You are on page 1of 13

PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA (__)

Kepada, Setiausaha Kelab Bolasepak / Persatuan / Syarikat Tuan, Dengan ini dimaklumkan bahawa semua Kelab / Persatuan / Syarikat yang ingin mengambil bahagian dalam PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA (_________) ( TIGA dlm SATU ) hendaklah menggunakan borang permohonan yang dikeluarkan oleh Pihak Penganjur. Borang-borang ini hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan kemudian dihantar kepada:(_______________ alamat ____________)

Pada atau sebelum : _______ tarikh________


1. BORANG lengkap ) 2. BORANG dibenarkan ) 3. BORANG 4. BORANG Penganjur ) A B ( Semua ruang dalam borang ini diwajibkan diisi dengan ( Pendaftaran Pemain. Seramai 20 orang pemain sahaja

C ( AKAUN KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT ) D ( Peraturan Pertandingan dan hadiah yang ditetapkan oleh

MAJULAH SUKAN BOLASEPAK UNTUK NEGERI SABAH KHASNYA NEGARA AMNYA

BORANG A

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION PFA (PERSATUAN BOLASEPAK PUTATAN)


PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm SATU) 2008. 1. NAMA KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT:

2. ALAMAT KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT:

3. NAMA PASUKAN:

4. NAMA & ALAMAT PENGURUS PASUKAN : NO. TEL (R): (O): (FAX):

5. NAMA & ALAMAT SETIAUSAHA:

NO. TEL (R):

(O):

(FAX):

6. WARNA JERSI: Sekurang-kurangnya dua set (1) Tuan Rumah (Home): (2) Pelawat (Away): / /

_________________________________ Tandatangan Setiausaha / Pengurus Pasukan.

BORANG B

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION PFA (PERSATUAN BOLASEPAK PUTATAN)


PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm SATU) 2008. PENDAFTARAN PEMAIN

BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 1 4 1 5 1 6 1 7 1 8 1 9 2 0

NAMA PEMAIN

K/P

T/TANGAN

_________________________________ Tandatangan Setiausaha / Pengurus Pasukan.

BORANG C

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION PFA (PERSATUAN BOLASEPAK PUTATAN)


PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm SATU) 2008.

AKAUN KELAB / PERSATUAN / SYARIKAT


Setiausaha Pertandingan ( ____alamat/nama liga____) Tuan, JAMINAN PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN Dengan ini Saya _____________________ bagi pihak Kelab/Persatuan/Syarikat seperti di atas memberi jaminan bahawa Kami akan mematuhi segala Peraturan dan Undang-undang Pertandingan ini. Kami juga memberi jaminan bahawa Kami akan mengambil bahagian dalam semua Perlawanan seperti dalam jadual. Jika Kami melanggar apa juga Peraturan dan Undang-undang dalam Pertandingan ini atau tidak mematuhi jadual Pertandingan, Kami menerima apa jua tindakan yang akan diambil oleh Penganjur. Sekian dan terima kasih. Yang benar,

_____________________ Tandatangan Setiausaha/Pengurus Pasukan Tarikh:

BORANG D

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION PFA (PERSATUAN BOLASEPAK PUTATAN)


PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm SATU) 2008.

PERATURAN PERTANDINGAN
1.
1.1

NAMA PIALA
( ____ PENGNJUR___) akan mengelolakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Bolasepak PIALA (___nama piala___) di mana penyertaan dibuka kepada ahli-ahli Kelab/Persatuan/Syarikat atau badanbadan Pertubuhan atau Pasukan yang diundang dri masa ke semasa. Piala-piala kemenangan serta CASH VOUCHER akan disediakan oleh pihak Penganjur seperti berikut: -

1.2

A. DOUBLE KNOCKOUT CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 5,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 2,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

B. SUPER LEAGUE CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 7,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 3,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper ) 3. TEMPAT KETIGA akan menerima RM 2,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 500.00 ( Adidas Hamper )

C. FA CUP CHAMPIONSHIP
1. JUARA akan menerima RM 3,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 1,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper ) 1.3 Hak kawalan dan Pengurusan Pertandingan ini pada keseluruhannya adalah terletak kepada Majlis yang boleh memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pertandingan.

2.

PENYERTAAN & BAYARAN PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan & Yuran Pertandingan, Jawatankuasa Pertandingan atas arahan Majlis akan menjemput penyertaan dari Ahli-ahli & juga lain lain Pasukan yang sedemikian sebagaimana yang ingin diundang oleh Majlis & hendaklah menetapkan tarikh tutup penyertaan ini. 2.2Yuran pembayaran bagi setiap Pasukan ialah RM 1,300.00 2.3Setiap Pasukan akan diberi Dua set Jersi ( TOP ONLY ) percuma oleh pihak Penganjur. Semua Pasukan di mestikan memakai dua set Jersi ini di sepanjang Pertandingan Double Knockout, Super League & FA Cup.

3. FORMT PERTANDINGAN BAGI DOUBLE KNOCKOUT CHAMPIONSHIP


3.1 Cabutan Undi akan dibuat di dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan. Kedudukan sebuah Pasukan akan di tentukan melalui undian. 3.2 Undian akan dibuat untuk Perlawanan permulaan & semua Jadual akan diedarkan kepada semua Pengurus Pasukan di dalam Mesyuarat ataupun seminggu sebelum Perlawanan bermula. 3.3 Pasukan yang menang & kalah Perlawanan pertama akan dibagikan kepada Kumpulan A & B. Pasukan yang menang akan berada di Kumpulan A, manakala yang kalah akan berada dalam Kumpulan B. Untuk Perlawanan kedua yang membabitkan Kumpulan A & B, Pasukan yang kalah akan keluar dari Pertandingan seterusnya.

4. FORMAT PERTANDINGAN BAGI SUPER LEAGUE CHAMPIONSHIP


4.1 Lapan Pasukan yang teratas dalam Liga Double Knockout Championship dalam Kumpulan A & B layak ke Pertandingan Liga Super ini. 4.2 Undian semula akan dibuat untuk menentukan Pasukan dalam kedudukan A,B,C & D. 4.3 Format Pertandingan adalah Pertandingan Liga Kumpulan. 2 Pasukan teratas dalam Kumpulan layak ke Pertandingan suku akhir. 4.4 Juara Kumpulan akan bertemu Naib Juara Kumpulan dalam sistem Kalah Mati dan Pasukan yang menang akan seterusnya bertanding dengan sistem yang sama bagi menentukan 2 Pasukan teratas. Pasukan ini akan bertanding dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan Juara dan Naib Juara. Pasukan yang kalah dalam Pertandingan tersebut akan bertemu untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 4.5 Tiga mata akan diberikan untuk menang, satu mata untuk seri & tiada mata untuk kalah. Sekiranya mana mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan, pasukan lawan hendaklah diberi tiga mata dengan jaringan mata

dua gol kosong. Jika terdapat mana-mana pasukan digantung atau menarik diri dari pertandingan atas apa sebab juapun mata & jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidaklah diambilkira.

4.6 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, pasukan yang didapati memperolehi bilangan mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi penentu iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol MASUK dengan jaringan gol KENA hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih juga seri, pasukan yang telah memenangi bilangan perlawanan yang terbanyak dalam pertandingan liga hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih juga seri, kedudukan seri itu hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

5. FORMAT CHAMPIONSHIP

PERTANDINGAN

BAGI

FA

CUP

5.1 Undian akan dibuat menentukan Pasukan dalam 1 hingga 60. 5.2 Format Pertandingan Piala FA ini adalah Kalah Mati ( Knockout ).

6.

WARNA JERSI PASUKAN & TEMPAT PERTANDINGAN

6.1 Pasukan tuan rumah ( nama pasukan yang tercatit lebih awal ). Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian & dengan syarat tuan rumah memakai sebagaimana yang mereka isytiharkan dalam Borang A, maka pasukan tuan rumahlah yang menukar warna pakaian mereka. 6.2 Tempat pertandingan ialah Padang Sukma ( A, B, C, & D ) di Likas atau lainlain padang yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Jawatankuasa Pertandingan atas keputusan yang dibuat adalah muktamad.

7.

UNDANG UNDANG PERMAINAN

7.1 Undang undang permainan hendaklah mengikut undang undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa & diterbitkan oelh Persatuan Bolasepak Antarabangsa ( FIFA ). 7.2 Sekurang kurangnya 15 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap tiap pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain utama & simpanan serta nombor jersi mereka di dalam borang yang telah disediakan. 7.3 Mana mana tiga orang pemain dari lima pemain simpanan boleh digantikan dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana mana pemain

yang kean ganti ini tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk pengambilan tendangan dari tanda penalti. 7.4 Ketua setiap pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan digantikan maka lilitan lengan tersebut diberi pula kepada pemain yang mengambilalih sebagai ketua pasukan. Pemakaian SHIN GUARD adalah diwajibkan. 7.5 Tidak lebih 12 pemain serta Pegawai yang disenaraikan sahaja boleh menduduki bangku pasukan bersebelahan padang permainan di mana mana perlawanan.

8.

MASA PERLAWANAN

Masa permainan ialah 45 minit bagi separuh masa pertama & kedua. Rehat ialah 5 minit kecuali dengan izin Pengadil.

9.

WAKTU & HARI BERMULA SESUATU PERLAWANAN

Semua perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Sepakmula bagi hari Sabtu ialah jam 3.15 petang. Sepakmula bagi hari Ahad ialah jam 3.00 petang. Waktu & hari sepakmula juga boleh diubahsuai oelh pihak Penganjur, jika perlu.

10.

TENDANGAN DARI TANDA PENALTI

Tendangan dari tanda penalti, jika diberikan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Antarabangsa.

11.

PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai utnuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal hal yang tidak dijankakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal hal di luar kawalan kedua du pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu akan dilangsungkan dalam minggu itu juga.

12.

PENDAFTARAN & KELAYAKAN PEMAIN

12.1 Hanya Kelab/Peratuan, badan sukarela yang berdaftar & bermastautin di mana mana daerah di Sabah boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 12.2 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada 20 orang pemain yang menyertai pertandingan ini. Pendaftaran hendaklah dibuat dalam borang ditentukan ( BORANG B ) & hendaklah menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tandatangan tiap tiap pemain yang memberi persetujuan untuk bermain bagi pasukan yang berkenaan.

12.3 Pemain pemain tambahan boleh didaftarkan pada bila bila masa untuk mencukupi maksimanya seramai 20 orang pemain andainya pendaftaran asal ini kurang dri 20 orang pemain. Tambahan pemain hanya boleh dibuat sekurangkurangnya 7 hari sebelum pemain berkenaan boleh menyertai dalam sesuatu perlawanan. 12.4 Sekiranya timbul sebarang kemusykilan atau pertikaian berhubung dengan taraf mana mana pemain, maka perkara tersebut hendaklah dirujukan kepada Jawatankuasa Pertandingan yang keputusannya adalah muktamad. 12.5 Seseorang pemain yang telah didaftarkan dengan sebuah pasukan & didaftarkan di pasukan tempat ia bekerja, pemain tersebut mestilah mengutamakan pasukan majikan & pasukan pertama yang mendaftarkan namanya bolehlah mencari penganti.

12.6 Pegawai pegawai atau Pemain pemain yang masih menjalani hukuman penggantungan oelh FAM, SAFA atau mana mana cawangan SAFA tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. 12.7 Jawatankuasa Pertandingan boleh menolak pendaftaran mana mana pemain tanpa memberi sebab.

13.

BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

Sekiranya kurang dari 9 orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai 10 orang pemain atau lebih di padang hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong ( 2-0 ). Jika kedua dua pasukan tidak dapat menurunkan 10 orang pemain atau lebih apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan,maka Pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang difikirkan patut.

14.

TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

14.1 Sekiranya mana mana pasukan menarik diri dari pertandingan selepas penyertaan ditutup & sebelum pertandingan bermula tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Majlis, maka pasukan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 & boleh dihalang menyertai pada musim berikutnya. 14.2 Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan kecuali dalam hal bencana alam & sebab sebabnya kemudian diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan , atau jika Pasukan tersebut enggan meneruskan pertandingan atau meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan, maka pasukan yang ingkar itu hendaklah dianggap telah kalah & kemenangan diberi kepada lawannya dengan jaringan gol dua kosong atau lebih sekiranya itulah jaringan golnya pada saat meninggalkan padang. Pasukan tersebut boleh disekat daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan untuk tempoh yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan & boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 atau kedua dua sekali. Mana mana Pegawai atau pemain yang terbukti telah membantu atau bersubahat melakukan

apa apa kesalahan di bawah peraturan ini adalah bersalah kerana khianat & boleh dikenakan penggantungan atau denda ataupun kedua dua sekali. 14.3 Kalaupun seseorang pengadil telah membuat kesilapan dalam taksiran undang undang permainan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, tetapi pasukan yang berkenaan hendaklah bermain sehingga tamat perlawanan & boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut kepada Jawatankuasa Pertandingan & keputusannya adalah muktamad. 14.4 Jawatankuasa Pertandingan hendaklah bertanggungjawab atas segala urusan padang & penyediaan bola yang hendaklah mematuhi undang undang permainan.

15. KAWALAN KESELAMATAN & KELAKUAN PEMAIN, PEGAWAI & PENONTON


15.1 Semua pasukan bertanggungjawab atas: (a) Kelakuan baik para Pegawai, Pemain & Penyokong. (b) Mengambil lengkap keselamatan, lengkap pencegahan menentukan tiada Kejadian yang tidak diingini terjadi.

untuk

15.2 Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati pasukan cuai menjalankan tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil tindakan tatatertib yang sesuai yang antara lainnya termasuk:(a) Teguran keras (b) Denda (c) Pembatalan keahlian (d) Penggantungan para pemain atau para pegawai yang bertanggungjawab atas Kejadian tersebut untuk tempoh tertentu. (e) Melarang untuk mengikut liga anjuran Kelab / Persatuan / Syarikat bagi tempoh Tertentu. (f) Atau lain lain tindakan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

16.

TINDAKAN TINDAKAN TATATERTIB

16.1 Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah selaras mengikut apa yang digariskan dalam peraturan peraturan tatatertib FAM. 16.2 Tindakan tatatertib akan diambil ke atas pemain yang tidak menggunak SHIN GUARD atau jersi yang tidak kemas apabila dilaporkan oleh pengadil.

17. BANTAHAN
17.1 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiusaha Penganjur & hendaklah diterima dalam tempoh 24 jam selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan disertai dengan bayaran Wang tunai RM300.00 yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.
17.2

18. PENGAWAL PERTANDINGAN


18.1 Jawatankuasa pengadil akan melantik pengadil, penjaga garisan & pengadil simpanan dari kalangan pengadil kebangsaan & Negeri dari Daerah Kota Kinabalu yang berdaftar dengan SAFA untuk mengadili semua perlawanan. 18.2 Sekiranya mana mana pegawai Pertandingan tidak hadir pada waktu yang diiklankan bagi permainan sesuatu perlawanan, maka kedua dua pasukan hendaklah setelah berunding melantik seorang pengganti untuk mengambil tempat Pegawai Pertandingan yang tidak hadir itu. Jika timbul apa apa pertikaian, keputusan pemeriksaan perlawanan adalah muktamad. 18.3 Pengadil bagi setiap perlawanan hendaklah membuat laporan dalam borang yang disediakan & laporam tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha Penganjur dalam tempoh 48 jam setlah tamat setiap perlawanan.

19. KEMALANGAN
19.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kehilangan atau kecurian barangan persendirian peserta. 19.2 Semua pasukan dinasihatkan/digalakkan membawa kotak keselamatan masing masing.

20. HAL HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini atau soal perbezaan taksiran hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang

keputusannya adalah muktamad.

PUTATAN FOOTBALL ASSOCIATION PFA (PERSATUAN BOLASEPAK PUTATAN)


PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA TERBUKA PIALA ( ___ ) (TIGA dlm SATU) 2008.

1. NAMA & PIALA KEMENANGAN A. DOUBLE KNOCKOUT CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 5,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 2,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

B. SUPER LEAGUE CHAMPIONSHIP


1. JUARA akan menerima RM 7,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 3,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper ) 3. TEMPAT KETIGA akan menerima RM 2,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 500.00 ( Adidas Hamper )

C. FA CUP CHAMPIONSHIP
1. JUARA akan menerima RM 3,000.00 ( Cash Voucher ) + RM 2,000.00 ( Adidas Hamper ) 2. NAIB JUARA akan menerima RM 1,500.00 ( Cash Voucher ) + RM 1,000.00 ( Adidad Hamper )

You might also like