1
KEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA
PANDUANPELAKSANAAN GURU PENYAYANG
TUJUAN
1. Pelaksanaan
Guru Penyayang
adalah bertujuan agar guru mengamal danmembudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
KONSEP
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, danbersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat
kepedulian
(concern)
terhadap setiap perkara yangberkaitan dengan muridnya
(every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasihsayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasaceria, prihatin dan sabar.3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka
merupakan aset penting
yang perludiberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.4. Membudayakan amalan penyayang merupakan
sifat profesional guru
dalamperhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5. Objektif Guru Penyayang;5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.