yang diikat pada gabus (timbul)

Fasa Tindakan

1.Guru mengedarkan Lembaran kerja 1 kepada murid. Murid dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberi: Sudu besi akan tenggelam jika diletakkan ke dalam air. Apa yang anda boleh lakukan supaya sudu besi timbul di permukaan air.

Murid diminta melukis bagaimana menjadikan sudu besi timbul menggunakan belon.

Murid menjawab Lembaran Kerja 1 Aktiviti Pemulihan Aktiviti Pengayaan Murid menandakan (/) pada objek yang timbul dan (x) pada objek yang tenggelam dan mewarnakan gambar tersebut. (Lembaran Kerja 2) Murid melukis objek yang timbul dan tenggelam(Lembaran Kerja 3)

Lembaran Kerja Nama : Kelas :.. Tandakan (/) pada objek yang timbul dan (X) pada objek yang tenggelam.

You might also like